Bayi tersedak susu biasanya berlaku disebabkan beberapa faktor. Ingat ya meyesal tak sudah bila keadaan ini terjadi pada anak. Kadang-kadang kelalaian dan sikap ambil mudah ibu, pengasuh antara punca boleh berlaku kejadian ini.

Menurut Pakar Pediatrik, Dr Rashdan Zaki Mohamed ada sesetengah ibu atau pengasuh ambil cara mudah dengan meletakkan botol susu pada kedudukan sedikit tinggi seperti meletakkan bantal atau selimut dan kemudiannya biar bayi menghisap sendiri tanpa pemantauan.

Lapik Bantal, Selimut Dan Tinggalkan Bayi Hisap Botol Sendiri? Boleh Jadi Punca Tersedak Susu

Bayi menyusu di mana botol susu diletakkan sedikit tinggi dan pengaliran susu terus ke bayi (seperti dalam gambar). Kemudiannya, ibu bapa atau penjaga….

Pergi ke bilik air dengan fikiran “takpe, 5 minit sahaja”
Membuat kerja-kerja rumah dengan fikiran “hebatnya saya – multitasking”
Mencapai telefon bimbit atau peranti elektronik lainnya dan melayari media sosial dengan fikiran “hmmm… nak post apa kat FB ni ek. Ha! Feeding baby – done!”
Pengasuh memberi beberapa bayi susu botol serentak dengan fikiran “Eh takkanlah nak susukan sorang-sorang. Tak buat kerja lain aku”

IKLAN

Berselang beberapa minit, datang semula untuk “check” bayi dan mendapati bayi sudah;
Biru. Pucat. Tidak bergerak. Tidak bernafas.

Apa yang terjadi?
Aliran susu dari botol secara berterusan mengalir ke bayi dengan tarikan graviti. Sedangkan ketika itu bayi sudah tersedak susu. Namun, aliran susu terus mengalir ke dalam mulut bayi. Bayi (atas sebab umur atau sebab tertentu lainnya seperti dibedung dsb) tidak dapat menolak, bergerak dan aliran susu kekal. Ini menyebabkan bayi seolah-olah “lemas” dan semakin banyak susu tersedak dan memasuki peparu. Akibatnya sesuatu yang amat kita kesali – perkara ini boleh membawa maut!

IKLAN

Lapik Bantal, Selimut Dan Tinggalkan Bayi Hisap Botol Sendiri? Boleh Jadi Punca Tersedak Susu

Saya selalu menegur keluarga, sahabat dan ibu bapa lainnya – Jangan lakukan perkara ini. Terkadang ianya membawa maut hanya berselisih beberapa minit. Hatta mahu sebentar ke bilik air atau melakukan kerja rumah.
Sentiasa, jika boleh, teruskan penyusuan ibu (breastfeeding) secara terus (direct). Ini kerana penyusuan ibu memerlukan bayi menghisap dan susu tidak mengalir secara terus (graviti). Jika menyusu botol, pastikan menyusui bayi tanpa meninggalkan bayi seperti gambar. Tinggikan sedikit kepala bayi. Berhenti jika bayi terbatuk atau tersedak semasa penyusuan bayi dan sendawakan bayi selepas penyusuan. Jangan letakkan bayi terus ke posisi meniarap (perut ditekan) selepas penyusuan. Dan jangan beri susu berlebihan (kuantiti susu mengikut umur).

IKLAN

Anda mampu mengubahnya! Malang tidak berbau!

Rashdan Mohamed
Ada banyak lagi perkara yang membimbangkan dalam gambar asal sebenarnya. Tetapi kita fokus tentang susu botol dalam kedudukan seperti dalam gambar sebab ramai ibu bapa, penjaga dan pengasuh melakukannya.

Kredit untuk pemilik gambar dan post FB asal. Kes dalam siasatan. Saya tidak mahu mengeruhkan keadaan atau mengganggu siasatan.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI