Jarak memisahkan orang tersayang. Ini yang terpaksa dilalui oleh sepasang suami isteri selepas larangan merentas sempadan negara akibat pandemik Covid-19. Apa yang menyedihkan dua anak mereka juga tak dapat berjumpa ayahnya sejak 7 bulan.
Pastinya kerinduan itu sukar nak digambarkan. Walaupun boleh membuat video call setiap hari, ia tak sama seperti ada di depan mata. Ibaratnya hanya yang menanggung saja memahami betapa rindu untuk bersatu bersama orang tersayang.
Apa yang dikongsikan oleh sepasang suami isteri ini, Muhamad Faiz dan isterinya, Shafikah Sarip, jarak antara Malaysia dan Singapura benar-benar menguji kesabaran mereka.
Ini kerana kerajaan masih lagi mengetatkan larangan keluar masuk sempadan Malaysia. Begitu juga dengan negara Singapura yang masih lagi mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan penularan virus Covid-19 ini.
Lambaian kerinduan dari sempadan
Bagi melepaskan kerinduan, pasangan ini mengambil keputusan berjumpa di sempadan antara Malaysia dan Singapura walaupun hanya nampak dari jarak jauh sahaja.
Biarpun reda terpaksa terpisah demi mencari rezeki untuk keluarga, pasangan suami isteri ini gembira sekurang-kurangnya nampak sosok tubuh antara satu sama lain dan juga anak-anak.
Menerusi posting yang dimuat naik dalam laman Facebook Faiz, dia membuat panggilan video dari Wooddlands Waterfront Park di Singapura.
Nampak kerinduan dari seorang suami dan ayah untuk orang tersayang sambil melambaikan tangan.
Bawa teropong untuk nampak lebih jelas
Sementara itu, dalam video yang dimuat naik oleh Shafikah pula menunjukkan dua orang anaknya keriangan melihat bapa mereka melambaikan tangan dari seberang laut.
Tidak mahu melepaskan detik berharga tersebut, dia turut membawa teropong untuk melihat kehadiran suaminya itu dengan lebih jelas lagi.
Apa yang pasti doa suami isteri ini untuk kembali bersatu akan tercapai walaupun dengan keadaan sekarang yang masih belum mengizinkan.
Sumber: Facebook Muhamad Faiz, Shafikah Sarip
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)