Melahirkan bayi seberat 1.83kg pada minggu ke-36 kehamilan ialah pengalaman yang dilalui ibu ini. Tetap kuat semangat dan kini permata hatinya membesar dengan sihat dan ceria.
Puan Syadiyah Sajuddin berkongsi dengan Pa&Ma tentang bagaimana dia menambah berat badan anaknya yang lahir pramatang selepas kelahiran. Tip ini boleh juga digunakan kepada ibu bapa lain yang mempunyai anak lahir cukup bulan.
“Armel Mikayla lahir pada 36 minggu 3 hari iaitu pada 26 Disember 2016. Berat badannya ketika dilahirkan ialah 1.83kg. Punca saya bersalin ialah air ketuban bocor (leaking) secara tiba-tiba. Saya bersalin secara normal selepas 24 jam pecah air ketuban,” kata beliau.
SENTIASA BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH
Melalui proses kelahiran yang awal daripada tarikh jangkaan tidak membuatkan ibu ini down. Katanya reda dan bersangka baik dengan ujian yang Allah berikan. Anak pramatang sangat kuat semangat dan dia akan membesar seperti kanak-kanak lain. Cuma kata ibu ini, anak pramatang memerlukan sedikit pemerhatian dan jagaan rapi sehingga usia 2 tahun.
MAHU ANAK MEMBESAR DENGAN BAIK
Walau pun lahir pramatang, ibu ini mahu anaknya melalui kehidupan seperti anak-anak lain dan membesar dengan sihat. “Saya mahu anak saya sihat seperti kanak-kanak lain dan buktikan bahawa saya mampu membesarkan dia dengan baik walaupun dia tak membesar ketika didalam kandungan,” kata Syadiyah.
5 TIP MEMASTIKAN ANAK PRAMATANG CEPAT NAIK BERAT BADAN
Syadiyah turut berkongsi tips bagaimana untuk menaikkan berat badan Mikayla. Ia tentu boleh ditiru oleh ibu-ibu lain juga.
#1Pastikan anak menyusu dengan kerap dan mencukupi.
#2Jaga waktu tidur anak dan bedung. Kata Syadiyah, Mikayla tidur berbedung sehingga 9 bulan. Ia penting supaya dia boleh tidur dengan nyenyak.
#3 Jaga keselesaan dan kebersihan anak. Ia termasuk dari segi tempat tidur dan pakaian yang selesa supaya anak tidak senang jatuh sakit atau meragam.
#4Jaga emosi anak. Jangan biarkan anak menangis terlalu lama. Stress akan membantutkan perkembangan minda dan fizikal kanak-kanak. “Seingat saya, Mikayla jarang menangis sejak dia lahir. Perut tak pernah kembung dan aktif macam biasa. Dia seorang anak yang ceria dan mudah tersenyum, ” kata ibu ini.
#5 Selain itu, Syadiyah memberikan anaknya vitamin doktor ada bekalkan . “Selepas dia lahir due to poor weight gain ketika lahir, doktor berikan vitamin. Boleh dapatkan di farmasi.”
SYUKUR KERANA MIKAYLA MEMBESAR KUAT DAN SIHAT
Kegembiraan menjadi milik ibu ini tatkala melihat cahaya mata yang dulu sekecil 1.83kg sudah pun membesar seperi kanak-kanak normal.
“Alhamdulillah Armel Mikayla baru menyambut ulangtahunnya yg ke -2 pada 26/12/18 lepas. Berat terkini Armel 13kg. Susu masih kuat , makan pun berselera. Soal makan, saya takpernah menghadkan pemakanan dia.
“Tapi saya langsung tak berikan dia makanan ringan atau makanan manis seperti coklat, minum bergas atau makanan segera. Mikayla lebih suka lauk seperti ayam, sayur-sayur hijau, telur rebus, kekacang , keju, biskut , mee , pasta dan udang!,” kata Syadiyah yang memohon doa semua berharap Armel Mikayla kekal sihat dan aktif macam kanak-kanak lain.
PESANAN KEPADA IBU-IBU HAMIL
Melalui kelahiran anak pramatang tidak mudah. Justeru ibu-ibu perlu kuat. Dia turut menyarankan agar ibu tidak terlalu penat dan stres.
“Untuk ibu-ibu atau bakal ibu diluar sana , jangan pernah rasa menyesal atau terlalu bersedih jika melahirkan anak pramatang. Sesungguhnya hanya ibu-ibu yang kuat sahaja terpilih untnk merasai pengalaman manis sebegini.
“Jaga pemakanan ketika mengandung. Jangan skip ubat daripada doctor. Jangan terlalu penat / stress. Ingat! Anak ialah pemberian tuhan yang sangat-sangat bermakna. Hargai apa yg ada depan mata. Insya Allah , Dia gandakan pahala utk mu di sana nanti,” kata Syadiyah.
ANAK PRAMATANG TIDAK LEMAH & TIDAK SUSAH NAK BELAJAR.
Syadiyah juga turut berkongsi video telatah Mikayla. perkembangannnya sangat baik, lantas menangkis tanggapan sesetengah orang yang yg kata anak pramatang ni lemah dan susah untuk mempelajari sesuatu.
“Jd saya nak betulkan stigma masyarakat yang anak pramatang tetap boleh membesar dan belajar selaras dengan tumbesaran mereka. Buktinya, Mikayla boleh bercakap, menerima ,mendengar & memberi arahan dan memahami setiap apa yg kami sampaikan,” kata Syadiyah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lepas seminggu Nora Danish melahirkan anak, ada peminat seakan-akan tak berpuas hati apabila melihat gambarnya keluar bersama Nedim dan anak, Mohamed Neqyal atau Ney Ney.
Ada yang berpendapat Nora Danish tidak mengambil berat bab penjagaan dalam pantang dan boleh mengundang bahaya pada dirinya kerana Nora Danish bersalin secara pembedahan. Sepatutnya dia perlu rehat yang cukup dan tak boleh ambil mudah.
Bagaimanapun, dalam entri instagramnya sebelum itu, Nora Danish ada memuat naik status yang dia sebenarnya keluar melakukan pemeriksaan kesihatan Ney Ney di hospital.
Mungkin ramai peminat salah sangka sebab penampilannya yang seolah-olah seperti keluar berjalan-jalan sehingga mengundang ketidakpuasan hati netizen.
Apa-apa pun jangan cepat membuat andaian jika kita tak tahu apa disebaliknya yang berlaku.
Malah nasihat yang diberikan oleh pengikut Nora Danish di Instagram mengenai bab penjagaan dalam pantang ada betulnya. Diharapkan Nora Danish cepat sihat bersama Ney Ney.
Sumber: Instagram Nora Danish
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penjagaan oral kanak-kanak perlu bermula sejak mereka masih bayi lagi. Sungguhpun bayi masih belum tumbuh gigi pertama, namun ibu bapa perlu mula menjaga kebersihan mulut dan gusi bayi. Penjagaan oral kanak-kanak sinonim dengan penggunaan berus gigi bayi, kain lembut dan juga ubat gigi.
Walau bagaimanapun, seawal usia berapakah bayi boleh diberikan ubat gigi dan bagaimana anda ingin membersihkan gusi dan gigi bayi yang kecil? Ikuti perkongsian Hello Doktor ini.
Bagaimana menjaga gigi dan gusi bayi?
Ibu bapa tidak perlu menunggu sehingga anak tumbuh gigi untuk memulakan penjagaan oral mereka. Anda sudah boleh mula menjaga gusi bayi sebelum gigi pertamanya tumbuh lagi. Caranya adalah dengan:
Sebelum gigi bayi tumbuh, anda boleh mula bersihkan gusi dan mulutnya menggunakan kain basah lembut dan gosokkan pada sekitar mulut serta gusi bayi.
Jika bayi sudah tumbuh gigi, anda boleh mula perkenalkan berus gigi yang direka khas untuk bayi dengan berus lembut. Anda hanya perlu basahkan berus gigi dan kemudian gosokkan perlahan gigi bayi.
Bila perlu mula perkenalkan bayi dengan ubat gigi?
Bayi hanya boleh menggunakan ubat gigi jika sudah berusia 18 bulan dan ke atas. Sebelum mencapai usia yang dinyatakan, anda hanya boleh memperkenalkannya dengan ubat gigi jika disarankan oleh doktor gigi.
Jika bayi anda sudah berusia 18 bulan, anda boleh letakkan ubat gigi rendah atau bebas fluorida sebesar saiz kacang pis pada berus giginya.
Selamatkah ubat gigi fluorida untuk bayi?
Fluorida biasanya diletakkan dalam ubat gigi bagi mencegah kaviti, menguatkan enamel gigi yang lemah, menterbalikkan kerosakan gigi awal, mengehadkan pertumbuhan bakteria oral, dan melambatkan kehilangan mineral daripada enamel gigi. Bagaimanapun, terdapat perdebatan mengenai keselamatan fluorida, termasuklah ubat gigi berfluorida kepada manusia.
Namun, American Dental Association masih menyarankan penggunaan ubat gigi ini kepada kanak-kanak dan orang dewasa. Cuma, ia perlu digunakan dengan betul.
Bayi hanya memerlukan sedikit sahaja ubat gigi untuk diletakkan pada berus gigi, setiap kali sesi. Mengikut saranan American Academy of Pediatrics, bayi perlu diberikan ubat gigi bebas-fluorida sehingga usianya mencecah 2 tahun.
Anda boleh menambah jumlah ubat gigi berfluorida jika usia kanak-kanak sekitar 3 tahun, kerana ketika ini mereka sudah pandai meludah semasa menggosok gigi.
Bagaimana jika bayi saya tertelan ubat gigi?
Sekiranya ibu bapa mematuhi jumlah pemberian ubat gigi yang disarankan, adalah tidak mengapa jika bayi tertelan sedikit daripada saiz kecil ubat gigi yang ada pada berus gigi. Bagaimanapun, jika anda meletakkan jumlah ubat gigi yang lebih banyak, dan anak anda tertelan sedikit daripadanya, terdapat kemungkinan bayi mengalami sakit perut. Ini tidak semestinya berbahaya, tetapi anda boleh membawa bayi berjumpa doktor jika bimbang dengan keadaan kesihatan si manja anda.
Ubat gigi berfluorida adalah selamat untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Jika anda bimbang anak anda akan tertelan ubat gigi, sentiasa pantau anak kecil anda semasa memberus gigi, sehinggalah dia sudah boleh memberus giginya sendiri dan pandai meludah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rod perancang keluarga yang paling biasa digunakan ialah Implanon. Tetapi ramai yang mengatakan ia mengganggu pusingan haid, benarkah? Ikuti penerangan doktor ini.
Rod implan dipanggil Implanon ialah implan perancang keluarga yang saiznya lebih kurang batang mancis. Doktor akan memasukkannya ke bawah kulit pada lengan atas ibu. Ia membebaskan hormon progestin yang menghalang kehamilan daripada berlaku. Ia berfungsi dan tamat tempoh selepas 3 tahun. Ia boleh dikeluarkan lebih awal jika ada keperluan pada ibu.
TIDAK PERLU TUNGGU HAID
Menurut Dr Anis Nazahiyah Ismail, ramai yang bertanya sama ada ibu yang lepas bersalin perlu menunggu haid dulu sebelum pemasangan implanon?
“Tak perlu. Risiko untuk mengandung tetap ada walaupun period belum datang selepas melahirkan. Period mungkin akan tertangguh, lewat datang di atas faktor hormon selepas bersalin yang belum stabil dan juga sebab menyusukan anak. Jadi implanon boleh dipasang seeloknya sejurus selepas berpantang utk 99.9% jaminan selamat untuk 3 tahun daripada unplanned pregnancy.” kata Dr Anis
KESAN IMPLAN PERANCANG KELUARGA KEPADA PUSINGAN HAID
“Saya mulakan dengan yang common, 33% wanita yang memasang implanon, haid mereka mungkin jadi tidak teratur. Tapi tidak membahayakan (tidak dtg langsung sepanjang 2 hingga 3 tahun, atau sedikit-sedikit tapi berpanjangan).
Yang tidak normal dan bahaya (6%) kalau haid jadi sangat heavy, with clots dan lebih daripada 30 hari. Sila jumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut,”kata Dr Anis
4 WANITA TIDAK SESUAI MENGGUNAKAN IMPLAN PERANCANG KELUARGA
Kata Dr Anis, terdapat empat golongan wanita yang tidak sesuai menggunakan implan perancang keluarga ini, iaitu;
Wanita yang merokok.
Wanita yang mempunyai latar belakang penyakit darah thrombosis.
Wanita yang mempunyai kanser payudara.
Wanita yang mempunyai tekanan darah tinggi.
PENJAGAAN LUKA PEMASANGAN IMPLAN INI
Jangkitan kuman boleh berlaku selepas proses pemasangan pada bahagian insertion spot. Jadi ia perlu dijaga dan dibiarkan kering untuk sekurang-kurangnya 3 hari supaya tidak ada komplikasi.
ADAKAH IA MENGGANGGU PENYUSUAN SUSU IBU?
Ada pesakit yang bertanya sama ada bolehkah terus menyusukan bayi dengan susu ibu apabila implanon dipasang dan adakah susu akan makin berkurangan? Kata Dr Anis, implanon tidak mengganggu penyusuan ibu.
Hormon progesteron pada implanon tidak memberi kesan sampingan kepada susu ibu. Implanon tidak akan mengurangkan volume (kuantiti) atau kualiti susu ibu. Anda boleh teruskan menyusukan bayi seperti biasa.
PROSES MEMASUKKAN IMPLANON
1.Spray untuk kebaskan kawasan yang hendak disuntik.
2.Suntikan bius setempat.
3.Rod implanon disuntik masuk menggunakan alat ringkas.
4.Rod implanon ditinggalkan di lapisan lemak lengan.
Sebagai hadiah sempena Hari Raya dan bagi meringankan beban, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 56.