Sepanjang hamil dan melahirkan anak ini, tiada langsung kelainan. Proses tumbesaran juga normal ketika bayi.

Dilahirkan pada minggu ke-38 menerusi indius  berat anak kecil ini ialah 2.3kg. Anak sulung keluarga ini dinamakan Muhammad Faris Fakhri atau lebih mesra dengan panggilan Along.

Lahir Normal Tetapi Bahagian Depan Kepala Terbuka Sedikit, Ibu Reda Faris Hemiplegic Cerebral Palsy

TUMBESARAN TIDAK SEPERTI YANG SEPATUTNYA

Ibunya, Fazlina Isahak berkata kelainan berlaku apabila anak kecil ini tidak menunjukkan tumbesaran seperti sepatutnya. “Apabila makin membesar perkembangannya tidak mengikut seperti yang sepatutnya. Lebih kurang setahun sebulan tukar klinik, pindah tempat lain, nurse tengok perkembangan tak sama. Faris terus kena refer pakar,” kata Fazlina.

Lahir Normal Tetapi Bahagian Depan Kepala Terbuka Sedikit, Ibu Reda Faris Hemiplegic Cerebral Palsy

Setelah dua hingga tiga kali berjumpa pakar, doktor meminta kami membawa Faris menjalani fisioterapi dan cara kerja dari umur 1 tahun 3 bulan hingga sekarang. Selain itu, Faris juga perlu jumpa pakar kanak, rehab dan pakar tulang.

Ads

Lahir Normal Tetapi Bahagian Depan Kepala Terbuka Sedikit, Ibu Reda Faris Hemiplegic Cerebral Palsy

BAHAGIAN HADAPAN KEPALA TIDAK BERCANTUM

Setelah dua kali melakukan MRI, didapati bahagian hadapan kepala Faris terbuka sikit, tidak tertutup sepenuhnya. Ini adalah punca Faris tidak seperti kanak-kanak yang lain. “Saya seolah-olah tidak percaya & sukar nak terima kenyataan sebab nampak anak normal. Suami pun sama, rasa anak normal macam anak-anak lain. Sampai sekarang dia anggap macam tu,” kata Fazlina.

Lahir Normal Tetapi Bahagian Depan Kepala Terbuka Sedikit, Ibu Reda Faris Hemiplegic Cerebral Palsy

KEDUA BELAH KAKI & TANGAN KIRI LEMAH

Kini pada usia 6 tahun, Faris membesar dengan sihat, cuma kedua-dua belah kaki & tangan kirinya agak lemah. Perkembangannyadi sekolah sangat baik sehingga gurunya mencadangkan anak kecil ini bersekolah di aliran perdana.

Ads

Antara bentuk terapi yang diperolehinya Faris ialah fisioterapi 2kali sebulan/ sebulan sekali  & terapi cara kerja di Hospital Taiping dan turut melakukan ururan tradisional di kampung.

Sudah menjadi rutin harian Fazlina untuk menguruskan Faris dengan mendukung/ mengangkat ke mana-mana. JIka di luar rumah, kerusi roda akan digunakan. Faris juga perlu dimandikan, dipakaikan pakaian.

Fazlina juga akan memantau Faris makan kerana Faris boleh makan sendiri dengan sebelah tangan. Setiap hari juga dia akan membuat terapi, mengajar Faris membaca Al-Quran, melukis dan mewarna.

Ads

Lahir Normal Tetapi Bahagian Depan Kepala Terbuka Sedikit, Ibu Reda Faris Hemiplegic Cerebral Palsy

Menjadi positif itu tidak mudah.  “Masa awal mengetahui Faris disahkan Cerebral Palsy, masa nak buat kad oku dan mendapatkan kerusi roda untuk Faris, kami masih tidak percaya kerana menganggap Faris anak yang normal, cuma tak boleh jalan sahaja.

“Namun apabila mendapatkan rawatan di hospital jumpa pakar, kami agak terkejut jumpa banyak lagi anak-anak istiwewa lagi ‘teruk’ keadaan.

“Masa tu rasa bersyukur dengan keadaan anak, sihat, boleh bercakap. Sekurang-kurangnya dia boleh bagi tahu sakit ke apa-apa berbanding dengan anak-anak lain yang terbaring dan tidak boleh bercakap,” kata Fazlina kepada Pa&Ma bagaimana dia menjadi positif. Katanya lagi, sokongan daripada ahli keluarga dan orang di sekeliling amat membantu memberikan semangat untuk terus mendidik dan memberikan yang terbaik buat Faris.

Sumber: Fazlina Isahak

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI