Tahniah diucapkan buat pelakon, Mira Filzah dan suaminya, Wan Emir yang telah pun selamat menimang cahaya mata sulung mereka tepat jam 3.40 pagi tadi.
Lebih menarik lagi, kelahiran penuh bahagia ini rupanya sama dengan kelahiran Mira sendiri iaitu pada 9 Syawal.
Menerusi Instagramnya, suami kesayangan Mira Filzah ini berkongsi perkhabaran gembira kelahiran itu malah turut meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana segalanya dipermudahkan.
“Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT Pencipta sekalian alam, serta selawat ke atas junjungan mulia Baginda Nabi Muhammad SAW.
“Isteri syurgaku, Nur Amirah Filzah binti Badioezaman telah selamat melahirkan putera sulung kami pada tarikh sama seperti ibunya iaitu pada tarikh 9 Syawal, bersamaan 10 haribulan 5 tahun 2022 pada jam 3.40 pagi,” tulisnya.
Menurut kata Emir, isteri dan anak lelaki mereka kini berada di dalam keadaan baik, sihat dan walafiat malah amat bersyukur ketika mendengar tangisan zuriat mereka buat pertama kali.
Dalam pada itu, Emir turut berterima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan isteri dan anaknya hingga detik melahirkan.
“Putera kami yang bergema nyaring tangisannya berada dalam keadaan sihat, di samping ibunya yang juga dalam keadaan sihat wal’afiat.
“Kami mengucapkan jazakallahu khairan dan jutaan terima kasih kepada semua atas doa dan harapan yang telah dicurahkan ke atas perjalanan kami sekeluarga ini, moga segala kebaikan buat kalian semua juga.
“May Allah SWT bless & guide each and every one of us in our own personal journeys through this temporary life, aamin YRA,” tulisnya berkongsi.
Ruangan komen pasangan ini turut dihujani dengan ucapan tahniah malah tidak sabar-sabar menanti perkongsian si comel kesayangan Mira dan Emir.
Terdahulu, Mira dan suaminya, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar disatukan pada 3 September 2020. Kehadiran putera sulung pasangan ini melengkapkan lagi bahagia mereka bersama. Tahniah Mira dan suami!
Menarik: Aduhai Berketak-Ketak, Usia Nak Masuk 3 Bulan, Anak Neelofa Dah Nak Pandai Meniarap!
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!