
Melahirkan cahaya mata lelaki atau perempuan, ada cabarannya tersendiri. Namun perkongsian daripada perunding keibubapaan ini mendedahkan hasil dua kajian dari luar negara ini agak mengejutkan.



Kajian menunjukkan ibu melahirkan anak lelaki berisiko mendapat pelbagai risiko kesihatan.


Mengandung & melahirkan mendedahkan ibu kepada pelbagai trauma. Post partum depression tidak boleh dipandang ringan.

Para bapa adalah doula terbaik kepada ibu, menemani semasa kelahiran di hospital.


Lelaki atau perempuan, ujian & cabaran mungkin diberikan berbeza. Berusahalah untuk menjaga kesihatan fizikal, emosi dan mental. Amanah untuk mendidik dipikul sebaiknya.

Semoga dapat membimbing dan mendidik anak lelaki dan perempuan menjadi insan yang baik. Paling menarik sekali, kedua-dua kajian tersebut mendapati bapa tidak mempunyai apa-apa kesan kelahiran anak sama ada lelaki atau perempuan.
Sumber: Noor Afidah Abu Bakar, Parent Connect
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Ibu Campak Adik Ke Belakang, Sebelum Langgar Lori.” Sekelip Mata 3 Beradik Yatim Piatu

“Kakak (arwah) sempat campak anak bongsu yang ada bersamanya di tempat duduk penumpang hadapan ke belakang sebelum disambut anak sulungnya bagi menyelamatkan anaknya,” kata Syaidatul Fatihah Mohd, 30.
Syaidatul Fatihah menceritakan kemalangan maut yang menimpa kakaknya, Surawati Mohd, 33, dua hari lalu.

Sekelip Mata Yatim Piatu
Dalam kejadian 5 pagi itu, Surawati bersama suami Muhammad Noor Idham Ramli, 31, meninggal dunia apabila kereta dinaiki terbabit kemalangan di Kilometer 134 Jalan Kuantan – Seremban, dekat Keratong.
Kejadian menyebabkan tiga anaknya, Aryan Rizqy, 6, Areesh Razeen, 4, dan Arfan Rakeen, 2, menjadi yatim sekelip mata apabila ibu bapa mereka meninggal dunia.

Menurut Syaidatul Fatihah, kejadian berlaku ketika lima beranak itu dalam perjalanan dari rumah mereka di Pulau Duyong ke rumah ibu bapa Muhammad Noor di Felda Lui, Jempol, Negeri Sembilan.
“Kami (ahli keluarga) semua tidak tahu mereka bertolak awal sehari ke sana.

“Kakak memaklumkan mereka akan bertolak esok ke rumah mentuanya kerana anaknya tidak bersekolah malah keluarga abang ipar pun tak tahu lima beranak itu bertolak awal,” katanya ditemui di rumah keluarganya di Kampung Gong Merawang, Rhu Muda, Marang.
Menurutnya, ahli keluarga hanya mengetahui mengenai kemalangan itu selepas dihubungi Hospital Muadzam Shah, Pahang 7 pagi hari kejadian.

Katanya, susulan itu ahli keluarganya segera ke hospital terbabit bagi melihat keadaan lima beranak itu.
“Kami dimaklumkan kakak dan suami meninggal dunia dan hospital minta kami datang ambil tiga anak saudara yang cedera.

Ibu Sempat Campak Adik Ke Belakang
“Menurut Aryan Rizqy, ketika kereta hilang kawalan dia masih sedar dan ibunya sempat campakkan Arfan ke tempat duduk belakang bagi menyelamatkan anak bongsunya itu.
“Aryan Rizqy sempat menyambut adiknya sebelum Perodua Myvi dinaiki berlanggar dengan lori,” katanya.
Katanya, jenazah abang iparnya dibawa ke Felda Lui untuk dikebumikan manakala jenazah kakaknya dibawa pulang ke Gong Merawang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seberang Marang.
“Tiga anaknya turut dibawa pulang bersama kami kerana mereka lebih rapat dengan ahli keluarga di sini.
“Bagaimanapun, kami akan berbincang dengan ahli keluarga abang ipar mengenai penjagaan tiga anak arwah ini,” katanya.

Sebelum ini Metro melaporkan pasangan suami isteri maut selepas kereta dinaiki merempuh lori model Isuzu di lokasi terbabit.
Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta dipandu Muhammad Noor dari arah Kuantan menuju ke Seremban masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori terbabit.
Sumber: Harian Metro & FB Ain Sofea
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Tiap Kali Rindu Baju Papa Peneman Adik”. Aryan Baru Nak Bermanja, Awak Pergi Selamanya

Berjanji sehidup semata, hanya sempat merasai hidup bersama tak sampai dua tahun serta pergi dalam keadaan mengejut memang sangat perit. Hanya Allah yang tahu perasaan pasangan yang kehilangan orang tersayang sekelip mata.
Tambah perit lagi apabila mengenangkan anak kecil yang belum puas merasai kasih sayang seorang bapa dan baru pandai nak bermanja.
Seperti yang dikongsikan oleh Faziera Hassan suaminya meninggal dunia selepas 9 jam bertarung nyawa setelah terlibat kemalangan. Anak yang baru berusia 8 bulan kini menanggung rindu dengan hanya mencium dan memeluk baju arwah papanya. Allahu sebaknya!

Aku tak kuat, jadi mama dan papa untuk Aryan
Satu je aku pegang “orang yang baik” Tuhan ambik dulu. Walaupun berat untuk terima, itu lah hakikat sebenar.
Belum puas merasa kasih sayang suami, dia dah pergi. Aryan belum puas merasa kasih sayang papa, papa dah pergi. 8 bulan usia dia dah membesar dengan status anak yatim. Aku tak kuat, rebah tersungkur rasa hilang separuh dari nyawa ni, namun terpaksa gagahi untuk Aryan. Besar tanggungjwab aku sekarang, aku lah mama aku lah papa. Amanah yang arwah tinggalkan untuk aku. Inshallah selagi ada kudrat, aku akan didik Aryan jadi orang yang baik macam papa dia.

Rasa nafas terhenti dapat tahu berita kemalangan
Sayang, awak suruh saya tunggu kat rumah sebab dah janji nak bawak adik g klinik kan. Sy dgn adik tunggu awak, tapi orang lain yang datang yang. Datang bawak berita pasal awak, awak tahu apa perasaan saya yang, rasa nafas saya yang terhenti sekejap. Kat rumah anak demam, kat luar suami kemalangan. Susah yang untuk saya pilih yang mana patut sy utamakan. Tapi Allah hantar orang yang baik untuk jaga Aryan.
Saya pegi yang cari awak sebab takde sorang pom boleh bagitau saya macam mana keadaan awak. Sampai sana lagi sekali hati saya hancur yang tengok keadaan kereta awak, sy dah fikir awk memang dah takde. Tapi bomba tu tipu sy, dia ckp awk okey. Cuma cedera kat kaki je. Tarik nafas lega saya yang.

9 jam awak bertarung nyawa, 4 kali jantung berhenti
Saya pegi cari awak kat hospital, tapi dorang tak bagi saya masuk yang. KEJAM kan yang, bukan saya tak nak ada di sisi awak yang saat awak bertarung nyawa, tapi dorang tak bagi yang. Sy mintak sy mintak dan mintak nak tgk awak, baru dorang bagi. Allah yang sekali lagi hancur hati saya tgk awk, wayar berselirat. Nafas pakai mesin, tak sanggup saya tgk yang. Saya suruh awak ckp yang awak akan selalu ada untuk sy dgn adik, tapi awak x mampu nak cakap kan yang. Tapi saya tahu awk dgr masa sy bisikkan kat telinga awk supaya awk kuat untuk saya dgn adik. Saya tahu awk kuat yang.
9 jam awak bertarung nyawa, 4 kali jantung awk berhenti. Tu tandanya awak memang kuat untuk saya dengan adik. Saya tahu yang awk dah berjuang tapi awak skit sangat. Tgk keadaan awk sy tak sampai hati yang. Satu je doa saya masa tu, semoga Allah ambik awak dengan baik dan tenang. Allah mendengar yang doa sy, dia ambik awk. Terlalu berat untuk sy, tapi itu lah kebaikan untuk awk.
Awk lah super hero sy yang. Kita nak kawen susah kan yang, mcm2 dugaan yang kita lalui. Tak sampai dua tahun kita berkongsi hidup sebagai suami isteri, awak dah tinggalkan sy. Belum puas yang tapi tetap sy bersyukur sebab Allah bg pinjamkan lelaki yang baik baik baik baik baik dan tersangat lah baik. Lepas ni sy tak kan jumpa lagi lelaki yang baik macam awk. Serba serbi boleh. Tak pernah cakap tak boleh kalau saya nak, mesti dan pasti awk penuhi.

