Lala Jadi Lagi Bersih Dan Tak Berpasir, Teknik Mudah Ni Buat Lala Senang Nak Cuci!

Share

Lala yang segar dengan dimasak tumis pedas memang buat nasi bertambah. Namun selera jadi terhenti bila mana termakan lala berpasir atau berbau busuk.

Semuanya kerana lala tidak dibersihkan dengan tepat dan berulang kali. Lala dan jenis bercengkerang ini sebenarnya cukup mudah dibersihkan jika tahu caranya.

Salah satu cara berkesan yang boleh dicuba adalah dengan tip mudah yang dikongsikan oleh Puan Puspa Wangi Puspawangi ini. Memang mudah hendak dicuci dan dijamin bersih.


Salam. Ingin berkongsi cara saya untuk senang cuci lala supaya depat elakkan yang busuk atau berpasir hitam.

Bagi saya cara ni sangat berkesan. Dulu pernah cuba cara rendam dengan cili kering, tapi tangan saya jadi pijar. Cara ni insha Allah cepat dan mudah.

Lala yang dari pasar terus keluarkan tanpa cuci dan letak dalam bekas besar supaya ada ruang untuk lala.

Biarkan dalam freezer dalam masa 20 minit.

Lepas dah 20 minit nanti semua akan terbuka sendiri.

MENARIK:

Rezeki Terindah Dulu Ibu Sarat Bawa Perut Kini Bayi Kembar 3 Selamat Dilahirkan!

Suami Nakkan Yang Terbaik, Bukan Dayus, Suami Berkorban Lebih Dari Mampu Untuk Persiapan Isteri Bersalin!

Tak Berbaloi Stress Melampau, Rutin Simple Ni Buat Emosi Ibu Lebih Baik, Ubahlah!

Sekarang boleh check. Memang 80% terbuka. Mana yang terkatup rapat tu confirm busuk atau berpasir.

Dah boleh cuci bawah air paip. Macam ni kita puas hati cuci sebab boleh nampak isi dia mana yang kotor.

Makan pun tak was-was. Selamat mencuba!

 

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.

Klik DAFTAR segera di https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

Published by
SRM