Pengalaman mengandung dan melahirkan anak tak sama buat setiap ibu. Ada yang mudah dan ada yang terpaksa berulang alik ke klinik atau hospital sehinggalah waktu nak bersalin kerana ada masalah kesihatan tertentu.
Orang kata ni semua rezeki ibu. Apa yang penting, setiap ibu akan harapkan anak yang lahir nanti sihat dan selamat dan tiada komplikasi ketika melahirkan.
Bukan itu saja, ada juga ibu yang risau apabila melahirkan bayi secara normal nanti, terpaksa jahit banyak di bahagian bawah hingga rasa trauma.
Namun perkongsian dari seorang ibu, Puan Nurul Fazira Suhaimi ini boleh dijadikan panduan untuk ibu lain yang akan melahirkan nanti.
Menurutnya, ketika melahirkan anak ketiga seberat 4.5 kilogram secara normal, tiada jahitan atau koyakan.
Apa yang diamalkan sepanjang mengandung adalah dengan melakukan teknik urutan perineum dan melakukan teknik cara kawal pernafasan.
Terasa nak share pengalaman melahirkan masa PKP. Dah la suami tak dpt masuk labour room, berjuang sorang2 je.
Ada tak dekat sini yg takda diabetes tapi anak lahir2 besar dan tak czer?
Ads
Alhamdulillah sy selamat melahirkan anak yg ketiga seberat 4.5kg , Normal dan tiada jahitan langsung dekat bawah ( Intact ).
Nama diberi Muhd Arique An-Naafi’ Bin Zaireil Hafiz.
Alhamdulillah bersyukur sngt wlaupun suami tak dapat teman tapi Allah permudahkan sungguh anak ketiga ni, lahir sngt mudah tanpa rsa skit pun dan tak Jahit tu yg takut sebenarnya.
Untuk mommies yg banyak bertanya tips dan teknik. Sebelum sy bersalin sy selalu buat urutan PERINEUM guna aloevera gel, boleh search dkat youtube ‘teknik urutan perineum ‘ seawal 34 minggu dan satu lagi boleh search dkat youtube ‘Cara kawal pernafasan ketika bersalin. ‘
Dan hari ini berat 2bulan dah 7.6kg. Semakin membesar dgn jaya nampaknya sampai mama pun tak larat angkat.
Ads
Saya doakan mommies yg akan melahirkan smoga dipermudahkan urusan, dan siapa yg menanti zuriat inshaaAllah akan dpt rezeki hadirnya si kecil tahun ni aamin.
TIPS MENGELAKKAN KOYAKAN TERUK MASA BERSALIN
1. Jangan panik tak tentu pasal. Banyakkan membaca fakta dan ilmu yang betul mengenai kelahiran supaya bakal ibu lebih tenang dan tidak panik ketika proses kelahiran. Bertanya pada yg berilmu, BUKAN PADA PENJUAL PRODUK.
2. Amalkan senaman Kegel: Kemutkan otot pelvis/vagina seperti anda sedang menahan kencing, tahan selama 10 saat, lepaskan perlahan-lahan dan ulang 25 kali setiap satu sesi, lakukan 3 kali sehari sepanjang tempoh mengandung.
3. Urutan perineum pada hujung-hujung kehamilan berfaedah untuk menjadikan otot pada bahagian vagina lebih anjal dan mengurangkan risiko koyakan vagina yang teruk. Otot pada perineum yang anjal akan lebih senang mengembang dan menguncup tanpa meninggalkan koyakan yang teruk.
4. Meneran dengan cara yang betul! Fokus ke arah perut dan anda meneran dari abdomen dan ke bawah, seperti meneran berak sembelit
Ads
5. Jangan meneran awal jika belum tiba masanya. Meneran terlalu awal ketika kepala bayi masih lagi belum nampak pada vagina menyebabkan vagina membengkak dan mudah koyak.
6. Pastikan posisi yang betul ketika meneran. Rapatkan dagu ke dada, anda berkeadaan sama seperti udang membengkok, pegang pergelangan kaki, dan jangan sesekali mengangkat punggung ataupun punggung terhuyung hayang ke kanan ke kiri. Macam nak tangkap bola pulak gayanya misi nak sambut kelahiran bila punggung digerakkan ke sana ke mari.
7. Dengar arahan doktor dan misi. Bila nak periksa tu bagi kerjasama, bukannya terkepit-kepit sampai jari misi atau doktor takleh keluar. Banyakkan berzikir dan berselawat, bukannya meraung sepenuh jiwa.
Inilah penantian yang ditunggu-tunggu selama tujuh tahun untuk menimang cahaya mata. Namun, tiada siapa sangka, dalam kegembiraan itu, pasangan ini diuji sekali lagi apabila keempat-empat anak kembarnya mengalami masalah kurang upaya intelektual.
Ibu kepada anak perempuan kembar 4 itu, Norhayu Mat Hanafi, 41 tahun, mengakui rumahtangga yang dibina sejak tahun 2003 sangat sunyi tanpa anak selama enam tahun sebelum disahkan hamil.
Lebih mesra disapa Ayu, katanya hanya Allah saja yang tahu perasaannya apabila menerima perkhabaran yang amat menggembirakan itu.
“Saya dan suami cuba pelbagai cara termasuk melakukan pemeriksaan kesihatan. Pernah terfikir ingat selepas lima tahun kalau tak ada rezeki, kami bercadang untuk mengambil anak angkat.
“Syukur alhamdulillah, akhirnya dapat juga anak. Memang seronok dan tak sangka sebab sentiasa menunggu, kembar 4 pula tu,” katanya.
Bagaimanapun, kegembiraan itu Ayu tidak lama apabila empat anak kembarnya didapati mengalami masalah pertuturan dan pembelajaran serta hiperaktif ketika berusia lima tahun.
“Cikgu mereka yang mula-mula dapat kesan keadaan anak saya. Kami bawa pergi jumpa doktor dan mengesahkan mereka menghidap kurang upaya intelektual.
“Tengok macam normal tapi mereka ini kanak-kanak istimewa. Umur mereka sekarang 12 tahun tapi perwatakan macam kanak-kanak berusia 7 tahun,” katanya berasal dari Jitra, Kedah.
Menurut ibu kepada enam cahaya mata itu, dia pada mulanya berat hati untuk berdepan dengan situasi sukar ini.
“MULUT SAJA KATA REDA TAPI HATI ITU RASA BERAT. TAPI LAMA-KELAMAAN SAYA DAPAT TERIMA. SAYA BERSYUKUR KERANA DAPAT SOKONGAN DAN SEMANGAT DARIPADA ORANG SEKELILING.
“Saya rasa bersyukur kerana setiap kali fikir tentang kesusahan ini, sebenarnya ada lagi yang lebih susah daripada saya. Malah, ada yang dah berkahwin lebih daripada 10 tahun masih belum dikurniakan anak,” katanya yang turut mempunya dua lagi anaknya yang berusia enam dan dua tahun.
Mengenai empat anak kembarnya yang menyertai Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI. Surirumah ini mengakui anak-anaknya menceriakan hari-hari mereka sekeluarga.
“DULU SEMASA TAK ADA ANAK, SANGAT SUNYI. SEKARANG RUMAH INI TAK PERNAH SUNYI. ANAK-ANAK KEMBAR SAYA MEMPUNYAI BAKAT DALAM MEWARNA, BOLEH MEWARNA DARI PAGI SAMPAI KE MALAM.
“Harapan saya dan suami agar mereka dapat menguruskan diri mereka apabila kami sudah tiada lagi. Saya belajar hidup ini kena sentiasa positif dan reda dengan apa yang telah ditakdirkan untuk kita. Pada masa sama, saya juga memberi sokongan kepada mereka yang belum ada rezeki anak.
“Saya perasan jangan ambil hati dan layan perasan kalau ada orang tanya tentang anak. Jangan sensitif, jadi macam saya dan suami sama-sama membuat pemeriksaan dan alhamdulillah kami normal, cuma belum ada rezeki masa itu. Apa yang penting, suami isteri kena mainkan peranan,” katanya.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Bagi pasangan suami isteri yang ‘menunggu hari’ untuk kelahiran cahaya mata, pasti teruja dan berdebar-debar. Segala persiapan telah dibuat manakala mental fizikal telah bersedia untuk kehidupan baharu sebagai ibu ayah.
Namun sebaik-baik perancangan adalah dari Allah SWT. Walau sehebat mana kita menyusun atur setiap perkara yang ingin dibuat, jika tiada izin-Nya maka tidaklah ia terjadi. Seperti yang dikongsikan oleh Miraa Nordinapabila dia kehilangan anak kembarnya sedangkan segala persediaan menyambut mereka telah dibuat.
28 Mac 2020. Tarikh yang akan selamanya aku ingat. 😊
Btw, post ni sangatt panjang so boleh skip laju2 tau.
Setiap orang ada dugaan masing2 kan. Kami suami isteri diuji dengan sesuatu diluar jangkaan kami. Langsung tak terfikir, langsung tak terlintas. Rasa macam dunia terhenti sekejap masa tu. Rasa punah semua angan2 sekelip mata. 8 bulan mengandung, semua persiapan dah buat, tapi bukan rezeki kami lagi nak ada zuriat kali ni. In sya Allah lepas ni Allah gantikan yang lain yang lebih baik.
Kami pernah diuji dengan keguguran tahun 2018. Masa tu 11weeks. Tanpa d&c, baby keluar sendiri dekat rumah. Tak sangka 2020 kami diuji lagi. Kali ni betul2 sakit. Allah je tahu apa aku rasa. Dua kali berpantang tanpa baby. Dua kali kehilangan. Serious perit tak tipu. Tapi macam mana pun aku dah redha. Ni cuma luahan untuk aku simpan jadi kenangan.
Rezeki Hamil Semula Selepas Setahun Keguguran
Aku n suami tunggu lebih kurang setahun untuk mengandung lagi lepas keguguran. Bukan merancang, tapi memang takde rezeki lagi. Lepas berubat n berurut, Alhamdulillah dgn izin Allah, aku pregnant. Excited tak payah cakap lah. And mmg nekad nak jaga kandungan kali ni betul2 sampaikan aku tak jadi cari kerja sebab nak fokus pada anak. Masa tahu pregnant tu aku betul2 baru habis PSH 6 bulan. Kami anggap mmg Allah bagi tepat masanya.
So bermula lah pengalaman pregnant yg sgt2 best. First trimester langsung tak buat ape2 baring je atas katil dengan alahan yang agak teruk. Besen memang ready letak sebelah katil, minyak yuyi jadi peneman, bleeding 2 3 kali sampai ambil ubat kuatkan rahim, tak boleh jalan atau berdiri lama mesti nak pitam n banyakkk lagi. Nak cerita mmg takkan habis. Awal2 memang teruk jugak alahan but masuk je second trimester semua jadi smooth cuma masih tak boleh berdiri atau jalan lama2 mesti nak pitam. Kalau dalam mall setiap kerusi yang ada aku akan duduk kejap ambik nafas huhu Dannnnn air manis kena sentiasa ada untuk elakkan rasa nak pitam.
Masa second trimester pernah on ubat thyroid sebab bagitau nurse nadi selalu laju walaupun tak buat ape2. Bila test darah, hormon thyroid tu ada sangkut sikit so kena makan ubat. Tapi tak lama pun dalam 2 3 weeks macam tu je. Dr kata maybe sebab pregnant twins so hormon tak stabil. Dapat tahu twins masa 2nd scan dekat klinik. But then bila next scan Dr klinik tu nampak 1 je so dia kata maybe sorang lagi tak jadi/vanish. Masa tu suami hampa gila tp tetap berharap twins. Tup2 scan dekat KK kali pertama, suami cerita dekat Dr yang kami pernah scan dekat klinik nampak 2 fetal heart tapi dia kata vanish bla3 then Dr kata ‘ Eh memang dua lah ni. Tengok ni. Ni sorang ni lagi sorang’. Masa tu rasa nak lompat2 je happy tak pernah terbayang dapat twins. Alhamdulillah.
Sejak confirm twins tu, appt jadi 2 minggu sekali sebab dikira high risk. Twins pulak jenis MCDA, dorang kongsi uri tapi kantung masing2. Total 3 tempat appt KK IM, KK Beserah, and O&G HTAA. Tak pernah miss mana2 appt. Mmg setiap kali nak scan excited lain macam. Asyik berdebar nak tahu perkembangan dorang. Alhamdulillah Allah mudahkan semua, berat n saiz dorang dari awal scan sampai 34weeks sangat okay. Dr selalu puji sbb twins takde TTTS(twin-twin transfusion syndrome: sorang terlebih besar/kecik) dan sangatlah aktif tak pernah duduk diam! Haha. Nurse pun selalu susah nak carik jantung baby sebab asyikkkk bergerak. Setiap kali check up mesti balik rumah dengan happy lepastu beriya cerita semua dekat Mama. 😁
Baby Kurang Gerak
Semuanya start masa kandungan makin besar. Rasanya semua yang pregnant pernah rasa baby mcm kurang gerak tetibe. Kadang2 bila fokus buat benda lain, rasa baby kurang respon. Gerak tu gerak tapi dia macam tak aktif sgt. Mmg sgt risau. Sepanjang pregnant, pernah 2 kali pergi hospital sebab kurang gerak. Sekali pergi emergency sebab belum 28weeks masa tu, sekali lagi masa 30/31weeks. Yang pertama tak perlu warded Dr cuma kata baby dah beralih kedudukan sbb kecik lagi n kedua tu kena warded 1 hari sebab Dr kata MCDA twins sangat berisiko so kena monitor 24hours. Ayat Dr yang takkan aku lupa ‘Orang luar kalau dengar twins seronok sangat, tapi bagi kami Dr2 ni sangat risau’. Tapi alhamdulillah semua ok je masa tu. Dr siap puji sebab dia rasa aktif je dua2 so dia bg discaj esoknya.
Lepas discaj tu, semua back to normal sampailah seminggu dua sebelum hari kejadian banyak kali sangkut bila test urine. Pelik sangat sebab dari awal urine, bp, hb, gula semua okay. Memang rasa tak sedap hati tapi sebab fikir kena positif kan baru baby positif sama(ni kesalahan terbesar aku). Kena repeat ambik sample urine banyak kali n mcm2 test aku kena ambik hujung2 pregnancy. Urine, darah, swab. Aku banyak kali tanya Dr mmg takkan affect baby ke kalau kencing kotor. Dr jawab biasanya takde so aku macam lega la. Ada jugak tanya pasal baby kurg aktif normal ke, dia jawab ‘mybe sbb space, asal rasa gerak should be ok’. Aku bertambah lega. Padahal masa appt baby Dr lain dah pesan dekat aku kalau rasa lain je terus dtg hospital sebab ibu je tahu baby mcm mana. So obviously salah aku. Then, last ultrasound pulak Dr kata baby sorg mcm kecik but still tak jauh beza. Sorg 2.1kg sorg lagi 1.7kg. Oksigen apa semua okay Dr kata n Dr suruh ready lagi 2 weeks terus bawak baju mak n baby takut kena admit terus sebab dah 36weeks. Excited bila dengar macam tu sebab lagi 2minggu boleh jumpa twins.
Cukup 10 Kali Gerakan, Tapi Lambat Sikit
27 Mac 2020. Aku ajak suami buat kek coklat moist. Dengan alasan, nanti berpantang dah tak boleh makan so nak makan puas2. Pagi tu macam biasa rasa je dorang gerak2. Ptg bila siap buat kek, start rasa macam kurang gerak. Tapi tak fikir bukan2 n positif kan diri maybe terlalu busy buat kek so twins penat nak rehat(kesalahan besar aku 😞). Tapi bila tekan2 perut ada je respon so macam okay la. N gerak baby 10x tu cukup je cuma lambat sikit dari hari2 lain. Malam pulak time solat mmg rasa je baby gerak tapi masih tak sedap hati. Benda mcm ni jadi banyak kali jugak tp sebelum2 ni aku bernasib baik bila check rupanya baby tukar kedudukan je n lepastu aktif balik. Sbb tu aku cuba positif. Suami ada tanya ‘ke nak pergi hospital?’. Aku jawab tengok esok macam mana sebab aku takut musim2 covid ni(kesalahan aku lagii). 😢
Pergi Klinik, Buat Scanning Tapi Jantung Tak Ada Denyutan
28 Mac 2020. Pagi2 lagi ajak husband pergi klinik sebab fikir nak tengok jantung baby je. Mmg tak terfikir n taknak terfikir bukan2. Sampai2 klinik staf tu cakap pukul 10am baru ada Dr. Aku pun macam takpe la kita pi beli aiskrim dulu. Makan aiskrim sambil cakap dengan twins n mmg aku sangat pelik sebab baby takde gerak2 masa ni. Lepastu kami ke klinik tunggu dalam klinik. Tak lama tu kami masuk bilik Dr dengan penuh harapan nak tengok jantung baby. Dr start check kepala dulu. Bila pergi bahagian perut, aku macam tergamam. Biasa scan akan ada denyut2 tapi pagi tu takde. Dia pergi baby ke 2 pun sama. Allahu aku taktahu nak gambar perasaan aku masa tu. Dr tu cepat2 suruh ke hospital. Masa tu aku dah lost dalam otak macam kosong gila tapi dekat mulut tak henti2 doa semua tu tak betul, mesin tu salah. ‘Maybe Dr salah tengok lagi 2 hari kot twins dah boleh lahir’. Aku tekan2 perut suruh twins bangun n bukak zikir sepanjang otw ke hospital supaya aku boleh relax.
Sampai je hospital aku yakinkan diri twins masih ada. Aku masuk n bg surat refer dari klinik. Nurse tu terkejut n cakap dekat aku ‘Allahu dah besar dah ni. Puan sabar ye. In sya Allah ada lagi tu n banyak2 berdoa tawakal’. Aku just berharap cepat lah nak scan. And yes, Dr 2 orang plus nurse sekali ada masa scan tu mmg nampak takde degup jantung tu. Dua2. Dua dua pergi sekelip mata. Boleh bayang? Masa ni mmg Allah je tahu macam mana aku nak meraung tapi semua dah takde guna. Aku siap tanya Dr ada tak ape2 cara sekalipun untuk dorang hidup balik atau at least sorg selamat. Rasa macam mimpi. Malam aku masih rasa baby gerak, pagi tu dua2 tinggalkan aku. Korang maybe kata aku yang cuai tak pergi awal2 tapi serious semua jadi tak sampai 24jam. Terlalu cepat bagi aku. Tapi mmg orang yang aku salahkan adalah diri aku sendiri. Percaya baby kurang gerak sbb space dah kurang lagi2 orang kata perut aku kecik untuk twins. Benda paling bodoh aku percaya.
Kiri Kanan Katil, Semua Ibu Gembira Tunggu Anak Lahir
So please lah ibu2 yang tengah pregnant jangan sesekali percaya ‘normal la hujung2 pregnancy baby kurang gerak sebab baby makin besar, ruang takde bla3’. Jangan. Kalau kau percaya n takdir kau mmg ada lagi rezeki jumpa anak kau takpe la. Maknanya kau beruntung. Kalau macam aku? Memang orang kata aku beruntung sebab twins anak syurga tapi sakit lahirkan anak yang dah tak bernyawa tu kau tak tahu. Belum aku cerita part dalam wad kiri kanan semua happy2 tunggu masa nak sambut baby, dengar org sebelah2 duk check jantung baby, duk tengok orang lain bawak beg baby, nurse 3 4 kali salah kejut aku nak check jantung baby tapi aku kena jawab ‘baby sy dah takde nurse’. Serious semua sakit. Sangat. Lagi2 aku diuji masa PKP ni, takde pelawat dibenarkan melawat termasuk suami sendiri. Masa dekat wad 1 je aku doa nak cepat2 lahirkan twins so lagi cepat dapat kebumikan dorang. Aku kena induce 2x, ambik ubat tahan sakit 1x, tahan sakit teruk 5 6 jam then lahirlah dua2 puteri yang kami tunggu selama ni.
Sungguh aku dah redha n terima semua. Aku cerita hanya untuk pengajaran n sebagai kenangan bermakna untuk aku. Macam mana pun semua dah tertulis. Kita merancang, Allah pun merancang. Tapi perancangan Allah mengatasi segalanya. Kes kami twins Allah ambik tapi aku still dapat peluang tengok wajah anak2 aku walaupun cuma sekali dan dah siap balut dengan kain putih. Orang lain pula diuji dengan ibu yang meninggal dunia tanpa sempat tengok anak2. Allahuakbar 😢
Doakan Kami Agar Dapat Zuriat Nanti
Takde apa yang aku harap cuma tolong doakan kami kuat n diberi rezeki zuriat lagi ye lepas ni. N maafkan kami kalau2 sebelum ni apa yang kami suami isteri post atau share buat sape2 yang belum dapat zuriat tersinggung. Mungkin kegembiraan kami buat sape2 terasa hati kami betul2 mintak maaf. Sekian pengalaman yang nak aku kongsi. Semoga takde orang ulang silap aku.
