Lama Dah Teringin Selepas Dapat 2 Hero, Tomok Syukur Allah Bagi Seorang Puteri

Share

Lama teringin menantikan seorang puteri dalam keluarga, akhirnya isteri Tomok selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu negara, Khamis (4 Jun).

Berkongsi berita gembira itu, Tomok memberitahu, isterinya, Rahayu Abas selamat melahirkan bayi perempuan pada jam 1 tengah hari.

Isteri dah ada geng pakai sedondon

Bayi perempuan comel yang ditunggu-tunggu oleh Tomok sekeluarga itu seberat tiga kilogram dan dilahirkan secara normal.

“Alhamdulillah Allah makbulkan impian mahukan anak perempuan. Ini juga rezeki untuk isteri kerana impian ini lebih kepada isteri saya… Rezeki menyebelahinya.

“Sebelum ini, kami dikurniakan dua hero. Bila kali ketiga ini, isteri saya dah ada geng. Bolehlah pakai sedondon nanti,” kata Tomok.

Tomok berkata, isteri dan bayi mereka kini berada dalam keadaan sihat.

Menunggu 5 tahun, kehadiran bayi perempuan ini cukup memberi makna dan akan membesarkannya dengan baik seperti abang-abangnya.

Abang-abang ‘excited’

Menerusi Ig Story Tomok, nampaknya Arrian dan Andra kedua-duanya teruja selepas kelahiran bayi perempuan itu. Tekaan mereka selama ini betul untuk mendapat adik perempuan.

Masing-masing menunjukkan rasa gembira dan tak sabar menunggu adik pulang. Dalam Ig Story tersebut, mereka berdua begitu geram dengan ‘adik baby’ terutama di bahagian pipinya yang tembam.

Tomok atau nama sebenar, Shah Indrawan Ismail, 35, mendirikan rumah tangga dengan Ayu pada 2 Julai 2011.

Mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Arrian yang berusia lapan tahun dan Andra, lima tahun.

Sumber: Ig Tomok & BH

Published by
Wan Amalia Mohd Daud