Anak anak merupakan anugerah terindah buat ibubapa dan ibubapa pastinya mahu mendapatkan apa yang terbaik untuk anak mereka. Jadi untuk memastikan anak anak cepat berjalan, ibubapa sedia upaya membeli semua peralatan yang membantu anak anak untuk lebih cepat berjalan. Antara peralatan yang cukup sinonim dengan masyarakat kita pastinya “baby walker”.
Selain melatih anak-anak berjalan, ibubapa juga beranggapan baby walker dapat menjadi tempat untuk mengalihkan perhatian anak anak dan pada masa yang sama ibubapa dapat berehat setelah seharian bekerja.
Menurut Pn Norshafiqah Mat Rabi, Physiotherapist di Flex Physiotherapy, penggunaan baby walker sebenarnya memberi banyak keburukan berbanding kebaikan. Tapi pada masyarakat kita di Malaysia, penggunaan baby walker ini sudah menjadi kebiasaan. Terdapat banyak kajian yang telah dilakukan di luar negara berkenaan isu keburukan baby walker ini.
Negara Kanada telah mengharamkan penggunaan baby walker dan dikenakan denda sebanyak $100 00 atau enam tahun penjara jika menyimpan alat itu kerana disebabkan risiko keselamatan dan kesan masalah lambat perkembangan fizikal serta mental.
Baby walker sebenarnya memberi kesan buruk kepada tulang belakang bayi. Tulang belakang bayi terbentuk sejak dalam rahim ibu lagi. Proses pertumbuhan tulang belakang akan terus berlaku dan akan terhenti pada umur 25 tahun.
Pada awalnya, tulang belakang bayi akan terbentuk lekuk seperti huruf ‘C’ kerana otot-otot sekitarnya belum cukup kuat untuk menyokong tulang belakang tersebut. Seiring dengan waktu kanak kanak membesar, lekukan –lekukan lain akan terbentuk untuk membantu bayi mengangkat kepalanya dan merangkak dan akhirnya kanak kanak akan memiliki susunan dan bentuk lekukan seperti orang dewasa.
Jadi, pada kanak kanak yang sering menggunakan alat baby walker ini, lekukan tulang belakang akan bermasalah. Baby walker akan menyebabkan tulang belakang semakin menjadi lekuk ‘C’ dan menghalang proses lekukan lain.
apabila anak anak menggunakan baby walker ini, hanya kaki mereka sahaja yang bergerak, sedangkan badan anak anak bukan dalam keadan tegak dan proses pembentukan tulang belakang mereka belum sepenuhnya berlaku, jadi ianya tidak boleh menampung badan untuk berdiri tegak semasa anak anak bergerak menggunakan baby walker.
Ini sememangnya membolehkan kanak kanak berjalan awal tapi awas, tulang belakang yang belum sepenuhnya terbentuk akan menyebabkan kyphosis (bongkok) dan apabila ianya berlaku, akan terjadilah tekanan kepada tulang belakang dan akhirnya juga akan menyebabkan skoliosis (bengkok).
Kesan sampingan penggunaan baby walker
Antara kesan lain penggunaan baby walker ini ialah ianya membantutkan perkembangan kanak- kanak dari segi fizikal. Kebiasaannya, kanak kanak akan meniarap, menjulur, merangkak, mengengsot, bertatih dan berjalan. tapi apabila mereka menggunakan baby walker, segala rangsangan untuk perkembangan motor kasar mereka akan menjadi lambat.
Satu kajian telah dilakukan oleh Sigel &Burton pada tahun 1999 di dalam jurnal mereka (Journal of Developmental and Behavioral Paediatric) mengatakan kanak kanak yang menggunakan baby walker ini lebih lambat untuk melakukan pergerakan seperti duduk, merangkak dan berjalan, dan mereka mendapat skor yang rendah (Bayley scales) daripada yang sepatutnya.
Dalam kajian terbaru oleh Badihian, Adihian & Yaghini pada 2017 mengatakan tiada bukti yang kukuh bahawa alat baby walker ini membantu kanak kanak dalam perkembangan fizikal dan mental mereka malah membawa lebih keburukan berbanding kebaikan.
Setelah mengetahui semua keburukan penggunaan baby walker, sekarang pilihan ditangan anda. Sebagai ibubapa, anda haruslah bijak dalam membuat pilihan. Di Malaysia, untuk mengharamkan penggunaannya adalah mustahil. Memang tidak dinafikan bahawa penggunaan baby walker ini ada kebaikan terutamanya memberi peluang kepada ibuibapa berehat sekejap tapi apa yang penting sekarang ialah untuk memastikan anak anak selamat semasa menggunakan baby walker itu.
Bagaimana untuk selamat dan memastikan anak anak tidak mengalami masalah lambat perkembangan semasa menggunakan baby walker?
1) Umur minimum penggunaan ialah 4 bulan, maksimum 16 bulan.
2) Ibubapa hendaklah memastikan otot leher anak anak sudah cukup kuat untuk angkat kepala.
3) Ibubapa hendaklah memastikan kaki anak anak sudah boleh menjejak lantai dan boleh menampung badan dengan kaki.
4) Limitkan masa penggunaan. Banyakkan masa untuk “tummy time”.
5) Ibubapa hendaklah memastikan kawasan sekitar anak anak selamat untuk mengelakkan sebarang kecederaan atau kemalangan.
6) Sekiranya anak anak sudah pandai berjalan, jangan gunakan baby walker lagi.
7) Penggunaan baby walker jenis berdiri lebih sesuai berbanding jenis duduk.
Artikel berkaitan: Nak Bayi Jadi Genius, Pakar Otak Kongsi Tip Haramkan Baby Walker
Nak relaks, jom cuci mata di SINI.
Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI