“Lapan Tahun Kahwin, Ni Yang Saya Amalkan,” Ustaz Don Daniyal Titip Pesanan Untuk Para Suami!

Share

Alam berumah tangga memang cukup indah. Pun begitu banyak pasang surutnya, banyak dugaannya dalam melayari bahtera. Suami, yang mengetuai kapal memainkan peranan cukup penting. Tanpa ilmu, rumah tangga akan menjadi suram. Sentiasalah mendapatkan nasihat dan panduan bagi membimbing anak dan isteri agar menjadi insan yang lebih baik.

Ustaz Don Daniyal Don Biyazid, penceramah tersohor kita tidak kurang juga berkongsi ilmu dalam bab berumah tangga. Baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinannya yang kelapan baru-baru ini, Ustaz Don turut berkongsi tip dan menitipkan pesanan ilmu berumah tangga buat para suami.

Dua perkataan iaitu tanggung dan jawab, PERASAAN TANGGUNGJAWAB inilah yang akan membuatkan seorang manusia menjadi manusia yang berjaya dalam semua bidang. Begitu juga dalam kehidupan berumahtangga. Ini yang dikongsikan oleh beliau.


Aku Suami

Saya sentiasa ingat pesan Datuk Ustaz Badlishah Alauddin hafizahullah, “jangan cakap tajuk keluarga sebab ini bukan padang hang. Bagi la Prof Muhaya ka, Dato Bahiyah ka, Ayahanda Dato Fadhilah Kamsah…”Saya tulis ini sebagai berkongsi sahaja. Bukan nk tunjuk pandai. 🙂 ok.

Gambaq ni, adalah pada hari Akad Nikah 23/08/2012 bersamaan hari Khamis. Hari Raya. Syawal.

Tips Suami perkahwinan 8 tahun yang saya amalkan.

(P/s: Maksud 8 tahun ni, dah lalu fasa first 5/6 tahun ujian rumahtangga. Masuk fasa kedua. Kalau orang tua tua kata, lepaih 5 tahun kawin, kalau still pegang tangan berjalan suami isteri, kira terer aaa… ni kata orang tua tua… الْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالمِين masih lagi jalan pegang tangan. Terima kasih orang tua tua ataih nasihat. Point di sini, bukan senang ya nak buat… haaaa)
Petua yang saya amal dan amik dari orang-orang lama.

1. Tanggungjawab

Tanggungjawab ada 2 perkataan di situ. Satu ‘tanggung’ satu lagi ‘jawab’. Seolah-olah nak kata kat kita, “pandai-pandai tanggung, pandai-pandai jawab”. Point di sini ialah, PERASAAN TANGGUNGJAWAB inilah yang akan membuatkan seorang manusia menjadi manusia yang berjaya dalam semua bidang.

Kita biasa buat salah, bertanggungjawablah.
Kita biasa salah buat keputusan, bertanggungjawablah.
Kita biasa tersilap langkah, bertanggungjawablah.
Kita berani ‘buat’, bertanggungjawablah.
Kita biasa main mesej dengan perempuan lain, bertanggungjawablah.
Kita biasa marah anak sampai nangis, bertanggungjawablah.
Kita biasa guna duit ‘overspending’, bertanggungjawablah.
Last but not least, kita pilih isteri kita, bertanggungjawablah.
(P/s: lepaih baca ni saya tau, ramai yang nak sambung tulih… kan, sila tulih diruangan komen no che no…)

2. Sembahyang Berjemaah

Ini memang satu miracle laaa. Tak tau nak kata macam mana, tapi yang pasti, buatlah, akan selesai semua masalah. Percayalah!!! Allah kan Maha Mendengar, Maha Melihat, lagi Maha Mengetahui. Tambahan pulak, Allah kan Maha Bijaksana. Amalkan lah… jangan tinggai.

Kalau lambat, qadha’.
Kalau lupa, peringat.
Kalau malas, bantu.
Kalau tak reti, ajaq.
Kalau tidoq kalau…bagi masa, agak-agak lagi 1 jam atau 1/2 jam nak habis waktu, kejut dan minta pi sembahyang.

Jangan la buat chengé tak memasai… relaks la… Nabi Muhammad ﷺ dengan keluarga pun relaks. Kalau susah, biasalah. Bukan kita kawen dengan anak Nabi Shuib AS.. so, relaks. Ok.

Rezeki akan menyusul jika betulkan 2 perkara

Begitu yang dikongsikan oleh beliau. Benar, jika tanggungjawab dan urusan dengan Allah kita pelihara, Allah akan mudahkan rezeki dan yang lain-lainnya. Tiga perkara ni kata jangan kita anggap sukar tetapi pasti ada untuk kita bersama isteri dan anak-anak kelak.

Bawah ni akan mai, bila ada 2 yang ataih ni…

1. Rumah

Bagi rumah yang selesa.
Sewa pun tak apa.
Kecik bukaan dia pun tak apa.
Beli pun tak pa. Baguih.
Studio style ka, banglow ka, teres ka, tak apa.
(Alamak, syempoiii… masa dok tulih post ni, keluaq lagi Creed- One Last Breath)

2. Kewangan

Abang, please… jangan jadi macam saya. Umuq 35 baru nak belajaq jaga duit dan urus duit, nanti menyesai tak sudah Abang. Mujuq la rasa tanggungjawab ada, pulun jugak la saya Abang… Abang, jangan lewat macam saya Abang… maklumat sekarang dah banyak.

Buka Youtube, dengaq.
Bukak Pinterest, baca.
Bukak Instagram, amik manfaat.
Bukak Facebook, baca.

3. Kenderaan
Mesti kena ada. Moto baguih, tak salah. Ada kereta walaupun kecik, selesa sikit. Saya ada Kancil. Warna biru. Tak kesah. Kadang-kadang kita buat moto, kira-kira dah boleh beli satu Kancil. Saya tak kata pun salah buat moto. Buat. Tak dak masalah. Asalkan ingat point no 1 n 2 yang kat ataih nu… OK my Brothers!

I Love You All my Beloved Brother di luaq sana… Brotherhood forever!

Apa pandangan kawan2??? Boleh komen n bagi pandangan.

وَاللهُ أعْلَمْ بِالصَّواب

PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA BERMULA 26 OGOS 2020

Tak sabar nak tengok keletah comel Jeanelle? Pa&Ma Musim ke-8 kembali lagi di kaca tv menemani anda! Kali ini, kami membawakan edisi Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Jom kosongkan malam Rabu anda dengan menonton gelagat mereka pada jam 9 malam, hanya di Astro Ria saluran 104 & 124. Set kalendar anda sekarang yaa !

#PaMaJourneyBersamaJovianNina
#AstroRIA
#MajalahPAMA

Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents 

 

Published by
Siti Ramlah Mahmud