“Lara Lembut, Lain Pula Lila…” Dua Anak Perempuan Berbeza Karaktor, Scha & Awal Kongsi Cerita!

Share

Dua anak perempuan kesayangan pasangan selebriti Scha Al Yahya dan Awal Ashaari sering kali menjadi perhatian ramai. Populariti ibu dan bapanya membuatkan apa sahaja yang dilakukan anak perempuan mereka, Lara Alana dan Lila Amina turut mendapat perhatian ramai.

Lara yang cukup dikenali di media sosial dengan jumlah 4 juta pengikut ini cukup dikenali dengan sifat lembut dan manjanya.

Lain pula kisahnya dengan anak kedua pasangan ini, Lila Amina yang jarang-jarang dikongsikan kisahnya di media sosial oleh Scha dan Awal.

Ketika ditanya mengenai perbezaan perangai dua anak perempuannya, akui Scha, dua anak perempuannya sememangnya mempunyai sikap yang berbeza.

Kongsi Scha lagi, kelembutan anak sulungnya, Lara Alana jelas ketara bila bersama adiknya.

“Bila dah ada adik ni, Scha nampak Lara seorang kakak yang sangat lembut. Dia banyak beralah dengan adik dan kalau nak minta sesuatu tu cukup lembut.

“Lain pula Lila, Lila anak yang cukup garang. Dia tahu apa yang dia nak, dia konsisten dan tegas serta ada strong character,” kongsi Scha.

Malah kongsi Scha dan Awal lagi, berbanding Lila, Lara tampak lebih yakin bila bergaul berbanding Lila yang masih ada rasa takut-takut.

Menarik: Satu Ni Takde, Bergegar Dunia, Anak Asyik Nak Dukung, Awal Ashaari Tak Menang Tangan Layan 2 Anak Waktu Bercuti!

“Lara ni kita expose dia sejak kecil lagi, jadi dia dah terbiasa berbanding Lila. Nampak dia buat performance di pentas tu masih ada rasa takut-takut. Masih lagi menangis.

“Pun begitu dalam garang dan tegas tu Lila ada hati yang sangat lembut. Still baby pandemic,” kongsi Scha dan Awal lagi.

Terdahulu, Scha dan Awal mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Lara Alana, 9 dan Lila Amina, 2 tahun.

Menarik: Syukur Alhamdulillah, Pilih Nama Cantik Buat Puteri Ke-2, Mawar Rashid Selamat Bersalin!

Anak belum lancar membaca? Belajar cara mudah nak ajar anak tanpa perlu rasa stres, daftar secara percuma di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-cepat-belajar/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma

Published by
SRM