Selain ibu dan ayah, adik-beradik yang lain merupakan orang yang paling gembira menerima kehadiran setiap bayi baru dalam keluarga. Itulah reaksi anak-anak pelakon Fasha Sandha, Putra Rayfal dan Puteri Rasha Jemyma sewaktu pertama kali bertemu adik perempuan mereka Aisha Amaira.
Momen indah itu dikongsi oleh Fasha Sandha menerusi satu video yang dimuat naik di akaun instagram miliknya semalam.
Dalam video yang berdurasi 2.55 saat itu jelas menunjukkan keterujaan Rayfal dan Jemyma untuk bertemu adik mereka buat pertama kali.
Sepanjang video dipaparkan, dua beradik tersebut tak lekang dari tersenyum dan Rayfal dilihat berkali-kali mencium adiknya yang baru sahaja dilahirkan itu.
“Memandangkan hari ni hari merdeka, sambil ibu sedang bertungku, ibu belanja satu video reaksi anak2 ibu kali pertama berjumpa dengan Aisha Amaira.
“Kenangan hari pertama, muka kakak dan abang excited jumpa adik Aisha,
“Lamanya abang dan kakak tunggu kehadiran baby girl ni.
“Lepas dua kali ibu keguguran, ibu dah hampir putus asa dah, tak berani nak mengandung pun ada.
“Tapi Alhamdulillah berkat kesabaran dan doa tak putus2 Alhamdulillah Allah ganti babygirl yang sihat dan sempurna , Alhamdulillah,” tulis Fasha di Instagramnya.
Baca: Aisha Amaira Anak ke-5 Ibu, Sebelum Ni 2 Kali Keguguran, Syukur Allah Sebaik Perancang
Terdahulu sebelum itu, Fasha juga ada memuat naik sebuah video yang merakamkan momen tersebut.
Menurut kapsyen posting tersebut, Fasha mengucapkan rasa syukur kerana Allah telah makbulkan permintaan anak-anaknya untuk mempunyai adik perempuan.
“Setelah beberapa tahun mintak adik perempuan. Syukur, Allah makbulkan
Momen indah Abang Rayfal dan Kakak Raysha Jemyma pertama kali berjumpa dengan Adik Aisha Amaira.
“Terima kasih @cameo.x hadiahkan video kenangan ni buat keluarga kami.
Syukur Alhamdulillah.
“Semoga baby Aisha membesar dengan sihat dan menjadi anak solehah buat ibu dan ayah
Thank you,” tulisnya.
Aisha Amaira merupakan cahaya mata pertama Aidil dan Fasha selepas mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019.
Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli namun bercerai pada 2006.
Hasil perkahwinan pertamanya, Fasha dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Putra Rayfal dan Puteri Raysha Jemyma.
Sumber: Gempak & IG Fasha Sandha
Baca: Comelnya Aisha Amaira Di Usia Dua Minggu, Fasha Sandha Turun Padang Rakam Foto Comel Anak!
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Akan bersiaran setiap Rabu pada jam 9 malam, dan ulangan setiap Ahad jam 9.30 pagi hanya di Astro Ria saluran 104 & 124.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI