Keibubapaan

Lapan Kartun Animasi Anak Tonton Setiap Hari Ini Ada Unsur LG*T, Mak Ayah Sila Pantau!

Share

Bukan mudah memantau apa yang dilihat anak menerusi gajet. Namun kita sebagai ibu bapa perlu melakukannya kerana banyak unsur-unsur tidak sihat yang ditonton anak setiap hari.

Perkongsian Hana Shahadan, berkongsi beberapa siri animasi kartun popular yang berunsurkan LGBT serta tak elok di tonton anak.

Berikut merupakan antara 8 kartun popular yang sering menjadi pilihan kanak-kanak untuk ditonton seharian yang menyelitkan unsur negatif ini secara halus. Bahaya!

1. WE BARE BEARS
Jangan tertipu dengan kecomelan mereka, kerana ada banyak episod yang memaparkan hubungan songsang dalam kartun ini.

2. BABY SHARK’S BIG SHOW!
Mungkin ianya mengejutkan, tapi sebenarnya watak keluarga sotong hijau itu adalah pasangan LGB*

3. BLUE’S CLUES
Entah kenapa animasi ini turut dicemarkan dengan agenda songsang.

4. THE AMAZING WORLD OF GUMBALL
Kartun ini sendiri sebenarnya banyak paparkan budaya yang tidak elok. Tapi itulah, ianya pernah ditayangkan di tv Malaysia, dan ada unsur LGB* pula tu.

5. BUBBLE GUPPIES
Watak siput dalam episod ini bukan saja adalah watak LGBT dalam dunia kartun, bahkan mereka turut menggunakan voice over dari artis LGBT sendiri.

6. MY LITTLE PONNY
Mungkin ramai anak gadis kita yang kecewa, bila animasi ini turut membawa budaya songsang dalam kartun mereka.

7. DOC McSTUFFINS
Apabila ibu dan ‘ayahnya’, kedua-duanya adalah perempuan. Agaknya anak kita boleh terima?

8. COCOMELON
Entah macam mana kartun yang ramai ditonton ini turut membawa agenda songsang dalam lagu mereka.

Menarik: Lara Pernah Menangis Tak Mahu Balik Rumah, Scha Al-Yahya Akui Tegas Bab Pelajaran Anak!

Bila lagi nak healing dan bonding time dengan anak-anak, buat aktiviti yang mereka suka? Kalau ajak main VR game, mesti anak-anak happy!

Jom, daftar segera ke Santai Petang Pa&Ma! Sambil dengar talk dan main game, boleh juga bawa balik goodies dan menang banyak hadiah. Best kan?

Daftar di sini 👉🏼 https://toko.ideaktiv.com/product/pama-santai-petang/

Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.

Klik : https://t.me/+ocjF2NSo9pFjNTU1

https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAG

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Sumber: Hana Shahadan

Published by
SRM