Tolong sedekahkan Al Fatihah untuk Amina Sofya bt Aifaa Syafiq dan Aisya Sofya bt Aifaa Syafiq ya 😚
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejak dilahirkan hingga usia 3 bulan, Muhammad Syahmi belum merasai pelukan mamanya seperti bayi lain. Ini berikutan mamanya Nor Fadilla Che Par, 28, terus koma dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat komplikasi dan jantungnya terhenti secara tiba-tiba ketika berjuang melahirkan Syahmi secara pembedahan.
Sejak itu Syahmi dijaga oleh ahli keluarga dan bergantung pada susu formula. Hingga saat ini, Fadilla tak boleh lagi memberi tindak balas.
Menurut kakak Nor Fadilla, Nur Hasirah Che Par, sejak ditempatkan di ICU November lalu, Fadilla masih belum bagi respon walaupun keadaannya dah nampak ada perkembangan positif. Jika dahulu terpaksa bergantung dengan oksigen, kini mesin bantuan oksigen itu dah mula di buka dan boleh bernafas sendiri.
“Sekarang doktor fokuskan pada rawatan fisioterapi untuk menggerakkan anggota badannya kerana terlalu lama terlantar.
“Cuma apa yang sedih, Fadilla masih belum dapat mengenali orang. Apabila bercakap dengannya dia hanya mampu merenung dan air matanya pasti mengalir bila beritahu yang dia ada anak,” katanya.
Bercerita mengenai komplikasi yang berlaku pada adiknya, Hasirah menyatakan sebelum doktor buat keputusan untuk melakukan pembedahan, dah 3 kali induce tapi bukaan hanya 2cm sahaja.
“Mungkin dah ketentuan Allah, kami reda. Kalau nak diikutkan semasa mengandung Fadilla tiada apa-apa masalah.
“Sekarang kami sekeluarga mengharapkan ingatannya kembali pulih dan sihat seperti biasa dan boleh membesarkan anak dengan baik,” jelasnya.
Berikut coretan keadaan adiknya sebelum berjuang melahirkan anak hinggalah terlantar di katil hospital tanpa sebarang tindak balas.
CORETAN KEADAAN FADILLA..
22.10.2018 genap setahun perkahwinan mokla…
08.11.2018 tarikh due moklaaa… namun tiada tanda baby nak keluar menyebabkan moklaa over due.
14.11.2018 mokla dengan rela hati menyerahkan diri ke HRPZ II… Dengan azam akan membawa pulang seorang zuriat bersama. Suami sentiasa di sisi waktu ini.
15.11.2018mokla dipaksa bersalin dengan kaedah INDUCE. Sakit yang teramat namun rela kerana anak yang dikandung.
16.11.2018INDUCE kali kedua ke atas moklaa namun result tetap sama 2cm.
17.11.2018INDUCE kali ketiga ke atas moklaa. Result tetap sama 2cm
18.11.2018mokla ditolak ke bilik OT untuk ceaser dan lahirlah seorang bayi lelaki seberat 3.7kg.
Namun suami mendapat dua berita dari doktor. Satu baik dan satu buruk. Pilihan si suami.. baik dahulu.. baby selamat.. buruk pula.. isteri koma dan akan dipindah kan ke unit rawatan rapi (ICU)
Ketika itu Hanya Allah yang tahu perasaan seorang suami…
18.11.2018juga tarikh keramat buat keluarga dan suami mokla. Doktor mengesahkan Moklaa koma kerana komplikasi waktu pembedahan bersalin.
Dikala itu sepatutnya mokla mendapat ucapan TAHNIAH dari teman, saudara mara dan kaum keluarga. Namun sebaliknya hanya DOA minta kesembuhan yang diterima. ALLAHU…
Disaat ini mokla dan suami sepatutnya meraikan kehadiran tanda cinta mereka.. Namun sebaliknya ujian yang amat berat diterima. Sekarang umur baby dah hampir dua bulan dan keadaan Moklaa masih tiada tindak balas dan di tempatkan di wad ICU. Suami setia menunggu di sisi isteri tercinta.
Besarnya pengorbanan seorang isteri untuk lahirkan zuriat dan pengorbanan seorang ibu untuk keselamatan anaknya. Allahuakbar.
Setiap anak berbeza ada yang cepat "pickup," ada yang perlukan lebih masa untuk memahami sesuatu. Sebagai ibu bapa, penting untuk kita mengenali corak pemprosesan...