Kehamilan

“Lapan Tahun Tunggu” Isteri Buat Suprise Hamil, Aril Pilus Terharu Nak Sambut Baby Kedua!

Share

Penantian untuk punya anak kedua sememangnya mencabar. Puas pelbagai usaha dicuba namun masih tidak berhasil. Inilah yang dilalui penyanyi, Aril Pilus yang menanti anak keduanya sekian lama.

Namun perkongsian khabar gembira dari bekas naib juara Akademi Fantasia Musim Ke-7 (AF7) ini membuatkan ramai yang turut terharu.

Setelah sekian lama menanti, akhirnya setelah lapan tahun isteri Aril disahkan hamil anak kedua. Tambah terharu bila mana Aril mengalirkan airmata ketika kejutan yang dilakukan isterinya.

“Bismillahhirrahmannirrahim, alhamdulillah doa kami Allah swt dengar. Kena surprise dengan wife sambil minum kopi.

“Dia rahsiakan dari saya dalam sebulan lebih, amin.. amin.. amin,” kongsinya bercerita.

Tambah Aril lagi, dia akur kerana memahami keadaan isterinya yang turut mempunyai fibroid. Namun dialah insan paling bahagia saat mengetahui kehamilan isterinya.

“After 8 years waiting, dengan isteri saya ada masalah fibroid. Allah swt kurniakan rezeki kepada hambanya, biarlah saya tak mewah wang ringgit, tapi rezeki Allah swt kali ini cukup-cukup bermakna untuk saya dan keluarga. Amin.

“Semoga Allah SWT permudahkan urusan saya dan keluarga, semoga anda semua sentiasa dalam lindungan Allah swt. Amin,” tulisnya berkongsi.

Melalui video yang dikongsikan Aril, Aril yang ketika itu sedang menikmati waktu santainya dengan minum kopi menerima kejutan dari isteri tercinta yang memberikan kit kehamilan kepadanya.

 

Aril yang terkejut turut mengalirkan airmata lantas memeluk anaknya, Tun Adriel Mikael.

Aril mendirikan rumah tangga bersama isteri pada 20 Disember 2013 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Tun Adriel Mikael pada 24 November 2015.

Menarik: “Makan Bulan Nak Jadi Best Friend Balik” Sebaknya Tengok Anak Awal Ashaari Lepas Rindu!

Cara mudah nak latih anak suka solat, jom sertai Kem Solat 2023. Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-mega-bintang-kecil-2023/ untuk daftar

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma

Published by
SRM