Genap 44 hari dan buat pertama kalinya, Liza Hanim mendedahkan wajah anak kelimanya yang dilahirkan penghujung Januari lalu.
Memilih nama Mohamed Al Fateh, Liza memuat naik foto anak lelakinya itu selepas tamat tempoh berpantang.
Menurut Liza Hanim di instagramnya, dia menyatakan semasa lahir Fateh tidaklah besar sangat. Hanya 2.8 kilogram dan sekarang selepas sebulan lahir naik 4.2 kilogram.
“Assalamualaikum dunia…. perkenalkan anak saya yang ke 5, Mohamed Al Fateh, hari ni Fateh 44 hari.
“Fateh lahir kecik je, 2.8kg tapi hari ni dah 4.2kg. Doakan Fateh menjadi anak yang soleh, hamba Allah yang beriman serta berjaya dunia akhirat. #babyfatehlh,” tulisnya.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata netizen memuji kecomelan Fateh selain mendoakan agar anak lelakinya itu membesar dengan sihat.
“Tahniah… Semoga mnjadi ank yang soleh, anak yang akan berbakti pada ibu bapa… Semoga membesar dengan sihat… Selamat berpantang kak Liza Hanim,” komen @adeqristynaa_angah
“Macam baby girl saya kak @lizahanim79. Lahir 2.76kg, sebulan 4.2kg. Semoga Al Fateh menjadi anak soleh berjaya dunia akhirat,” kongsi @anishafizah_ismail
Berusaha Turunkan Berat
Dalam pada itu juga, Liza Hanim turut berusaha untuk menurunkan berat badannya selepas bersalin.
Katanya lagi selain penjagaan pantang untuk kesihatan dalaman dia juga turut menitikberatkan kecergasan fizikal physiotheraphy.
Terdahulu, Liza mendirikan rumah tangga bersama bekas anggota kumpulan Indigo, Mohamed Shahrin Samsudin pada tahun 2003 dan dikurniakan empat cahaya mata, dua lelaki dan dua perempuan.
Foto: Instagram @lizahanim79