Lapisan Putih Vernix Lindungi Kulit Dari Jangkitan. Jururawat Jelaskan Kenapa Bayi Tidak Dimandikan Selepas Kelahiran

Share

Lapisan putih dinamakan vernix caseosa berfungsi melindungi kulit bayi daripada jangkitan. Turut dijelaskan kenapa bayi tidak dimandikan selepas dilahirkan.

Jururawat, Bel Nawhen menjelaskan tentang vernix.

Vernix terbentuk secara semula jadi dari dalam rahim ibu. Ini sama sekali menolak mitos dalam masyarakat yang mengatakan ia adalah air mani suami. 

Turut dijelaskan kenapa hospital tidak memandikan bayi selepas dilahirkan. Antaranya ialah hypothermia & jumlah kelahiran yang tinggi.

Keselamatan ibu dan anak lebih penting berbanding bau wangi bayi selepas dilahirkan. Bagaimana pun ia bergantung kepada protokol hospital dan budi bicara jururawat.

Vernix berfungsi menghangatkan tubuh bayi, sebab itu di hospital bayi hanya dibersihkan mata dan tali pusat sahaja. Kini jururawat juga tidak memandikan bayi semasa lawatan ke rumah.

Sumber: Bel Nawhen

Published by
Azma ML