Nak anak pintar dan emosi stabil, perlu lakukan aktiviti sensori ini dulu, barulah ajar anak membaca. Jika tak lakukan akan jejas pembelajaran anak.
Perkongsian oleh Puan Mahfuzah Zainol, Terapis Carakerja yang kini menjawat jawatan sebagai Penolong Pengarah (Terapis Carakerja) dengan Kementerian Pendidikan Malaysia di Pusat Pendidikan Khas Putrajaya.
Pentingnya Sensori dalam Mempengaruhi Pembelajaran Anak
Ads
Sensori merupakan perkara yang amat penting dalam perkembangan kanak-kanak. Selalunya kita terlalu berfokuskan kepada keupayaan kognitif dan melupakan keperluan sensori kanak-kanak. Sebenarnya kemahiran kognitif kanak-kanak akan menjadi lebih baik apabila keperluan sensori, perkembangan sensori motor dan perkembangan persepsi motor berkembang dengan baik. Sebab itulah ketika awal usia perkembangan kanak-kanak, aktiviti berbentuk sensori perlu diperkenalkan bagi membolehkan kanak-kanak menerokai persekitaran melalui deria sensori.
Terdapat 7 deria sensori yang perlu diberi perhatian.
Visual
Auditori
Sentuhan
Rasa dengan lidah
Hidu
Pergerakan (Proprioception)
Keseimbangan (Vestibular)
Aktiviti sensori motor lebih berbentuk aktiviti fizikal atau kemahiran motor kasar.
Aktiviti sensori persepsi pula adalah berbentuk daya tumpuan dan keamatan yang diperlukan dalam aktiviti persediaan ke alam persekolahan formal.
Ads
Latihan aktiviti sensori perlu selari dengan perkembangan kanak-kanak. Oleh itu, biarkan kanak-kanak bermain dalam situasi yang membolehkan pembelajaran berbentuk kepelbagaian sensori!
Ads
Bermain permainan interaktif di iPad atau Tablet hanya melibatkan deria sensori visual, sentuhan dan pergerakan yang minimum. Seeloknya dedahkan mereka kepada permainan alam yang lebih banyak penerokaan deria
Selamat bermain! Dan kemudian kanak-kanak boleh memberi tumpuan terhadap pembelajaran formal setelah keperluan sensori dipenuhi. Sama analoginya seperti apabila kita belum makan, kita belum pasti boleh menumpukan perhatian terhadap aktiviti harian bukan?!!
Belajar pelbagai bahasa sebenarnya dapat meningkatkan kepekaan/IQ dan meningkatkan tumpuan atau fokus kanak-kanak. Ada Ibu bapa yang mengelak daripada menggunakan banyak bahasa kerana risau akan mengelirukan anak-anak mereka sekiranya menggunakan banyak bahasa serentak.
Menurut Prof. Ellen Bialystok, Pengerusi Kajian Lifespan Cognitive Development di University Toronto, Sebenarnya multi lingual akan menguatkan sistem perhatian/fokus di hadapan otak, kerana kita akan sentiasa memilih dari banyak bahasa yang ada sekaligus akan meningkatkan kekuatan fokus. Kekuatan ini amat penting untuk IQ anak-anak.
Faktor penting ialah apabila kanak-kanak bercakap dalam banyak bahasa, Bahasa-bahasa yang mereka ada akan aktif.
Mereka juga jarang membuat kesilapan dalam memilih perkataan. Ini kerana bahagian depan otak akan menumpukan perhatian pada mana-mana bahasa yang diperlukan dalam masa tertentu.
Membantu Konsentrasi/Fokus Kanak-kanak
Latihan sistem perhatian ini akan memberikan kelebihan yang besar kepada kanak-kanak multi lingual. Semua maklumat yang mereka dapat akan di tapis terlebih dahulu melalui bahagian depan otak. Mereka perlu menapis maklumat untuk menumpukan perhatian kepada sistem deria dan kognitif yang perlu dipertimbangkan pada masa-masa tertentu. Dalam erti kata lain, mereka perlu memilih maklumat yang diperlukan untuk tugas-tugas yang sedang dilakukan.
Kepentingan Fokus Kepada Kanak-kanak
Sistem perhatian sangat penting sebagai contoh, apabila kanak-kanak belajar pendaraban dan pembahagian, ia membantu mereka memberi tumpuan kepada bilangan bulat dan belajar pelbagai operasi, dan bukannya terganggu oleh sesuatu yang berlaku di dalam bilik darjah. Jadi kanak-kanak multi lingual akan lebih focus dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka berbanding kanak-kanak biasa.
Membina keupayaan untuk menumpukan perhatian atau fokus amat penting bagi perkembangan kanak-kanak dalam lima tahun pertama kehidupan. Mereka memerlukan keupayaan untuk memberi tumpuan kepada elemen-elemen penting.
Kelebihan Multi Lingual Kepada Kanak-kanak
Kenapa perlu ajar anak banyak bahasa ketika dia masih kecil? Seolah-olah belajar banyak bahasa akan membebankan mereka ketika usia ini. Sebenarnya, ketika usia mereka masih kecil lagi mereka patut diperkenalkan bahasa-bahasa lain kerana usia ini mudah untuk menerima maklumat secara bersahaja. Mereka boleh belajar bahasa lain secara mudah berbanding orang dewasa.
Kelebihan lain ialah;
Anak multi lingual akan mudah belajar bahasa lain kerana sudah ada pengalaman dalam mempelajari dan menyesuaikan diri dengan bahasa sebelumnya.
Mempunyai kelebihan untuk focus dalam sesuatu perkara berbanding kanak-kanak lain
Multi-tasking, mampu melakukan banyak perkara dalam satu-satu masa dan lebih kreatif
Daya ingatan yang kuat. Anak Multi lingual melatih otak mereka untuk mengingati pelbagai Bahasa, jadi sekaligus daya ingatan mereka lebih lama berbanding kanak-kanak biasa.
NOVAMIL 1+
Novamil 1+ adalah susu formula untuk kanak-kanak berumur 1-3 tahun yang diimport sepenuhnya dari Kesatuan Eropah. Novamil 1+ mengandungi nutrien yang seimbang seperti asid lemak penting Omega-3 dan Omega-6 dari tumbuhan asal untuk perkembangan mental dan visual serta 26 vitamin dan mineral untuk menyokong pertumbuhan fizikal anak kecil. Mempunyai rasa vanila yang lazat, tanpa sukrosa untuk mengelakkan masalah gigi dan obesiti. 3 gelas Novamil 1+ melengkapi makanan harian anak anda. – Sihat & Ceria.
NOVAMIL DHA
Novamil DHA adalah susu formula untuk kanak-kanak berumur 1-3 tahun yang diimport sepenuhnya dari Kesatuan Eropah. Diformulasi oleh sekumpulan ahli farmasi, ahli pediatrik, ahli diet dan pakar pemakanan, Novamil DHA mengandungi nutrien yang seimbang dengan DHA dari minyak ikan, GOS Prebiotics dan 5 Nukleotida, tanpa sukrosa dan dengan rasa vanila yang lazat. Pengambilan 3 gelas Novamil DHA dapat melengkapkan makanan harian anak anda.
NOVAMIL IT
Novamil IT adalah susu formula untuk kanak-kanak berumur 1-3 tahun yang diimport sepenuhnya dari Kesatuan Eropah. Dirumuskan oleh sekumpulan ahli farmasi, pakar kanak-kanak, ahli diet dan pakar pemakanan, Novamil IT membantu mengawal najis dan pergerakan usus pada kanak-kanak yang semakin membesar selain memberi mereka nutrien seimbang seperti asid lemak penting dan 26 vitamin serta mineral untuk mental dan fizikal bagi perkembangan sihat. Dengan rasa susu semula jadi tanpa ditambah sukrosa, pengambilan 3 gelas Novamil IT setiap hari dapat melengkapkan makanan harian anak anda
Nak tahu lebih lanjut, tonton rancangan Pa&Ma Selasa ini, jam 12 tengah hari dan ulangannya jam 9 malam yang membincangkan tentang Si Cilik Multi Lingual dibawakan oleh Novamil di Astro Prima & Astro Maya HD
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tengking dan marah-marah antara cara yang selalu digunakan oleh ibu bapa terutamanya untuk memastikan anak dengar cakap. Tindakan ini juga antara yang paling ditakuti oleh anak.
Memang kita nampak anak akan ikut arahan tetapi ‘kuasa’ itu memberi kesan tak elok untuk otak anak. Kenapa?
Berdasarkan perkongsian dari Penulis Buku Keibubapaan, Taufiq Razif ini antara sebab yang ibu bapa terlepas pandang dan menganggap marah serta tengking anak senjata yang terbaik bila anak buat perangai.
Anak akan jadi taat bila kita tengking?
Ni gambar anak kedua saya, Solahuddin. Solahuddin ni memang akan jadi taat dan ikut je arahan saya kalau saya gunakan kuasa kemarahan dan tengkingan.
Nampak mudah je kan nak bagi Solahuddin ni jadi dengar cakap kan? Padahal ketaatan yang muncul selepas tengkingan tu namanya BLIND OBEDIENCE!
Bahasa mudahnya adalah taat membuta tuli. Ye, anak saya akan jadi taat tapi dia taat kerana FEAR SYSTEM di otaknya sedang aktif.
Benda ni tak bagus. Sangat tak bagus sebab ia melemahkan THINKING BRAIN anak saya.
Jadi nak tak nak saya kena gunakan cara memberi anak saya tu pilihan (using choices), tunjukkan ketegasan (firm) dan menunjukkan akibat buruk daripada perbuatannya (using consequences), bukannya keganasan & kegarangan yang melampau.
Demi kesihatan mental dan emosi anak-anak kita. Jom kita ubah cara kita marah dan didik anak anak kita.
p/s : Jadi singa tanpa sengaja, itu kerana kita manusia biasa tapi kalau tiap saat menjadi singa maka sengsaralah anak kita.
Setiap ibu bapa inginkan anak-anak yang cemerlang dan cerdas belajar terutama di tadika. Lazimnya pada usia lima tahun, si manja akan mengikuti pendidikan awal kanak-kanak di tadika. Pelbagai aktiviti pembelajaran diterima di sini.
Ia termasuklah pengajaran mengenai nilai-nilai murni sebagai seorang umat Islam. Ia disokong dengan pelbagai kisah sirah dan akhlak Rasul dan Nabi sebagai contoh unggul dalam sejarah peradaban manusia. Di sinilah bermulanya detik pendidikan pra formal anak anda.
Bagaimanapun sebelum menghantar anak ke tadika, mama digalakkan menunjukkan kasih sayang pada anak. Sudah tentu si manja bahagia dengan curahan cinta dan kasih sayang daripada mamanya.
Aura kasih sayang yang ditunjukkan bukan hanya membuatkan si manja membesar dengan peribadi yang mulia, malah akan mempengaruhi perkembangan otaknya. Cara ini secara tidak langsung akan merangsang minda positif dengan lebih efektif di tadika.
Jom baca 8 rahsia ini supaya anak mudah menerima pembelajaran di tadika.
1.Berikan ciuman di pipi dan katakan, “Assalamualaikum sayang. Sekarang waktu untuk bangun.” Suasana ceria ini akan memberi mood kepada si manja.
2.Beritahu si manja bahawa sarapan telah dihidangkan di atas meja. Jika anda mahu membuat kejutan, katakan kepadanya, “Sayang mesti suka dengan sarapan pagi, hari ini.”
Berbicara hal-hal yang positif supaya si manja berasa dirinya dihargai dan rasa bahagia. Luangkan masa sejenak untuk berbicara dengannya walaupun di dalam kereta.
4.Berikan anak pelukan setiap hari. Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.
5.Pandanglah anak dengan pandangan kasih sayang. Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin apabila berhadapan dengan persekitaran.
6.Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan. Berikan pujian, ciuman, hadiah sampingan atau sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya.
7.Elakkan mengeluh kerana anak. Dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah anda mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak menganggap dirinya sebagai beban.
8.Berikan ciuman selamat malam kepada si manja. Ciuman adalah sebagai tanda kasih sayang anda kepadanya. Sambil cium dahinya, usap kepala anak. Bacakan doa yang baik-baik. Doa ibu sangat mustajab.
Tip anak cemerlang
Sentiasa berdoa untuk mendapat anak yang soleh.
Pastikan anak-anak makan sebelum waktu solat Maghrib.
Galakkan anak makan buah-buahan sebelum makan nasi.
Sentiasa memuji anak menjadi insan yang cemerlang.
Ajar anak tidur mengiring ke kanan agar otak lebih pintar.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang ibu wanita tempatan melaporkan bayi lelakinya yang berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di kawasan Kangkar Pulai, Johor Bharu semalam.