Ramadan sudah masuk hari keenam hari ini. Bagi ibu-ibu yang mempunyai anak yang masih kecil tentu ada yang tengah ajar anak-anak untuk berpuasa seperti apa yang dilakukan oleh pelakon Scha Alyahya yang mana dia sempat berkongsi gelagat Lara Alana yang berusia enam tahun belajar berpuasa menerusi akaun di Instagramnya.
Biarpun Lara hanya bertahan setengah hari, namun, Scha atau nama sebenar, Sharifah Azean Syed Mahadzir kagum dengan semangat ditunjukkannya.
Nak puasa dari tahun lepas
“Dari tahun lalu Lara mahu berpuasa. Tetapi, ketika itu, Ramadan sudah berlalu. Apabila dia cakap begitu, maknanya Lara sudah bersedia berpuasa. Ini adalah tahun pertama Lara belajar menahan lapar dan dahaga.
“Untuk hari pertama, walaupun tidak bersahur, Lara bertahan sehingga jam 12 tengah hari. Saya faham situasi dirinya yang letih berikutan perlu mengikut pembelajaran atas talian.
“Alhamdulillah, walaupun tidak bersahur, Lara langsung tidak mengadu lapar. Saya kagum dengan kesungguhannya itu,” katanya
Ads
Scha ambil pendekatan santai untuk Lara Alana
Berikutan ini tahun pertama Lara belajar berpuasa, pelakon Awan Dania ini lebih selesa mengambil pendekatan santai dengan memberi penjelasan mengenai ibadat itu.
“Saya jelaskan mengenai perkara asas seperti tempoh berpuasa dan kebaikan daripada ibadat ini. Saya juga menjanjikan dia boleh makan apa sahaja apabila tiba waktu berbuka.
“Perkara itulah yang membuatkan dia semakin bersemangat hendak berpuasa. Namun, saya faham keadaannya dan tidak pernah memaksa berpuasa seperti orang dewasa. Pada saya, biarlah perkara itu dibuat secara berperingkat.
Ads
“Esok, Lara ada banyak waktu senggang. Jadi, bolehlah saya bimbing dia untuk memanjangkan tempoh berpuasa. Saya tahu itu bukan perkara mudah kerana Lara suka makan.
“Kadang-kadang, apabila masa bermain atau sedang belajar, dia akan meminta makanan. Di situlah cabaran buat saya untuk membuatkan dia lupa seketika tabiatnya itu,” kata isteri kepada pengacara dan pelakon, Awal Ashaari ini.
Banyak uruskan rumah tangga waktu PKP
Ads
Beralih kepada aktiviti yang dilakukan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Scha berkata, masanya banyak diisi dengan menguruskan rumah tangga.
“Ramai tidak tahu saya lebih suka duduk di rumah jika tidak ada kerja di luar. Ada rakan yang menegur sikap saya yang suka memerap dan mengajar saya keluar.
“Saya suka mengemas rumah sehingga tidak tahu bahagian mana lagi yang harus dibersihkan. Berikutan tiada penggambaran, kerja saya lebih kepada membuat hantaran di laman sosial seperti diminta pelanggan.
“Ibu bapa saya juga tidak sihat. Jadi, saya juga perlu menguruskan mereka. Walaupun PKP, masa terisi dengan pelbagai urusan,” ujar bekas pemenang Dewi Remaja 2005-2006 ini.
Bukan mudah nak turun berat badan dengan cepat lagi-lagi lepas bersalin. Tapi ia tak mustahil jika ada kesungguhan. Paling penting kena ingat amalkan pemakanan sihat tanpa memudaratkan diri sendiri.
Secara asasnya, nak turunkan berat badan secara efektif, kurangkan karbohidrat dan lemak. Utamakan makanan yang banyak serat, protein dan vitamin.
Selain mengawal pemakanan, rahsia nak turun berat 5 kilogram setiap minggu boleh cuba minuman air detox secara konsisten seperti yang dikongsikan oleh ibu kepada tiga orang anak, Sophia Safian.
RAHSIA TURUN 5 KILO DALAM 7 HARI
**Detox + Fat Burning Water
BAHAN:
1 uncang Twinnings Pure Green Tea Halia Lemon Halba
CARA MEMBUATNYA:
Masak 1 liter air sehingga mendidih kemudian masukkan hirisan halia, lemon dan halba dan rebus sehingga air kurang separuh. 2. Rendam 1 uncang Pure Green Tea lebih kurang 5 minit. Sedia untuk diminum. 3. Sangat efektif jika diamalkan sebanyak 3x sehari after meal.
Selamat mencuba! Jom kurus seperti saya dari 90 kilo to 52 kilo!
Bilik air di rumah kita antara ruang yang berbahaya untuk anak kecil kita bermain. Pun begitu ruang inilah juga yang mampu mencipta keseronakkan pada anak-anak kecil. Anak-anak makin galak dan gembira bila bermain dengan air di rumah. Inilah kesempatan yang patut diambil oleh ibu bapa untuk merangsang sensori anak kecil kita.
Aktiviti Sensori Bin, bermain dengan air sabun antara yang boleh dicuba ibu bapa buat si comel. Pun begitu, bukan biarkan sahaja anak tetapi di pantau sepanjang anak bermain. Sesekali berikan arahan untuk anak menangkap mainan dan arahkan mainan di bawa ke bekas yang lain. Memang menyeronokkan.
Aktiviti yang dikongsikan oleh Puan Sabariah Sareh Saad ini nampak ringkas tetapi cukup membantu dalam perkembangan sensori anak kita.
Aktiviti “Sensori Bin” (tangkap haiwan dalam air sabun+ais )
Bahan-bahan:-
Pelbagai jenis haiwan mainan
Ais kiub
Sabun
Penyepit makanan
Penapis air
Basin mandi/storage box/bekas besar
Letak haiwan mainan dan ais dalam bekas atau basin mandi anak.
Kemudian letak bancuhan sabun untuk efek banyak buih. Bagi arahan anak tangkap haiwan tersebut guna penyepit dan penapis.
Ransang Deria Anak
Jangan tak tahu aktiviti seringkas ini mampu menjadi aktiviti yang cukup menyeronokkan buat anak-anak kita. Bukan itu sahaja malah ia mampu merangsang deria anak dengan struktur sabun, mainan itu sendiri malah sabun yang licin serta air yang sejuk. Inilah keberanian si kecil dalam meneroka. Memang menarik.
Ini manfaat yang dikongsikan oleh Puan Sabariah.
-Ransang deria rasa nak contohnya ais rasa sejuk dan buih sabun rasa licin dan wangi.
Ajaklah anak solat supaya dapat rangsang gerakan motor kasar anak secara Islamik. Seperti yang kita ketahui, tahap pemikiran di peringkat kanak-kanak prasekolah masih belum dapat memahami konsep yang abstrak. Jadi, untuk memperkenalkan konsep Tuhan kepada anak-anak memang agak rumit kerana kanak-kanak lebih cepat memahami objek-objek yang maujud.
Jadi, anak-anak boleh dipandu untuk mengenal Allah melalui ciptaan-ciptaan yang berada di sekelililng mereka. Contohnya, dalam matapelajaran sains, anak-anak boleh dibawa untuk tadabbur alam (berfikir dan menyelidik alam ciptaan Allah) seperti melihat proses percambahan biji benih, menyelidik jenis-jenis haiwan di darat dan lautan serta memerhatikan kehebatan sistem saliran darah dalam badan. Walaupun kewujudan Allah tidak dapat dilihat dan disentuh, namun kehadirannya dapat dirasai oleh anak-anak dengan pelbagai ciptaanNya yang menakjubkan.
Pengajaran solat adalah ibadah yang paling utama untuk umat Nabi Muhammad S.A.W. Selain menjadi asas kepada segala ibadah, solat juga boleh dijadikan satu medium untuk mengajar kanak-kanak konsep matematik.
Contohnya, konsep waktu dalam solat 5 waktu sehari dan juga konsep bilangan dalam setiap rakaat serta bacaan dalam solat. Dengan solat juga, anak-anak juga boleh meningkatkan kemahiran sosioemosi mereka dengan belajar displin solat di awal waktu dan juga displin solat berjemaah.
Pergerakan badan di dalam solat juga mampu untuk meningkatkan kemahiran fizikal mereka dalam pergerakan motor kasar anak-anak. Melalui ibadah solat yang asas ini, kanak-kanak boleh belajar pelbagai kaitan ilmu.
Kanak-kanak juga boleh diajarkan nilai-nilai murni dengan pelbagai kisah sirah dan juga kisah akhlak Rasulullah s.a.w sebagai contoh unggul dalam sejarah peradaban manusia. Aktiviti main peranan juga sangat membantu dalam menerangkan tentang etika atau adab dalam kehidupan seharian. Misalnya, guru atau ibubapa boleh menerangkan tentang adab jual beli sewaktu bermain peranan sebagai penjual di gerai.
Apabila bermain peranan ‘masak-masak’ pula, bolehlah dididik anak-anak dengan sumber-sumber makanan yang halal dan berkhasiat serta sunnah Rasulullah dalam adab makan. Salah satu main peranan yang disukai oleh kanak-kanak ialah memainkan peranan sebagai ibu atau bapa.
Dengan menggabungjalinkan ilmu dan Islam sejak dari peringkat awal, insyaAllah anak-anak ini akan membesar menjadi insan yang seimbang dari segi akal dan spiritualnya. Jika dilihat tokoh-tokoh ilmuan Islam yang lampau, sungguhpun ilmu penuh di dada, namun Islam tetap dijunjung. Allah dan Rasul pula sentiasa menjadi panduan di dalam kehidupan seharian mereka. Semoga anak-anak kita akan mengikuti jejak langkah mereka, kerana ilmu yang tidak dipandu oleh solat dan taqwa itu dikhuatiri boleh memusnah; samaada pada diri sendiri mahupun orang sekeliling.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.