Tanyalah mana-mana ibu, bab pelajaran sememangnya ibu banyak bertegas dengan anak. Sebolehnya ibu mahu anak cemerlang dan mampu menguasai pelajaran dengan baik. Begitu juga dengan pelakon dan pengacara cantik manis, Scha Al Yahya yang begitu tegas dengan anaknya, Lara Alana.
Akui Scha lagi, bila melibatkan hal pelajaran anak, dia sememangnya orang yang cukup tegas. Pun begitu tambah Scha dia pernah berfikir apakah dia terlalu tegas sehingga memberi kesan pada Lara.
Malah kata Scha lagi, Lara pernah menangis malah rasa takut hendak balik ke rumah hanya kerana keputusan peperiksaannya ketika itu.
“Saya sentiasa mengambil berat mengenai akademik Lara tapi kadang-kadang tu saya rasa macam, ‘Adakah saya terlalu berkeras dengan dia?.
“Pernah sekali dia takut nak balik rumah dan menangis sebab dia kata dia takut nak tunjuk keputusan peperiksaan dia pada saya,” kongsi Scha.
Akui Scha dia sememangnya agak tegas di rumah tetapi tidaklah sampai mendera emosi anak-anak malah masih dilandasan yang tepat sebagai seorang ibu.
“Benda itu buatkan saya terfikir kenapa dia sampai takut begitu kan? Nak kata saya terlalu garang dengan dia itu tidaklah.
“Saya ni memang garang tapi tak adalah sampai nak mendera tu, tidaklah.
“Tapi saya rasa Lara jadi begitu mungkin sebab saya ini selalu duduk dengan dia untuk pastikan setiap perkara yang berkaitan dengan akademik dia teratur dan dalam keadaan yang sepatutnya,” tambahnya lagi.
Terdahulu, Scha yang tampil melancarkan Glade Essences Elite di The Swimming Club, The Kuala Lumpur Journal Hotel itu tidak pernah terfikir untuk mengatur cita-cita Lara namun akan sentiasa menyokong dan membantu sehabis daya untuk pembelajaran anaknya.
“Pada saya, saya nak dia fokus bab akademik ni. Lara nak jadi apa bila besar nanti itu terpulang pada dia, tapi selagi saya ada tanggungjawab untuk mendidik dia, saya akan buat sebaik mungkin,” tambah Scha lagi.
Menarik: Tahniah Azmi Saat Timang Bayi Perempuan, Luah Rasa Syukur Anak Isteri Sihat!
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Hanya perlu join group Whatsapp ini: https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAG
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI