Laksam Hipster Resipi Simple, Warna-Warni Confirm Anak Makan Bertambah-Tambah

Share

Laksam diperbuat daripada tepung beras dan dimakan bersama kuah. Biasanya adunan cair tepung beras ini akan disalut pada tudung periuk dan dimasak. Apabila mengeras, ia akan digulung menjadi panjang dan sedia untuk dihidangkan. Semasa dihidang, ia boleh dipotong-potong agar mudah menyerap kuah laksam.

Kebiasaanya laksam bewarna putih, namun resipi kali ini ada kelainan kerana pemilik resipi mengubah warnanya menjadi warna warni dengan menambah pewarna supaya kelihatan lebih menarik untuk dimakan, ikuti resipi penuh.

Laksam hipster.. Kita buat dia, sukahati nak boh warna apa pon 😆😆😆😆

Resepi laksam

3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
5 cawan air suam
1/2 sudu kecik garam
3 sudu makan minyak masak

Campur je semua sampai sebati tak ada ketul-ketul.. Pahtu kalau nak bubuh kaler maler boleh perasing dalam bekas lain

Resepi kuah

1kg ikn sardin/selayang atau apa-apa ikan yang sesuai
7-8 bijik Bawang merah, bawang putih tak perlu.. Boleh je nak boh, tapi saya tak boh
Lada hitam sesudu
Asam keping
Garam sesedap rasa, jgn byk kang masin rebing plk
Gula sesedap rasa, jgn eksaited sgt tuang gula, diabetes x psl nanti
Belacan
Gula melaka@nissangg
Santan kara sekotak besar

Cara Penyediaan

Ikan rebus sekali dengan garam, asam keping & Gula melaka
Pastu perisi, blend sekali dengan air rebusan ikan, bawang merah dan Lada hitam
Masak sekali dengan santan, campur air sikit kang pekat sangat pulak
Pastu perasaan dengan gula dan garam.. Dah masak tutup api

Kukus laksam pakai api besar, agak-agak gelembung dalam 4-5min, kira dah masak la tu.. Tunggu suam sikit bru gulung
Sapu minyak pada loyang sebelum bubuh bancuhan tepung…
Tudung periuk kukus saya balut dengan towel.. takmau bagi air menitik masa kukus.. Pakai towel yang bersih naa..

Kredit: Ada Suhaq

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
NuFa