Selamat melahirkan anak keempatnya semalam yang diberi nama Nur Aisywara Nealofa, MUA yang cukup dikenali, MUA Bellaz tampil berkongsi sipi-sipi wajah puteri kesayangannya di media sosial.
Pun begitu kongsi Bellaz lagi, tidak mahu menyorok wajah puterinya, kata Bellaz wajah Nur Aisywara akan dikongsikannya sebaik dibenarkan pulang ke rumah kelak.
Paling menarik kata Bellaz, anak keempatnya kali ini lain dari wajah tiga anaknya sebelum ini.
“Insyallah lepas Bellaz keluaq ward kita released muka Aisywara.
“Lain pada kakak abang dia hat ni,” kongsinya.
Pun begitu wajah comel Nur Aisywara Nealofa yang baru dikongsi Bellaz awal pagi tadi mengundang perhatian wargamaya.
Mana tidaknya, bukan hanya berkulit putih kemerah-merahan bahkan bibir mungilnya yang merah bak delima jelas memperlihatkan kecantikan Baby Aisywara, persis ibunya.
Ads
Kejutan hamil di Mekah
Terdahulu, melalui entri yang dikongsikan oleh Bellaz bersempena awal Muharram hari ini, Bellaz turut berkongsi kisah kehamilannya yang bermula di Mekah.
“Salam maal hijrah buat semua aunty dan uncle yang beragama islam. Alhamdulillah Nur Aisywara nealofa sihat di awal muharam ini.
“Awal muharam hari yang penting dalam sejarah islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Makkah ke Madinah.
“Di kota Makkah la Nur Aisywara Nealofa hadir dekat rahim mama. Test kat Malaysia dia tak naik 2 line, duk sana dalam 2 minggu test-test naik rezeki ya Allah. Suprise kat sana.
“Bellaz doakan ibu-ibu semua yang menanti diberikan zuriat secepat mungkin. aminnnn Amin,” tulisnya lagi.
Ads
Suami buat suprise
Dalam pada itu, beberapa entri berlainan Bellaz turut menarik perhatian. Paling mengujakan pastikan ibu anak empat ini pastinya kejutan yang dilakukan oleh suaminya di hospital.
Sebagai tanda penghargaan melahirkan anak keempat mereka, suami Bellaz turut membuat kejutan comel untuknya.
“Halah-halah, hilang sakit sikit tengok Mat Nuart buat suprise lagu ni.
“Simple-simple tapi nampak sweet ikhlas tu hehe. Sweet no walaupun anak no 4 aicewahh cewahh.
Ads
“Tq na B lebiuuu, jangan duk beli jiwa nak tambah sudah. Tengok dah kan pengorbanan bini lahir anak semalam macam mana. Pakat teriak, habis hang aku,” kongsi Bellaz sayu.
Semalam genap 7 hari kelahiran cahaya mata ketiga Saharul Ridzwan dan juga isteri Deena Emir dan telah selamat ditahniq, di cukur rambut serta diberi nama.
Hal ini dikongsi sendiri oleh Deena Emir menerusi laman Instagramnya. Dia turut berkongsi nama anak ketiganya itu kepada peminat.
“Semalam genap 7 hari kelahiran puteri solehah ke dua kami, telah selamat ditahniqkan dan di cukur rambutnya serta diberi nama. Alhamdulillah.”
‘Nama diberi, KHADIJAH ALKUBRAA”
Menurut Deena, nama yang dipilih oleh dia dan suami adalah sempena nama Nabi Muhammad S.A.W.
“Sempena nama isteri Baginda Rasulullah s.a.w, Saidatina Khadijah Al-Kubra r.a, ketua bidadari syurga.”
Deena sempat menitipkan doa buat cahaya mata ketiganya agar sentiasa dalam rahmat dan lindungan yang Maha Esa.
“Semoga anak solehah ini, Khadijah Alkubraa membesar dengan sihat, pintar, baik ahlak serta rupa parasnya, disayangi dan disenangi ramai, menjadi hafizah Quran, sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah s.w.t.”
Aamiin Allahumma Aamiin.
أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ، مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ، وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّةٍ
Maksudnya: “Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna daripada godaan syaitan, binatang berbisa dan daripada pandangan mata yang bersifat dengki.”
(Riwayat al-Bukhari, no. 3371)
Anak-anak kecil kita sememangnya cukup peka dengan benda-benda di sekelilingnya. Semut yang merayap pun dia nampak inikan pula silica gel yang bertaburan di lantai. Awas, jangan biarkan gel ini bertaburan di atas lantai. Banyak kesannya pada anak, jika termakan gel ini.
‘Silica Gel’ yang selalunya kita jumpa dalam kotak kasut atau beg tangan adalah sama fungsinya dengan ‘Oxygen Absorber’ di dalam bekas vitamin atau pek makanan lain.
Menurut perkongsian daripada Pusat Racun Negara, kedua-dua gel ini adalah berbahaya kepada anak-anak kecil. Pusat Racun Negara seringkali menerima laporan kes termakan kedua-dua bahan ini terutamanya di kalangan kanak-kanak.
Pernahkah anda menjumpai bungkusan kecil yang mengandungi biji-biji kecil lutsinar yang tertulis ‘Silica gel’ di dalam kotak kasut yang baru atau ‘Oxygen absorber’ di dalam botol vitamin yang baru dibuka?
Ada di antaranya disebabkan oleh rupa ‘Silica gel’ yang seakan-akan gula-gula dan menarik perhatian kanak-kanak untuk membuka bungkusan dan memasukkan kandungannya ke dalam mulut.
Pusat Racun Negara seringkali menerima laporan kes termakan kedua-dua bahan ini terutamanya di kalangan kanak-kanak.
Percaya atau tidak? Ada juga orang dewasa yang termakan ‘Oxygen absorber’ dengan mi segera kerana bungkusannya menyerupai bungkusan perencah mi segera.
Fungsi kedua-dua bahan ini?
‘Silica gel’ adalah penyerap lembapan manakala ‘Oxygen absorber’ adalah penyerap oksigen dan mempunyai FUNGSI YANG SAMA.
Kedua-duanya diletakkan di dalam bungkusan produk supaya sesuatu produk itu tidak mudah rosak, tidak teroksida atau tidak berkulat, dan memanjangkan jangka hayat produk.
Namun, apakah perbezaan antara penyerap lembapan dan penyerap oksigen?
Perbezaan Penyerap Lembapan Dan Penyerap Oksigen
#1 KEGUNAAN
Kegunaannya mungkin berbeza mengikut kesesuaian produk. Penyerap lembapan biasanya diletakkan dalam produk pembungkusan seperti kasut atau beg tangan. Manakala penyerap oksigen pula biasa didapati dalam pembungkusan produk-produk makanan dan ubat-ubatan.
#2 KERACUNAN Kebiasaannya kandungan penyerap lembapan adalah gel silika. Secara umum, gel silika tidak beracun namun berpotensi menyebabkan saluran pemakanan tersumbat jika termakan dengan jumlah yang sangat banyak terutamanya oleh kanak-kanak kecil.
Penyerap oksigen pula kebiasaannya diperbuat daripada serbuk besi (‘iron’) yang berwarna hitam. Bahan ini adalah toksik dan jika seseorang keracunan besi, ia akan menyebabkan simptom-simptom seperti muntah-muntah, cirit-birit (najis berwarna hitam) dan sakit perut.
Malah, keracunan yang teruk boleh menyebabkan muntah darah, tekanan darah rendah, paru-paru berair dan kerosakan hati.
Oleh itu, berhati-hatilah menyimpan produk yang mempunyai kedua-dua bahan ini. Sentiasa pastikan bahan ini disimpan jauh daripada capaian kanak-kanak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jadikan amalan untuk ambil gambar atau video anak jika timbul keadaan luar biasa. Sebagai contoh anak tiba-tiba muntah macam air paip, ambil gambar keadaan anak tersebut dan bawa ke klinik untuk tunjuk pada pakar. Gambar tersebut boleh dijadikan sebagai bukti atau rujukan pihak kesihatan.
Contoh lain seperti tiba-tiba anak naik ruam kulit, warna najis anak berbeza, warna muntah yang mencurigakan dan sebagainya. Simpan gambar-gambar tersebut sebagai rujukan pada masa hadapan.
Jika anak anda tiba-tiba dijangkiti Chickenpox, ikuti langkah yang disarankan oleh doktor kanak-kanak ini.
6 Perkara Yang Ibu Ayah Boleh Buat Segera Jika Anak Anda Terkena Jangkitan Chickenpox.
1) Kalau keadaan anak masih aktif, boleh jaga anak di rumah saja.
Chicken pox ni sangat mudah berjangkit. Jadi elakkan ahli keluarga yang lain dari terdedah pada pengidap chicken pox ni. Tunggu sehingga semua ruam menjadi kering dan tidak ada ruam baru yang muncul. Selalunya akan ambil masa seminggu untuk ruam tu kering menjadi keruping.
Barulah dikira anak ni tak mampu menjangkiti orang lain. Asingkan pakaian, tuala, alat untuk makan minum supaya tak bercampur dengan ahli keluarga yang lain.
2) Redakan demam anak dengan ubat demam Paracetamol.
Dos : Syrup Paracetamol 15mg/kg setiap 6 jam.
Jangan guna Aspirin untuk redakan demam anak. Jika Aspirin diberi pada kanak-kanak yang dijangkiti Chickenpox, ia boleh menyebabkan penyakit Reye’s syndrome yang merosakkan hati dan otak anak.
3) Sapu dengan calamine lotion setiap kali selepas mandi.
Ia akan beri kelembapan dan kelegaan pada kulit anak.
4) Bantu kurangkan kegatalan kulit dengan beri ubat cecair antihistamine untuk dimakan.
Bagi bila perlu dan mesti ikut dos yang dicadangkan sahaja.
5) Potong kuku anak jadi pendek.
Ketika anak menggaru kulit, kuman dari bawah kuku akan masuk ke kawasan ruam dan menyebabkan jangkitan bakteria (secondary infection) pada kulit. Untuk bayi dan anak kecil, boleh pakaikan sarung tangan (mitten) supaya mereka tak menggaru kulit yang gatal tu. Untuk kurangkan kesan parut pada kulit, elakkan anak dari mengopek keruping.
6) Ambil gambar
Ambil gambar keadaan anak ketika mula-mula ruam tersebut naik sehinggalah sembuh. Jika kulit anak semakin teruk, sekurang-kurangnya anda mempunyai gambar rujukan yang boleh dirujuk oleh pakar.
Bagi yang belum mencuba, apa kata anda mencuba hasilkan gambar raya tahun ini menggunakan Ghibli Style yang trending sekarang ini. Paling penting cara hendak...