Sudah sekian lama menantikan pasangan pelakon, Fattah Amin dan Fazura mendedahkan wajah anak mereka, namun sehingga ke hari ini, si comel Fatima masih belum menampakkan wajahnya.
Terbaru, menerusi satu akaun rasmi di instagram @fattzuralovelife, turut dikongsikan video Fattah mendodoikan anaknya, Nur Fatima Aisya yang kini sudah pun berusia tiga bulan.
Walaupun hanya sebuah video pendek yang diambil ketika Fatima dilahirkan, namun ia sudah cukup membuatkan peminat terubat.
“Daddy. You’re a natural from day one,” begitu kapsyen ringkas buat Daddy Fattah.
View this post on Instagram
Rata-rata memuji Fattah yang langsung tidak kekok mengendong Fatima walaupun baru dilahirkan ketika itu.
Sifat penyayang Fattah terpancar pada wajahnya ketika mengendong dan melihat raut wajah Fatima.
“Langsung tak kekok pegang baby”
“Finally dapat tengok daddy dodoikan Fatima”
“Daddy daughter bonding. Hello baby Fatima Aisya”
Semoga Fatima terus menjadi pelengkap kasih sayang Fattah dan Fazura selamanya. Tak sabar tunggu mommy daddy kongsikan wajah Fatima.
Terdahulu, pasangan popular ini mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Dan pada 2 Oktober lalu, Nur Fatima Aisya hadir melengkapkan lagi bahagia mereka.
Artikel berkaitan: Finally Fatima Tunjuk Muka, Sipi-Sipi Pun Jadi La, Fazura Kongsi Gambar Bersama Anak, Peminat Teruja!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @fattzuralovelife @fattahaminz
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI