Kelahiran baru dalam sesebuah keluarga tentu membawa seribu rahmat. Tahniah diucapkan kepada pelakon Diana Rafar kerana telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada hari Jumaat yang lalu sekitar jam 11.33 malam.
Berita gembira tersebut dikongsi oleh suaminya yang juga seorang pelakon, Zamarul Hisham. Menurut Zamarul dia dan isteri tidak menyangka bayinya itu akan bersalin lebih awal dari tarikh yang dijangka.
“Alhamdulillah.. Hari Jumaat jam 11.33 malam, lahir la seorang putera seberat 3.57kg, di @avisenawcsh. Kelahiran yg bakal menceriakan lagi Keluarga Kami.
“Terima kasih Allah atas rezeki yg kau berikan. Terima kasih wahai anak ku kerana kelahiran mu membuat kan papa terasa semakin muda,” tulis Zamarul pada satu entri dengan tiga keping gambar bersama putera yang masih belum dikongsi namanya itu.
Zamarul turut berterima kasih kepada keluarga, teman dan peminat yang turut mendoakan isterinya itu.
Ads
“Terima Kasih kepada Followers yg sentiasa mendoakan diana, ingatkan baby nak keluar 16hb rupa-rupanya dia nak hari Jumaat jugak. Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan,” tulis Zamarul lagi.
Atas kelahiran putera mereka itu, ruangan komen Instagram Zamarul dihujani ucapan tahniah daripada rakan artis dan juga warga maya.
Ads
Sebelum putera ketiga ini, perkahwinan antara Zamarul Hisham dan Diana Rafar dikurniakan dua orang anak iaitu Kashfi Haikal dan Kayla Reysha.
Seronoknya dapat baby baru dalam famili. Tahniah diucapkan kepada pasangan selebriti ini. Semoga dengan kehadiran bayi baru ini akan membawa lebih keceriaan untuk seluruh ahli keluarga. Selamat berpantang juga buat Diana Rafar!
EPISOD 5 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: Little Farm Dekatkan Anak Dengan Alam
Kanak-kanak harus didedahkan dengan alam kerana aktiviti ini akan membuatkan mereka lebih berani. Jika kita tidak mendedahkan mereka dengan alam dari kecil, ia mungkin akan membuatkan anak-anak tidak berani untuk mencuba benda baru.
Saksikan Episod ke 5, Journey Bersama JoviaNina pada 23 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Amalan berpantang selepas keguguran, jangan anggap tak penting, paling kurang 14 hari. Keguguran ketika mengandung boleh berlaku kepada mana-mana wanita hamil. Situasi keguguran dikatakan lebih serius berbanding kelahiran.
Amat penting untuk wanita yang mengalami keguguran untuk menitikberatkan penjagaan selepas keguguran. Keguguran ialah kehilangan bayi dalam kandungan sebelum minggu ke-24 kehamilan.
Keguguran yang berlaku dalam 12 minggu pertama kehamilan, ia dipanggil keguguran awal. Jika kehilangan berlaku selepas tempoh ini, ia dipanggil keguguran lewat.
Keguguran biasanya berlaku kerana embrio (janin) tidak berkembang seperti sepatutnya. Masalah-masalah kromosom juga dikatakan penyebab yang biasa. Masalah-masalah ini biasanya berlaku tanpa sebarang sebab.
Untuk berkembang dengan betul, bayi memerlukan jumlah kromosom normal yang tepat. Dia memerlukan 23 kromosom daripada ibu dan 23 lagi daripada bapa. Kecacatan kromosom boleh menghalang bayi daripada berkembang.
Kecacatan ini mungkin berlaku kerana:
Terdapat jumlah kromosom yang tidak tepat;
Terdapat perubahan dalam struktur kromosom.Dalam kes ini, kehamilan akan terhenti pada peringkat embrio.
Keguguran lewat pula lebih berkemungkinan berlaku akibat masalah kesihatan wanita tersebut berbanding masalah pada bayi, tetapi tidak semua kes seperti ini.
Perlu tak berurut dan berpantang? Jawapannya perlu berurut dan berpantang. Wanita mengalami keguguran juga perlu melalui tempoh berpantang dan berurut, bertungku sama seperti ibu selepas bersalin. Cuma tempoh berpantang agak berbeza dengan berpantang selepas bersalin sebenar.
Berapa lama tempoh berpantang?
Kalau mengikut nasihat orang tua-tua dahulu, berpantang keguguran sama tempohnya dengan bersalin sebenar dan lebih rapi. Tetapi oleh kerana keadaan semasa da ‘life style’ sekarang, tidak mengizinkan ibu yang keguguran berpantang dalam tempoh yang lama untuk berehat dan menjaga pemakanan.
Selalunya untuk wanita yang bekerja, doktor hanya memberikan 7-10 hari cuti sakit akibat daripada keguguran. Oleh kerana waktu berehat yang pendek meyebabkan ibu yang keguguran tidak dapat berpantang sama seperti ibu bersalin sebenar.
Ibu yang bersalin secara normal mahu pun pembedahan akan menjalani tempoh berpantang selama 40-44 hari, ada juga yang berpantang 60-100 hari. Terpulang kepada individu.
Berpantang kerana keguguran, disyorkan menjalani proses berpantang, berurut dan bertungku serta menjaga pemakanan selama 14 hari paling minimum. Ini kerana untuk menjalani proses berpantang sepenuhnya seperti yang di ajar oleh org tua-tua dulu adalah tidak praktikal lagi kerana masalah kerja dan cuti yang pendek.
JIKA PENJAGAAN BERPANTANG DILAKUKAN DENGAN BETUL, IBU DAPAT MEMPERCEPATKAN PROSES PEMULIHAN SEPERTI TEKANAN EMOSI, MASALAH KESUBURAN, LEMAH RAHIM, KETIDAKSEIMBANGAN HORMON, BENGKAK DAN BISA OTOT PERANAKAN.
Masalah angin merian yang berpunca daripada keracunan darah juga boleh terkena kepada ibu yang keguguran tanpa penjagaan rapi. Sekiranya bahagian rahim tidak dibersihkan dengan rapi, toksin akan meresap ke seluruh sistem badan. Akibatnya ibu boleh demam panas sehingga mendapat kancing gigi apabila tidak berpantang makanan yang dilarang selepas keguguran.
Berurut dan bertungku sangat membantu untuk proses pemulihan selepas keguguran. Janganlah berurut mengikut ala kadar asalkan buat. Berurut dan bertungkulah sekurang-kurangnya 3 kali dalam tempoh berpantang, urut seawal hari yang ke 3 atau ke 4 selepas proses DNC atau pun janin keluar sendiri melalui proses natural.
Kebaikan berurut dan bertungku ialah mengeluarkan saki baki darah beku yang tertinggal di dalam rahim atau disaluran peranakan, mengeluarkan angin, memulihkan dan melembutkan urat-urat yang tegang dan menyegarkan badan.
Untuk lebih berkesan, pantang larang pemakanan juga mesti diambil berat.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Kita tahu dan faham perjalanan ibu untuk menyusukan anak itu sukar sekiranya susu badan tidak cukup yang boleh menyebabkan ibu stress. Memberi bayi anda susu badan secukupnya merupakan impian setiap individu yang bergelar ibu. Oleh itu, bagaimana ibu-ibu boleh menghasilkan susu yang cukup? Jangan risau berikut dikongsikan beberapa tips dari MedTweetMy
Untuk tip tambahan, bagi ibu yang memerah susu menggunakan pam, pastikan saiz flange tepat dann cuba mode yang sesuai untuk mendapatkan hasil optimum.
Ibu mana yang tak risau bila penghasilan susunya semakin berkurangan untuk bayi tersayang. Kebimbangan tersebut membuatkan macam-macam produk tambah susu yang ibu sanggup beli dan makan.
Semuanya demi memastikan misi untuk menyusukan bayi terus berjaya.
Perkongsian cara urutan untuk lancar dan banyakkan susu ibu oleh Puan Nurasykin Ali, Kaunselor Penyusuan Susu Ibu sangat bagus diamalkan oleh ibu menyusu. Semoga ia dapat membantu menyelesaikan masalah susu semakin kurang.
Banyak kali dapat soalan seperti ni. Kak ekin, nenen saya macam bengkak. Tapi bila pam susu sikit. Anak pun macam tak puas minum. Kenapa?
Kak ekin, napa bila saya pam susu tetiba sikit. Selalu dapat 4oz, kali ni dapat 2oz je.
Kak ekin, napa nenen saya lembik je. Macam tak ada susu?
Ya Allah kesian kak ekin dengar.
Urutan boleh dibuat setiap kali sebelum mulakan sesi penyusuan. Amik masa dalam 3-5 minit jer.
Kalau tak dapat buat selalu, buat sehari sekali dah memadai. Bergantung pada keadaan ibu.
Kelmarin Kak ekin ada buat live tutorial urutan untuk meningkatkan dan melancarkan pengeluaran susu badan.
Jadi dalam pos ni Kak ekin terangkan semula ‘step by step’ disetiap gambar dan video dibawah supaya ibu mudah faham.
Sebab urutan ni mampu menjadikan ibu rasa relax dan bantu ibu hasilkan hormon gembira atau ‘oksitocin’.
Bila ibu happy, susu pun akan banyak.
Urutan ni memerlukan seseorang untuk bantu ibu. Jadi ibu boleh minta suami atau kawan yang urutkan.
STEP 1: Posisi ibu perlu duduk di kerusi dan menelungkup ditepi meja supaya badan sedikit membongkok.
Ibu duduk dalam keadaan tenang sambil memikirkan yang indah-indah.