Adik rindu papa, dia peluk cium baju awak
Mohamad Aryan Mikail Bin Mohamad Nurhanifh ni lambang cinta kita yang. Amanah yang awak tinggalkan untuk saya. Adk demam yang, dia rindu awak. Saya bg adk peluk baju awk, dia cium yang baju awk. Dia rindu papa. Adik kan selalu tido peluk dgn yang kan.
Trima kasih yang sebab selama ni awak yang jagakan adik waktu malam untuk sy. Buatkan susu adk pkul 2 3 pagi, tukar pampers adk. Kalau sy bngun sekali mesti awk sruh sy tido kan yunk. Mesti awk cakap “awk tido la, esok kan awak nak keje”. Baiknya awk yang, padahal awk keje jgak kan yang. Awk tahu kan yang sy selalu sakit2 badan, awak yang selalu sapu minyak angin kat sy kan. Lepas ni sy dah tak dapat offer “ayang awak nak sapu mnyak angin ke” .
Allahuakbar berat yang berat. Tapi saya kene kuat kene redha. Macam mmpi yang. Saya harap hari ni sy bngun ni cuma mimpi. Tp sy bngun hari ni, rupanya realiti yang pahit. Takpe la yang, awk dh penat kan. Awk rehat kat sana. Tapi awk janji jangan lupakan sy dgn adik. Tunggu sy kt sana, nanti sampai masa sy dgn adik menyusul awak. Pasti yang pasti kami akan pegi jumpa awak. Kita jumpa kat syurga nanti ye yang.
Papa,
We love u pa
Sumber : Faziera Hassan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tragis Kanak-Kanak 5 Tahun Mati Ditetak Bapa. Hasil Ujian Air Kencing Suspek Positif Dadah & Peminum Ketum Tegar

Tragis apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut ditetak bapa kandung sendiri ketika tidur di rumah didiami keluarga itu di Flat Puchong Permai, kira-kira jam 5.45 petang tadi.
DITETAK PADA KEPALA & PERGELANGAN TANGAN
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Azlin Sadari berkata, mangsa yang cedera ditetak sebanyak tiga kali di bahagian kepala dan pergelangan tangan kanan disahkan meninggal dunia di lokasi.
Menurutnya, hanya bapa mangsa yang bekerja sebagai anggota Rela berusia 35 tahun berada di rumah ketika kejadian.
Beliau berkata, pihak polis pada awalnya menerima panggilan orang awam mendakwa terdapat seorang kanak-kanak terjatuh dari tingkat empat pangsapuri kos rendah berkenaan dalam keadaan berlumuran darah.
Sepasukan polis ke lokasi mendapati mangsa dipercayai ditetak bapanya menggunakan parang.
HALUSINASI
“Hasil siasatan awal bapa mangsa dipercayai mengalami halusinasi sebelum bertindak sedemikian.
“Suspek mengaku dapat ‘arahan’ bunuh anaknya untuk jadi ‘king’,” katanya mangsa merupakan anak tunggal.
POSITIF DADAH & PEMINUM KETUM
Beliau berkata, suspek dipercayai peminum ketum tegar dan mempunyai satu rekod lampau bersabit kes Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Ujian air kencing dapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine (syabu). Suspek ditahan di tempat kejadian, parang dipercayai digunakan dalam kejadian ditemui dalam rumah.
Pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian dan kes disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


