Bila menyebut me time, pasti suami terbayangkan terpaksa mengeluarkan sejumlah wang buat isteri berehat dan bermanja-manja di spa. Hakikatnya tidak semua isteri inginkan hal yang semacam itu. Dapat berehat di rumah, baring depan televisyen sambil menjamu mata di lazada dan shoppe sudah buat isteri gembira semacam. Kalau dapat ke spa atau shopping dengan kawan-kawan itu dianggap bonus bagi isteri.
Suami yang memahami dan bagi isteri waktu rehat, walaupun sekejap depan televisyen atau memilih untuk tidur tanpa gangguan anak-anak sudah cukup buat isteri rasa bahagia. Apa lagi menunjukkan muka yang manis bila isteri terlambat bersiap atau terlebih waktu untuk solat.
Perkongsian cerita daripada Encik Muhammad Yusof ini seharusnya dijadikan contoh buat semua suami. Isteri perlukan waktunya. Beri dia masa. Suami pun boleh tumpang pahala.
Hari tu aku solat subuh dekat sebuah masjid. Aku ada kursus luar sebenarnya, hari tu.
Habis-habis solat aku duduk kejap kat kerusi depan pintu keluar masjid sambil main henset. Habis semua jemaah keluar, ada sorang pak cik keluar lepas tu dia duduk sebelah aku. Dia tegur aku, bagi salam dan mungkin pak cik ni jenis mesra alam then cepat je kami bersembang walaupun baru jumpa pagi tu. Tak jadi aku nak masuk kereta sebab layan dia sembang.
Ada jemaah yang keluar tegur pak cik ni ‘Assalamualaikum cikgu..’. Aku tanya-tanya, rupanya dia cikgu tapi dia dah beberapa tahun pencen.
Ads
Tengah-tengah sembang, dia tengok jam. Tiba-tiba dia bangun dan pergi kat pintu keluar masjid. Aku tengok dia pusingkan sepasang selipar. Pelik juga aku. Lepas tu dia datang balik kat aku. Aku yang naif ni terus la tanya dia ‘Kenapa dengan selipar tu pak cik?’.
Dia jawab ‘Oh tu selipar isteri pak cik. Pak cik pusingkan supaya dia mudah nak pakai selipar tu tak payah dia nak pusing-pusing, terus je sarung..’
Aku rasa dah agak lama juga aku dengan pak cik ni duduk berbual tapi isteri dia tak keluar-keluar lagi. So aku pun saje la tanya dia ‘Lama jugak ye isteri pak cik solat?’
Jawapan pak cik ni buat aku terkesan.
‘Biasa la dik. Pak cik memang suruh dia lama sikit duduk masjid ni. Habiskan wirid dulu, habiskan baca surah al-Waqiah dulu, lepas tu nak sambung baca Al-Quran ke, zikir ke, takpe, bacalah pak cik bagitau kat dia. Setiap hari lepas pak cik siap-siap semua, pak cik biasa tunggu dia kat sini..’
Ads
Allahu. Aku rasa pak cik dan mak cik ni adalah pasangan ahli syurga yang Tuhan nak aku belajar daripada dorang pagi-pagi ni.
Aku selalu terfikir bahawa ‘me time’ isteri ni ialah kita just bagi duit then biar isteri keluar jalan-jalan, shopping ataupun bawak dia pergi urut. Jadi dengan buat benda-benda ni kita rasa isteri kita dah cukup dah release segala tension dorang, tapi sebenarnya aku tersilap.
‘Me time’ yang terbaik ialah biar isteri ada ‘quality time’ dengan Tuhan dia. Bila yang paling utama ni dah settle, insyaAllah Allah akan permudahkan untuk membuka segala pintu kebahagiaan, pintu rezeki, pintu kesihatan nak jaga keluarga, yang selama ini kita nak kecapi sebagai pasangan suami dan isteri.
Kadang-kadang suamikan, bila isteri keluar lambat solat kat rnr atau stesyen minyak mulalah suami nak buat muka, siap marah ‘kenapa lama sangat!’. Padahal time solatlah si isteri nak rilek-rilek kejap, tunggu giliran dapat telekung dan masa itulah si isteri nak dapat ‘quality time’ dengan Tuhan dia.
Ingat suami, bagilah ruang dan peluang untuk dorang dapat ‘masa berharga’ ni. Bukan sekadar ‘masa berharga’ tak jaga suami atau anak je.
Lepas tu, aku tengok isteri pak cik tu berjalan ke arah kami berdua. Nampak nur melimpah muka bersih jernih mak cik tu, sejernih muka suaminya.
Ads
Pak cik tadi bila nampak isterinya terus bagitau aku nak mintak diri dulu pergi sarapan kat kedai dekat-dekat situ.
Allah, Allah.
Pagi itu Allah ajar aku dan aku rasa aku kena kongsi cerita ini dengan korang semua.
Semoga kita jadi pasangan yang membahagiakan pasangan masing-masing, dunia dan akhirat.
‘Ya Allah ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati(kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa..’
Amin.
https://www.youtube.com/watch?v=59TCBXrElAg
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila bersembang dengan anak-anak ni, seronok juga. Kalau dah besar sikit, bukan main pandai susun kata-kata waktu bercakap tu. Kita pun tak terjawab dibuatnya. sebenarnya momen bersembang dengan anak-anak ni sesuatu yang boleh dijadikan kenangan.
Seperti yang dikongsikan oleh bapa ini menerusi akaun Tiktok @weera_audadi, video ketika dia dan anaknya sedang makan dan berbual kosong. Pada awalnya, si anak bertanyakan sesuatu seolah-olah memerli ayahnya.
Perbualan antara ayah dan anak;
“Bukan main seronok tadi?”.
Pelik dengan pertanyaan itu, si ayah kemudian bertanya semula kepada anaknya apa yang seronok.
“Seronok? Apa yang seronoknya?”.
Si anak kemudiannya memberitahu yang dia ternampak ayah dan ibunya naik motor berdua sambil berpeluk.
“Abang nampak Papa dengan Mama naik motor. Peluk-peluk..”
Yang lucunya apabila si anak bertanya jika ayah dan ibunya itu ada ‘apa-apa’.
“Papa dengan Mama ada apa-apa ke?”.
Si ayah pula tidak faham dengan soalan itu dan bertanya semula kepada anaknya.
Kemudian disahut semula oleh si anak yang orang yang naik motor bersama dan berpeluk ni biasanya bercinta. Lucunya, si anak bertanya adakah ayah dan ibunya itu bercinta.
“Papa dengan Mama kamu ni bukan setakat bercinta je bang oiii! Kahwin dah pun..”
Mendengar jawapan ayahnya itu, si anak terus bertanya bila mereka berkahwin kerana dia tak pernah nampak pun situasi tersebut.
“Abang, masa Papa dengan Mama kahwin, belum sempat proses kamu lagi bang. Memang le kamu tak nampak..”
Jom tonton video ni;
Si anak seolah-olah tak percaya dengan jawapan ayahnya itu dan terus sambung makan. Memang lucu sungguh perbualan dua beranak ini. Memang ada masanya anak akan bertanya soalan-soalan pelik yang sukar untuk dijawab.
Antara komen yang ada;
Semoga si ayah dapat menjelaskan hal yang sebenar kepada anak tanpa menimbulkan keraguan dan kekeliruan lagi selepas ini.
Sejak akhir-akhir ini, Kartun Huggy Wuggy seolah menjadi trend dalam kalangan kanak-kanak sehingga ada yang memiliki anak patung Huggy Wuggy.
Namun, tular beberapa pendapat ibu bapa dan juga penulis keibubapaan tentang bahayanya kartun Huggy Wuggy ini kepada Psikologi kanak-kanak kerana dikatakan kartun ini mempunyai unsur keganasan seperti membunuh dan memukul.
Menurut perkongsian penulis keibubapaan, Dr Taufiq Razif, dia meminta agar ibu bapa sentiasa memantau anak-anak agar tidak terjebak dengan kartun yang mempunyai unsur keganasan seperti Huggy Wuggy yang ‘ter’lihat Kids Friendly tetapi hakikatnya tidak.
Baru ni ada nampak kanak-kanak temgok Huggy Wuggy di Youtube.Bila diperiksa rupanya huggy Wuggy ni penuh dengan cerita kejam dan bunuh-bunuh.
Yang bahayanya sebab Huggy Wuggy Dilihat Kid Friendly, Tapi kontentnya sangat ‘disturbing’ dan boleh merosakkan psikologi dan mentak kanak-kanak.
Apa yang anak kita lihat itu yang akan dirakan dalam memori. Ditakuti akan efek pada mental dan osikologi bila ia dah sebati.
Menurut perkongsian Puan Aisyah Hussain pula, dia berpendapat Huggy Wuggy adalah kartun yang bahaya untuk kanak-kanak. Puan Aisyah turut berkongsi lirik lagu yang dinyayikan dalam kartun Huggy Wuggy tersebut.
Ibu pernah tonton kartun huggy wuggy? Kartun ni sangat popular sekarang tau ..kalau ibu-ibu tak tau huggy wuggy tu ape ,ibu-ibu boleh search di you tube ye..kalau ibu-ibu perasan anak-anak ada tonton kartun berwarne biru ,muka 3 segi,tolong cepat2-cepat tutup, kartun ni sangat bahaya dan boleh pengaruh minda anak-anak.
Kenapa saya cakap huggy wuggy ni bahaya? Sebb kalau ibu-ibu duduk dan menonton huggy wuggy ni,cuba ibu perhatikan betul-betul jalan cerita dia ,dengan muka huggy wuggy tu yang menakutkan dan lagu-lagu dia jugak menyeram kan.haaaa..
Mesti nak tahu seram sebab apakan..dia bukan seram macam cerita hantu,tapi lagi menyeramkan,sebab huggy wuggy ni boleh mempegaruhi minda anak-anak untuk cenderung kepada Pembunuhan.
Jika ibu-ibu perhatikan lirik lagu huggy wuggy ada memiliki lirik yang menyebut kata-kata peluk dan bunuh, sangat lah tak sesuai jika anak-anak dengar. Huggy wuggy ni dihidupkan sebagai karakter jahat. Salah satu lirik lagu dalam huggy wuggy berbunyi begini
‘saya boleh memeluk awak di sini selamanya ,sehingga awak boleh menghembuskan nafas terakhir bersama -sama.. gigi saya yang tajam ,awak dalam gengaman saya’
Perkataan-perkataan bergini bermain di minda anak-anak kita, rosak rosak! Kesimpulannya kat sini ,ibu kene pantau apa yang anak-anak buat..apa yang anak-anak tengok..kalau minda anak dah terpengaruh dengan benda-benda macam ni,unsur bunuh membunuh,pukul memukul,jangan salahkan anak-anak sebab kesalahan tu berpunca dari ibu-ibu sendiri.
Sayangi anak-anak,pantau apa yang anak-anak buat dan tonton..
Pasangan selebriti terkenal Indonesia iaitu Atta Halilintar dan isteri, Aurel Hermansyah yang menyambut kelahiran puteri sulung mereka pada 22 Februari 2022 yang lalu, merancang untuk mengadakan majlis akikah anak perempuannya pada 4 Mac 2022.
Sedia 222kg daging kambing
Memetik laporan daripada Tribunnews, Youtuber terkenal, Atta Halilintar dan Aurel Hermansyah akan menyediakan daging kambing seberat 222kg iaitu sempena tarikh kelahiran puteri kesayangannya, Ameena Hanna Nur Atta iaitu 22/2/2022.
Tambah Atta lagi, majlis akikah tersebut bakal berlangsung di rumahnya esok yang terletak di Pondok Indah, Jakarta.
Semuanya di rumah sahaja, tak ada ke hotel atau ke mana. Semua majlis di rumah. Nanti bacaan doa juga di rumah.
Atta memaklumkan dia sudah membeli seekor kambing yang terbaik untuk majlis tersebut kerana mengikut syariat Islam, syarat akikah untuk anak perempuan adalah seekor kambing.
Namun Atta mengakui dia ingin menyembelih beberapa ekor kambing lagi dan menyediakan daging kambing seberat 222kg semasa majlis akikah nanti untuk dibahagikan kepada penduduk sekitar rumahnya.
Totalnya kalau boleh nak 222 kilogram seperti tanggal kelahiran 2-02-2022, tapi kalau lebih-lebih, ya lebih baik.
Terdahulu, Attas Halilintar dan Aurel Hermansyah telah menghadiahkan bayi perempuan mereka sebuah kereta mewah jenis Tesla.
Bukan itu sahaja, sebelum ini Atta dipercayai menyewa satu tingkat hospital bagi urusan kelahiran anak sulungnya itu. Atta melakukan tempahan empat bilik VIP di tingkat Rumah Sakit Bunda, Jakarta buat keluarganya dan keluarga mentua.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tindakan yang boleh kita buat apabila dipukul, dikasari dan dicederakan. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.