Lara Makin Bijak & Dah Pandai Baca, Scha & Awal Pentingkan Bonding Dengan Anak

Share

Meluangkan masa dengan anak adalah hadiah yang paling bermakna yang boleh diberikan untuk mereka. Dalam jadual harian yang sangat padat, perhatian terhadap si kecil tidak diabaikan.

Hubungan antara ibu bapa dan anak adalah sangat penting bagi kerana ia membina asas kepada segala perhubungan yang bakal wujud dan menjadi sumber kepada pembentukan perasaan kasih sayang, keintiman sesebuah perhubungan, kepercayaan dan rasa selamat.

Keakraban ini adalah asas kepada pembentukan 90% daripada otak anak pada enam tahun pertamanya. Ia termasuk;

1. Perkembangan yang melibatkan sensori yang menjadi permulaan kepada pembentukan otak.
2. Perkembangan emosi.
3. Perkembangan perhubungan rapat dengan anak.
4. Pembentukan memori.

Pasangan hos rancangan Pa&Ma, Scha & Awal meluangkan masa dengan puteri kesayangan, Lara Alana setiap hari.

Lara yang bakal menyambut ulang tahun kelahiran yang kelima pada 22 Julai sedang bersekolah di sebuah sekolah swasta. Apa yang lebih menarik Lara kini sudah boleh membaca!

Dalam paparan Instagram, Awal & Scha sering menyediakan masa dengan Lara untuk aktiviti seharian. Antara aktiviti yang sering dilakukan bersama ialah;

#1: MEMBACA BERSAMA-SAMA

Membaca jambatan ilmu. Aktiviti ini amat baik untuk dilakukan anak bersama dengan ibu bapa.  Selain memperbetulkan bacaan, ibu bapa juga boleh mengetahui tahap penguasaan si kecil. Seperti yang dilakukan Awal kepada Lara ini.

#2: KERAP BERKOMUNIKASI KETIKA BERMAIN

Bermain membuka ruang untuk anak-anak berkomunikasi dengan ibu bapa. Ia penting supaya keakraban dan kemesraan terjalin dengan baik.

#3: KAD IMBASAN

Tidak sekadar buku, Lara juga menggunakan kad imbasan untuk membaca bersama daddy!

#4: SIGHT WORDS

Scha menggunakan masa untuk memberikan sokongan kepada Lara dalam aktiviti sight words dalam mengukuhkan penguasaan tatabahasa.

#5: BERENANG BERSAMA

Berenang aktiviti bonding antara Lara dan Awal. Seringkali dilihat bersama berenang sejak Lara bayi lagi. Berenang bukan sahaja kemahiran semata-mata, ia malah menenangkan dan memberi keyakinan diri.

#6: LATIHAN MATEMATIK BERSAMA

Matematik membantu berfikir dengan kreatif dan bijak. Lara tidak ketinggalan membuat latihan Matematik bersama mommy & daddy.

#7: BACA & TULIS BERSAMA

Pada peringkat pra sekolah, perhatian di rumah juga amat mustahak. Awal & Scha turut menyediakan masa untuk bersama-sama dengan Lara membaca dan menulis.

#8: KERJA RUMAH BERSAMA

Bersama-sama dengan Lara untuk menyudahkan kerja rumah.

#9: MAINAN BERPENDIDIKAN

Menyediakan mainan berpendidikan untuk Lara pada masa lapang.

#10: AKTIVITI FIZIKAL

Scha dan Awal meluangkan masa untuk melakukan aktiviti fizikal bersama Lara pada masa senggang. Jogging dan bersenam di taman merupakan masa keluarga yang sangat berkualiti.

Sumber: laraalanaa


Pa&Ma kembali untuk musim ke-5, dengan kupasan topik episod 2 ‘Urus Simpanan Anak Dengan Bijak” bersama pasangan pengacara Scha & Awal, setiap Rabu jam 9 malam hanya disaluran Astro Prima (ch 105) , Prima HD (ch 121) dan Astro Go (apps). #majalahpama#pamatv #pamamusimke5

Published by
Azma ML