Apabila anak menunjukkan lambat respons, tiada eye contact & mulut sering terbuka, ibu bapa mana yang tidak risau. Dato’ Aliff Syukri bimbangkan kesihatan dan perkembangan anak angkatnya, Qayyum (Yom).
Jutawan kosmetik, Dato’ Aliff Syukri menyatakan kebimbangan melihatkan perkembangan Yom, 1 tahun yang agak berbeza. Selain lambat respons, tiada eye contact & mulut sering terbuka, Yom juga sering menangis.
aliffsyukriterlajaklaris Abah akan cuba yg terbaik.. Sebenarnya sy jugak pelik bila yom dah setahun ttp dia agak slow respon, mata x memandang org cakap, mulut 24jam terbuka, pergerakan dan dan punya banyak sakit takut ada masalah lain.. berbanding anak saya yg lain.. kami sedang buat rawatan utk Yom.. Ada cara lain tak selain jumpa doktor @babyterlajaklaris
View this post on InstagramA post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on
Para follower yang prihatin memberikan responds kepada pertanyaaan Dato’ Aliff dengan memberikan beberapa cadangan seperti membawa Yom mendapatkan pemeriksaan pakar kanak-kanak, pakar pendengaran ENT dan sebagainya. Ada yang memberikan pendapat ia adalah petanda awal autisme.
PERIKSA PENDENGARAN & PERTUTURAN
PENDAPAT DARIPADA FOLLOWER DARI BIDANG PERUBATAN
SEGERAKAN RAWATAN YOM
AYAH YANG PRIHATIN
Sumber: aliffsyukriterlajaklaris& babyterlajaklaris
Membawa si kecil melihat dunia amat baik untuk perkembangannya. Ia adalah satu bentuk rangsangan yang menggalakkan bayi menerokai sesuatu yang baru. Nak bawa mereka bersama tentu ada panduannya, lebih-lebih lagi jika ke luar negara.
Mama papa boleh dapatkan tip lanjut dalam rancangan TV Pa&Ma, 13 November 2018 jam 12 tengah hari dan 9 malam di Astro Prima & Astro Maya HD yang bertajuk Pengembara Cilik.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pastikan Anda Beli Hand Sanitizer Mengandungi Sekurang-Kurangya 60% Kepekatan Alkohol
Setakat 30 Januari 2020, angka bagi individu yang dijangkiti virus korona telah melebihi 7,000. Jangkitan virus korona baharu ini lebih agresif berbanding dengan sindrom pernafasan akut teruk (SARS) dan sindrom pernafasan timur tengah (MERS).
Namun berbanding dengan kedua-dua penyakit tersebut, jangkitan virus korona baharu masih tidak mempunyai kadar kematian yang tinggi.
Akan tetapi, masih awal untuk kita buat kesimpulan. Setakat ini, sebanyak 170 kematian akibat virus korona direkodkan berbanding SARS dan MERS yang memiliki kadar kematian yang lebih tinggi.
Wabak ini telah membuatkan semua individu panik, lantas sibuk mencari topeng muka dan sanitizer sebagai langkah pencegahan. Namun, peralatan perlindungan ini kekurangan stok di Malaysia, sekali gus menimbulkan huru-hara di kalangan penduduk tempatan.
Walau bagaimanapun, adakah wajib bagi setiap individu untuk membeli kedua-dua produk ini bagi mengelakkan jangkitan virus korona?
Ketahui alternatif lain jika stok topeng muka dan sanitizer telah kehabisan dengan membaca artikel ini.
Wajib pakai topeng muka ke?
Sedar tak, ramai individu yang sudah mula memakai topeng muka dalam pengangkutan awam dan di pejabat?
Permintaan terhadap produk tersebut telah meningkat menyebabkan banyak kedai dan farmasi mengalami kehabisan stok. Yang lebih merisaukan, ada penjual yang sengaja menaikkan harga topeng muka dan sanitizer bagi meraih keuntungan besar.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengeluarkan amaran keras terhadap mereka yang mengambil kesempatan menjual produk tersebut pada harga yang tinggi.
Namun, persoalannya di sini, adakah wajib untuk anda memakai topeng muka bagi menghindari jangkitan virus korona baharu?
Menurut Konsultan Penyakit Berjangkit, Dr Benedict Sim,
“Setakat ini tiada keperluan untuk rakyat Malaysia memakai topeng muka memandangkan tiada jangkitan virus korona baharu di antara manusia berlaku di sini.”
Akan tetapi, tidak salah jika anda ingin mengambil langkah berjaga-jaga dengan membeli topeng muka. Namun jika tiada topeng muka, janganlah pula anda takut hendak keluar rumah.
Jika berlaku jangkitan di antara manusia, anda boleh menggunakan surgical mask yang mempunyai tiga lapisan perlindungan.
Oleh sebab virus korona disebarkan melalui titisan air, tidak semestinya anda perlu memakai topeng muka N95 yang sering diguna untuk menghindarkan penyakit yang tersebar melalui bawaan udara (airborne).
Jika topeng muka sukar untuk didapati, anda boleh mengamalkan langkah berjaga-jaga. Jika anda mempunyai simptom selesema, elakkan berlegar-legar di tempat awam dan amalkan etika bersin/ batuk yang betul.
Perlu basuh tangan guna sanitizer ke?
Apabila berbincang mengenai jangkitan, pasti anda akan terfikir berkenaan hand sanitizer kan?
Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) menyarankan setiap individu untuk menggunakan air dan sabun. Jika tiada air atau sabun, sanitizer boleh digunakan.
Ini berikutan sabun dan air berkesan dalam membasmi pelbagai jenis mikroorganisma dan bahan kimia yang melekat pada permukaan tangan.
Pembersih tangan yang mengandungi sekurang-kurangnya 60% alkohol boleh menghindari penyebaran penyakit berjangkit. Namun keberkesanannya kurang jika dibandingkan dengan penggunaan air dan sabun.
Menurut CDC lagi, berbanding dengan air dan sabun, mereka yang menggunakan sanitizer cenderung untuk tidak menggunakan pembersih tangan tersebut dengan cara yang betul.
Ada yang menggunakannya pada kuantiti yang sedikit dan ada yang mengelapnya sebelum ia betul-betul kering.
Terdapat beberapa sebab mengapa anda perlu menggunakan air dan sabun semasa membasuh tangan dan bukan sanitizer semata-mata. Ini antara sebabnya:
Sanitizer kurang berkesan pada tangan yang kotor dan berminyak. Kajian-kajian yang dijalankan untuk menguji keberkesanan pembersih tangan tersebut kebanyakannya dibuat pada pekerja hospital. Dari perspektif komuniti pula, kebanyakan individu pergi bersukan, berkebun, berkhemah atau memancing. Dalam situasi tersebut, air dan sabun terbukti lebih berkesan
Sanitizer tidak mampu membasmi racun perosak atau keluli berat daripada tangan. Kajian pada tahun 2012 oleh Gloria D.C. et al telah menunjukkan bahawa mereka yang menggunakan sanitizer mempunyai paras racun perosak yang tinggi berbanding mereka yang menggunakan air dan sabun. Jadi, apa anda perlu lakukan jika tiada air dan sabun?
Pastikan sanitizer yang anda guna mempunyai kepekatan alkohol sekurang-kurangnya 60%. Sanitizer yang mempunyai kepekatan alkohol yang rendah mungkin:
-Tidak berkesan untuk membasmi pelbagai jenis kuman
-Tidak membasmi, hanya merencatkan pertumbuhan kuman
-Apabila anda menggunakan sanitizer, gunakan pada keseluruhan tangan dan pastikan ia kering dengan sendiri. Jangan gunakan kain atau peralatan lain untuk mengeringkan tangan anda.
Amalkan langkah-langkah pencegahan
Setakat ini, kesemua kes positif virus korona baharu di Malaysia melibatkan pelancong dari China. Mereka telah dikuarantin dan sedang menerima rawatan hospital. Ini bermakna, peratusan penyebaran penyakit berada pada tahap yang sangat rendah.
Namun, itu tidak bermakna kita tidak perlu mengamalkan langkah pencegahan bagi menghindarkan diri daripada jangkitan virus korona.
Panik berkenaan dengan virus ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah di negara-negara lain yang mempunyai kes positif.
Kedai-kedai farmasi di Hong Kong telah kehabisan stok topeng muka dan Taiwan telah menghentikan urusan eksport topeng muka bagi memastikan stok domestik mencukupi untuk memenuhi keperluan semasa.
Setakat ini, 3 prinsip pencegahan telah diamalkan bagi mengurangkan penyebaran penyakit terutamanya di China yang menjadi pusat kepada jangkitan virus korona baharu.
-Basuh tangan secara kerap
-Pemakaian topeng muka
-Elakkan daripada pergi ke tempat yang ramai orang
-Di Malaysia, jika anda tidak dapat membeli topeng muka atau sanitizer, anda masih boleh pergi ke tempat kerja, menjalani aktiviti sosial dan sebagainya. Namun, perkara ini mungkin berubah mengikut keadaan semasa.
Langkah pencegahan yang diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia setakat ini berjaya menghindarkan berlakunya jangkitan antara manusia di Malaysia. Ya, kita ada kes positif, namun tiada individu yang berjangkit daripadanya setakat ini.
Pastikan anda mengamalkan langkah pencegahan penyebaran virus yang betul. Jika anda mengalami simptom selesema, dapatkan rawatan doktor dan elakkan daripada pergi ke tempat awam.
Anda boleh membeli topeng muka dan sanitizer jika ada dijual. Namun, jika tiada, jangan panik. Masih tiada lagi berlakunya kes jangkitan antara manusia di Malaysia. Ini bermakna kebarangkalian untuk jangkitan tersebut merebak berada pada paras rendah.
Sumber: Hello Doktor
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Biasakan Baca Buku Sebelum Anak Tidur. Ni Formula Anak Petah Cakap & Otak Bijak
Membaca buku pada anak sebelum tidur sangat bagus terutama dalam merangsang otaknya. Tak perlu tunggu anak masuk tadika untuk buat rutin ini. Seawal setahun pun dah boleh mulakan walaupun anak masih belum memahaminya.
Bukan sahaja baik untuk perkembangan otak anak, tapi ia juga salah satu cara untuk buat anak mudah tidur.
Kena ingat amalan membaca ini boleh memberi satu kesan positif dalam diri anak dan boleh menjadikannya seorang yang cintakan buku.
Perkongsian dari seorang ayah, Najmi Nawawi mengenai caranya yang suka baca buku pada anaknya boleh diikuti oleh semua ibu bapa lain.Kenapa baca buku sebelum anak tidur bagus dijadikan amalan.
- Bantu kembangkan daya imaginasi
Membaca dan bercerita kepada anak pastinya membantu untuk perkembangan imaginasi sihat. Kita akan membantu anak untuk berfikir dan berimaginasi dengan baik. Bantu anak berfikir jalan solusi kepada masalah yang dihadapi dan ini sebenarnya turut membuatkan kehidupannya akan lebih berwarna-warni.
- Cipta saat-saat indah
Ianya ialah memori yang tenang dan pasti tidak akan dapat dilupakan. Menjadi ibu bapa pastinya kita mahu anak kita ingat bahawa kita sudah curahkan sepenuh perhatian dan kasih sayang kepada mereka. Saat-saat seperti inilah akan memautkan hati anak kepada kita.
- Kebolehan berbahasa akan lebih mantap
Apabila kita membaca untuk mereka, kita sebenarnya sedang menanam benih-benih perkataan dan membantu untuk mereka lebih mudah untuk ingat. Lagi banyak ulang lagi bagus.
- Merangsang otak anak
Dalam penceritaan penuh perasaan yang kita sampaikan. Pastinya akan terbit pelbagai persoalan dalam fikiran anak-anak. Lagi banyak kita membaca, lagi banyak soalan yang mereka ada. Maka lagi banyak jawapan yang akan mereka tahu dan ini buat otak mereka berkembang dengan baik.
- Pandai dalam akademik
Pastinya teknik ini secara tidak langsung akan membentuk anak untuk jadi sangat pandai dan bijak. Mereka cinta dan suka untuk membaca. Maka ketahuilah membaca ialah jambatan kepada ilmu.
Sumber: Najmi Nawawi
Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara (Promo Ep.9 & 10)
Saksikan apakah rahsia mama papa yang berjaya mendidik anak-anak gemarkan aktiviti bersyair dan bercerita pada Rabu, 22 Julai. Dan, ikuti kisah "Hero Cilik" pada 29 Julai. Semuanya menarik dalam Pa&Ma Journey bersama SchAwaLara, setiap Rabu, jam 9 malam di Astro Prima saluran 105/125.#PaMaJourneyBersamaSchAwaLara#AstroPrima#MajalahPaMa
Posted by Pa&Ma on Wednesday, 22 July 2020
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bukan ‘Biasa-Biasa’, Pakar Kongsi Cara Jadi Ayah Terbaik. Anak Ingat Sampai Besar!
Seorang ayah memainkan peranan yang penting dalam kehidupan anak-anak. Apa saja yang dilakukan oleh si ayah akan menjadi contoh pada mereka. Malahan, apa saja yang keluar dari mulut ayah akan dipercayai oleh anak. Begitulah besarnya impak kehadiran seorang ayah dalam kehidupan si anak.
Artikel Menarik: [Bentuk Badan & Pakaian Lebih Kurang. Tersilap Abah, Adik Ni Keliru Antara 2 Lelaki!]
Oleh itu, jadilah ayah yang TERBAIK buat anak-anak. Menjadi ayah yang sempurna bukan sahaja apabila anda menyediakan keperluan untuk keluarga. Ia lebih dari itu, kerana figura seorang ayah itu sangat diperlukan oleh anak-anak dari segi emosi juga.
Menurut perkongsian dari Dr Taufiq Razif, ada beberapa cara untuk menjadi ayah yang lebih baik;
Cara menjadi ayah yang lebih baik
1. Be present
Kadang tanpa sedar jasad kita bersama anak tetapi anak kita tak merasa pun kehadiran kita.
Kenapa?
Kerana jasad ada di tepi anak tetapi fikiran dan fokus menerawang jauh entah ke mana. Hanya dengan ‘be present, be here, be now’ maka barulah anak merasa disayangi dan dihargai.
Artikel Menarik: [Taktik Takut Kena Marah Mekap Muka Ayah Tengah Tidur, Adik Ni Nangis Dulu. Bijak!]
2. Be willing to listen
Kadang tanpa sedar kita seakan mendengar tetapi anak boleh rasa yang kita mendengar untuk diri kita, bukannya untuk diri mereka.
Anak nak kita dengarkan :
– isi hati mereka
– emosi mereka
– perasaan mereka
– pendapat mereka
– hajat dan kemahuan mereka
‘listen to understand, not to reply’
Artikel Menarik: [Gelagat Comel Bayi Sembang Dengan Ayah Curi Tumpuan. Bukan Main Rancak!]
3. Be supportive
Kadang kita cuba support anak tetapi tanpa sedar kita sedang support keinginan dan ‘expectation’ kita semata mata tanpa kita pedulikan keinginan dan kemahuan anak.
Anak adalah individu yang berbeza daripada diri kita. Mereka ada passion dan minat tersendiri yang mungkin berbeza sama sekali dengan apa yang kita fahami selama ini.
Tak selamanya anak perlukan bantuan kita. Kadang mereka cuma nak kita sokong dan galakkan mereka sahaja. Itu sudah sangat membahagiakan mereka.
‘didiklah anak mengikut zaman mereka’
4. Be firm
Tegas bukan bermakna garang dan garang tidak selamanya tegas. Tegas bermaksud kita ada pendirian kita sendiri.
Tak semua perkara kita kena ikut anak kita.
Ada masanya kita perlu bertegas untuk kebaikan anak kita. Kita tak mahu anak kita menjadi ‘spoiled child’ yang mana akan membesar menjadi ‘spoiled adult’ yang akan menyusahkan ramai pihak kelak.
Tidak dinafikan, anak lebih suka merujuk tentang sesuatu hal pada ibunya. tetapi tidak dapat disangkal kehadiran ayah juga perlu untuk memberi rasa selamat dan dilindungi. Untuk menjadi yang terbaik tidak mudah, tetapi kita boleh sentiasa terus mencuba dan ia pasti TIDAK MUSTAHIL.
Semoga dengan perkongsian dari Dr Taufiq ini dapat memberi manfaat kepada para ayah yang membaca.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Jom, kongsikan foto comel si manja anda bertemakan Jungle Cuties di SINI! Ada hadiah menarik menanti.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI