“Lambaian Terakhir Ibu, Aleefa Senyum Je”. Bayi Meninggal Tersedak Susu Rumah Pengasuh

Share

Sehebat mana pun kita bergelar ibu ayah, jika dah sampai janji Allah pada hamba-Nya, tiada daya kita menolaknya melainkan perlu reda atas ketentuan ilahi. Begitu juga kisah yang dilalui oleh pasangan suami isteri ini apabila perginya bayi perempuan yang sempat bersama mereka 6 bulan sahaja.

Tidak menyalahkan takdir, cuma kesedihan itu cukup terasa kerana masih belum puas untuk bermanja dan pada hari terakhirnya itu, arwah benar-benar meninggalkan memori yang manis untuk diingati sampai bila-bila.

Berikut luahan hati seorang ibu, Puan Noraziah Ramli mengenai arwah anak syurganya, Aleefa yang meninggal kerana tersedak susu di rumah pengasuh.

Assalamualaikum wbt

Dengan berat hati dan secara terbuka dengan ini saya ingin memperkenalkan puteri syurga saya Aleefa (kind, compassion,friendly). Pilihan nama diberi bersempena dengan huruf pertama dalam jawi dan al quran “alif”.

Hilang sakit saat lihat bayi depan mata 

Dilahirkan pada 12.03.2020 Khamis di labour room bilik 14, PPUM dengan berat 2.675kg pada jam 5.28 sebelum subuh. Kesakitan contraction dialami sejak Isnin 09.03.2020 petang dan semakin sakit pada malam Rabu 11.03.2020 dan start admitted. Disebabkan dengupan jantung baby agak berisiko maka doktor decided untuk pecahkan air ketuban pada pukul 12tgh malam.

Dilahirkan secara normal namun di dalam keadaan ibu yang sangat penat sbb dah lama menahan sakit.

Betul kata orang bersalin tu tak sakit cuma waktu jahit tu je yg teramat sakit. Saat diberikan bayi pada kali pertama, hati ini mengucap syukur atas nikmat sakit itu dengan diberikan hadiah tak ternilai itu.

Hari pertama dilahirkan dengan keadaan yang sihat baby dan ibu tanpa ada kuning utk baby. Namun ibu terpaksa ditahan diwad sebab BP naik sewaktu di dlm labour room. Ditambah pulak dengan ibu punyai rujukan pakar PSY. Kali pertama cubaan beri susu ibu… Bagusnya baby pandai sgt isap tapi susu belum keluar sepenuhnya

Malam pertama, nurse ambik semua baby utk dijaga dan ibu dapat rehat sepenuhnya. Bila masuk hari kedua, aku rasa separuh badan aku ke bawah macam sakit sangat. Tapi kuatkan kudrat jugak.

Hari kedua susu ibu langsung tak ada. Baby isap kerap tapi tetap tak ada. Bila malam nak tido aku terpaksa panggil nurse utk topup susu formula. Sbb susu ibu tak ada so kuning dia pun tiba2 naik mendadak.

Hari ketiga sebelum subuh baby. Dia diam je wpn mata besar sgt. Ibu dah lepas balik tapi anak kena masuk wad. Alhamdulillah satu malam je kena tahan dah boleh balik.

Anak yang mudah dijaga

Aleefa anak yang paling mudah jaga. Menangis pun jarang dan tak kuat. Senantiasa bangun pagi dengan senyuman yg manis. Tido malam lena tanpa jaga (kadang2 je bgn sekali dua nak susu).

Dia dah mula merangkak dua tiga tapak.

Dari pagi kejadian asyik gelak dan senyum

Pada pagi akhir. Dia bangun awal tapi duduk diam je dalam bed dia. Diangkat pindah ke tilam depan dengan senyuman manis. Sebab pagi tu sejuk. Dibalut dengan kain tuala. Takut lapar, aku buatkan susu sambil pegang dia. Tapi dia minum setegok dua je. Lebih excited dengan apa yang ada depan mata dia. Ditukarkan pampers, dicibuk kan penuh dengan ketawa dan senyuman. Dipakaikan pampers dan baju juga tak putus dengan gelak tawa. Abg datang bergurau mengacah adik terkekek gelak.

Lambaian terakhir buat Aleefa

Saat menghantar di muka pintu, saat aku melambai sebelum dia berlalu pergi… Dia sempat pandang dan senyum pada ibunya. Dan tak sangka itu lambaian ku yang terakhir.

Terima kasih tunggak utama ibu mertua saya yang tak pernah tinggalkan saya. Dari hari pertama kejadian sampai mandikan jenazah dan solatkan jenazah. Tak pernah tinggalkan menantumu ini. Buat ipar duai ku semua yg jauh dan yg dekat terima kasih atas doa dan usaha bantu puteri syurga kami. Terima kasih untuk kata2 semangat yang tak putus. Terima kasih Kak long, abg ngah, kak lang, kak pah, dik zan dan dik ami.

Untuk sedara mara belah aku terima kasih atas doa dan kata2 semangat.

Untuk sahabat2 ku yg sudi berada bersama Noshey, Dayah besar, Dayah kecik, Fieza, kak ila yg dtg dari jauh, fatin dan yang tidak tersebut nama terima kasih atas jasa kalian.

Tak lupa juga kawan kerja semua, kawan zaman sekolah rendah, sekolah menengah, kawan2 kampung, kawan universiti dan semua lah yg tak tersebut. Terima kasih.

Untuk sahabat2 belah en. Nan; en. Shak, kak Lin, Brotherhood Team, Sir Azri PapaGomo, kawan2 team teater, team Maxis Fiber, untuk adik khairul yg dtg jauh dari pahang dan isteri, dan semua yang tak tertaip hanya ucapan terima kasih kami sekeluarga mampu balas.

Meninggal akibat tersedak susu

Anak saya meninggal secara pengesahan doktor adalah pada 11.09.2020 jumaat jam 2.15 ptg mengikut masa tiba di hospital namun atas kertas siasat doktor tertulis anak telah meninggal di rumah pengasuh.

Setakat apa yang kami tahu anak meninggal akibat tersedak susu di rumah pengasuh. Namun masih menunggu keputusan post mortem paling awal 2 bulan.

Kami sekeluarga termasuk keluarga mentua tidak sama sekali menyalahkan mana mana pihak. Kami terima ujian ini dengan hati yg redha dan ikhlaskan semua ini.

Berlari rianglah puteri syurgaku, ditimang2 berebut timang dengan wan saad, embang lanang, embah wedok dan daddy nanang. Tunggulah papa dan abi mu di pintu syurga nanti sayangku.

Halalkan setiap air susu buatmu sayang

Ibumu ini mengikhlaskan kesemua kesakitan mengandongkan kamu, melahirkanmu dan setiap air susu yang mengalir buatmu puteri syurgaku.

“Isteri yang kematian suami dipanggil balu, anak yang kematian ibu bapanya dipanggil anak yatim piatu, ibu bapa yang kehilangan anak dipanggil…. Tiada perkataan yg mampu diungkapkan sebab ia nya terlalu perit”… Salah satu dialog drama Black versi Korea.

Jasadmu di dunia 12.03.2020 – 12.09.2020. (Aleefa Mohamad Afnan)

Sumber: Noraziah Ramli

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy