Banyak ibu ayah yang mengambil peluang cuti sekolah untuk menempah slot berkhatan buat anak lelaki mereka. Lebih mudah dibuat ketika musim cuti sekolah kerana anak-anak dapat berehat sepenuhnya tanpa sebarang aktiviti lasak.
Bila dah bersunat tu, manjanya lain macam. Maklumlah tak dapat nak bergerak ke mana-mana, dalam tempoh seminggu pertama perlu berbaring saja. Risau kalau lasak boleh menyebabkan masalah lain seperti bentan.
Salah satu perkara yang akan menjadi kenangan terindah bila anak berkhatan ni adalah semasa di klinik. Ada yang meraung ketakutan, ada yang tenang saja dan tak kurang juga dengan anak yang menjaga cara berjalan kerana risau sakit.
Begitulah yang dikongsikan oleh pemilik akaun Tiktok @noraishahthin_ yang menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki yang baru selesai bersunat.
Mungkin masih ‘seriau’, kanak-kanak itu berjalan perlahan-lahan seperti berjengket.
Lucunya dia sendiri pun seperti tidak selesa dan tak puas hati kerana tak boleh berjalan pantas. Semoga adik ni sembuh cepat dan bolehlah bergerak aktif seperti biasa.
Untuk menjaga anak yang bersunat tidaklah susah tetapi perlu berjaga-jaga supaya tidak menyebabkan masalah yang lain pula.
1. Pantau sekiranya ada pendarahan – Selalu pantau sama ada berlaku perdarahan yang aktif atau tidak.
2. Pemakaian – Pakai seluar yang longgar atau kain pelikat atau seluar dalam khatan.
3. Amalkan diet sihat – Lebihkan makanan yang tinggi protein untuk proses luka cepat sembuh seperti ayam dan telur. Jangan risau, pengambilan telur tidak akan menyebabkan nanah.
Ads
4. Beri anak ubat sekiranya perlu – Beri ubat tahan sakit seperti Paracetamol. Ada krim ubat antibiotik dan ada air garam untuk bersihkan luka.
5. Bersihkan luka – Basahkan dengan air bersih tempat jahitan luka supaya luka tidak menjadi bentan. Biasanya doktor akan berikan air garam jadi ibu ayah boleh minta anak lakukan sitz bath (duduk berendam dalam bekas besar untuk membersihkan bahagian alat sulit) bagi mengelakkan kegatalan.
Paling penting, jangan sesekali gunakan ubat-ubat yang tidak diketahu atau daun-daun herba pada jahitan luka kerana dikhuatiri akan menyebabkan jangkitan kuman.
Digigit ular sawa, jari dan paha gadis cedera ketika ‘buang air besar’ di tandas. Seorang gadis berdepan detik cemas apabila paha dan jarinya ‘rabak’ akibat digigit ular sawa ketika membuang air besar.
Digigit Ular Sawa, Jari & Paha Gadis Cedera Ketika ‘Buang Air Besar’ Di Tandas
Menerusi perkongsian individu bernama Bella di X @lovinghansoll baru-baru ini, dia turut memuat naik gambar menunjukkan keadaan tangannya yang luka dan berdarah selepas bergelut dengan ular kira-kira satu meter (m) panjang.
Menurutnya, segalanya bermula apabila dia sedang melepaskan ‘hajat’ sambil bermain permainan dalam talian, tiba-tiba dirinya digigit reptilia terbabit di bahagian paha.
“SAYA TENGAH BUANG AIR BESAR DALAM TANDAS DUDUK. RUMAH TAMAN YA BUKAN RUMAH KAMPUNG. LEPAS DAH SIAP BUANG AIR, SAYA MASIH DUDUK SEBAB PERUT TERASA SAKIT LAGI.
“Tiba-tiba rasa macam ada sesuatu gigit paha saya, ia lebih tajam daripada pisau cukur dan ada banyak gigi. Ular ini gigit betul-betul kuat, macam benamkan gigi dalam kulit.
“Jadi, disebabkan nak selamatkan diri saya pegang mulutnya. Sudahlah gigi tajam sebab itu jari saya banyak luka. Mula-mula tak sedar ia seekor ular sawa yang besar sehinggalah haiwan itu berhenti menggigit saya. Ular itu datang dari dalam lubang tandas,” katanya.
Difahamkan, insiden mengerikan tersebut berlaku di rumahnya di Pontian, Johor.
Bella turut memaklumkan, lantai bilik air penuh dengan darah disebabkan kejadian mencemaskan itu.
Bagaimanapun jelasnya, dia tidak menangis sama sekali tetapi lebih kepada perasaan takut dan trauma yang menyelubungi diri.
“SAYA ADA MENJERIT TAPI TAK MENANGIS. AYAH DATANG DAN BAWA SAYA KELUAR DARI BILIK AIR TETAPI SEMPAT TENGOK BELAKANG DAN ULAR ITU MEMANG SANGAT BESAR! TAK DAPAT TANGKAP KERANA IA LARI SEMULA KE DALAM LUBANG TANDAS.
“Jadi, saya terus ke hospital. Cuma cuci luka dan makan antibiotik memandangkan ular sawa tiada bisa,” ujar gadis tersebut.
Permainan dengan anak kecil ibarat tak boleh berpisah. Walaupun dah ada pelbagai mainan dari sekecil-kecil hingga yang besar di rumah, tetapi tiap kali keluar mesti keinginan nak beli itu ada. Inilah yang dinamakan lumrah buat anak-anak sementara tunggu nak besar.
Tambah lagi bila melalui kedai permainan, boleh buat anak-anak ‘hilang arah’ melihat susunan mainan sehingga kalau boleh tak mahu berganjak atau rela pusing sebanyak mungkin semata-mata nak dapat permainan yang disukai.
Bagaimanapun, perkongsian seorang individu di TikTok yang cuba mengalih perhatian anak ketika lalu di hadapan kedai mainan mungkin boleh dicuba oleh ibu bapa lain. Betul setiap anak berbeza, tetapi tak salah cuba.
Mungkin bila anak dah besar sikit, ibu bapa ada idea lain pula untuk buatkan anak tak rasa seperti ‘terpaku’ bila melalui kedai permainan.
Dalam video tersebut, kelihatan seorang bapa mendukung anak perempuannya itu dan berlari sambil menutup mata kanak-kanak itu.
Anak pun seolah-olah ditutup pandangannya sekejap dan selepas melalui kedai tersebut barulah diturunkan semula dan berjalan macam biasa.
Menerusi ruangan komen, ramai yang terhibur dan ada juga yang meluahkan hasrat untuk mencuba tip yang sama jika situasi itu berlaku kepada mereka.
Malah, ada juga yang berkongsikan tip masing-masing seperti menolak stroller anak atau troli laju-laju, sanggup buat U turn atau cari jalan jauh sikit dan sebagainya.
Idea bagus!
Sekli tengok taktik ayah ini nak ketawa pun ye. Tapi apa-apa pun setiap ibu bapa ada pendekatan masing-masing.
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terkejut dan cemas! Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang sebentar tadi dilaporkan terbakar satu kejadian yang pastinya menggemparkan ramai.
Memetik laporan media, suasana panik tercetus apabila suis soket di salah satu wad hospital tiba-tiba terbakar, mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pesakit, kakitangan dan orang ramai.
Namun setakat ini tiada kebakaran itu tidak melibatkan mangsa yang berada dalam kawasan tersebut. Perkara itu disahkan sendiri oleh Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar.
Foto: Sumber Sinar Harian
Katanya lagi, pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Andalas bergegas ke lokasi sebaik saja menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.13 petang.
“Setiba di lokasi, pasukan mendapati kebakaran itu hanya membabitkan suis soket di wad Zon Merah HTAR.
“Kebakaran itu juga berjaya dipadamkan oleh pihak hospital sebelum pasukan bomba tiba.
“Hasil siasatan mendapati kemusnahan akibat kebakaran itu dianggarkan satu peratus dan tidak membabitkan mangsa,” katanya.
Terdahulu, tular rakaman video dalam media sosial yang memaparkan kawasan wad terbabit diselubungi asap dan petugas kesihatan berusaha membawa keluar pesakit dari kawasan berkenaan.
Rakaman video itu juga menunjukkan pesakit yang berada di atas katil dan kerusi roda telah selamat dibawa keluar ke pekarangan wad berkenaan.
Sumber: Sinar Harian, Berita Harian & Bernama
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.