
Kepada yang berkeperluan untuk melakukan perjalanan rentas negeri, contoh : KL – KEL, SAR – KED dan seumpamanya dikehendaki mengisi borang yang tersedia di Balai Polis berdekatan sebelum memulakan perjalanan.
Sekiranya ditahan dan gagal mengemukakan dokumen sokongan kebenaran perjalanan yang dibekalkan oleh Ketua Balai anda boleh didakwa atau dikenakan tindakan di bawah Akta 342 / Akta 344. Penjara tidak lebih 2 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Kepada yang tidak berhajat sila berada dalam rumah masing-masing, JANGAN KELUAR melainkan untuk tujuan terdesak dan penting sahaja.
Arahan Ketua Polis Negara
Tan Sri Hamid Bador
Sidang Media 17.3.2020
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bagi Yang Terpisah Dengan Keluarga, Bersabarlah. Jika Tidak Semua Usaha Frontliner & Rakyat Jadi Sia-Sia!

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan bulan lalu adalah satu langkah yang bijak bagi memutuskan rantaian Covid-19. Ia bukanlah keputusan yang mudah untuk dibuat oleh kerajaan.
Ramai pengusaha diarah untuk menutup operasi, tadika, sekolah dan universiti diarahkan tutup sebagai langkah pencegahan daripada merebaknya Covid-19. Ramai yang meminta agar yang berada dikampung boleh pulang ke rumah di Kuala lumpur kerana tempoh PKP dilanjutkan. Namun isunya, jika masih ada pergerakan keluar masuk adakah kita mampu memutuskan rantaian Covid-19. Mahukah kita tetap berada dalam tempoh PKP sehingga akhir tahun ini? Jika tidak mahu, renungkan perkongsian daripada Mohd Fadli Salleh ini.
Ibu-ibu mula merindukan anak yang keseorangan terperangkap di asrama di IPTA/IPTS. Isteri mula gelisah, sudah hampir sebulan terpisah dengan suami dan anak-anak. Suami balik ke kampung dengan anak sebelum PKP bermula dan sebaik nak pulang semula PKP dikuat kuasa.
Bahkan ramai ibubapa terpisah dengan anak-anak yang dihantar ke kampung masa awal cuti sekolah mula tidak senang duduk.
Keluhan kesedihan, keluhan kerinduan, keluhan tidak selesa tinggal di rumah mertua yang sempit dengan perlu menjaga aurat dengan adik-adik ipar mula kedengaran.
Ramai mereka meminta kerajaan memberi kelonggaran untuk bergerak pulang. Isteri mahu disatukan dengan suami. Anak mahu bertemu ibu dan ayah. Yang berkeluarga mohon pulang ke rumah sendiri setelah lama terperangkap di rumah mertua.
Dan pengumuman dari PM hari ini menambah gusar mereka. Tempoh PKP dilanjutkan lagi sehingga 28 April 2020.
Tempoh itu sudah masuk bulan Ramadan. Bagaimana suami nak makan sahur? Bagaimana dengan anak-anak? Bagaimana nak hadapi kesesakan dalam rumah mertua yang kecil?
Ramai sangat memohon agar diberi kelonggaran kembali pulang bersatu dengan keluarga di rumah sendiri. Mereka sanggup berkurung di rumah. Mereka sanggup patuhi semua perintah PKP.
Cuma mereka mohon diberi SEKALI sahaja kebenaran bergerak pulang ke rumah sendiri dan berkumpul bersama keluarga mereka. Setelah itu mereka akan diam-diam di rumah.
Tapi itu lah. Ia akan melibatkan pergerakan yang sangat besar hingga akan merosakkan semua rancangan dari kerajaan.
Negara kita semakin hari semakin memulih. Sebab itu kerajaan strict sangat tetap tidak membenarkan pergerakan sebegini.
Semua usaha dan pengorbanan barisan frontliners akan menjadi sia-sia jika kebenaran diberi.
Berpuluh ribu pelajar yang terperangkap, beribu lagi keluarga yang terpisah bergerak pulang dan berkumpul bersama akan membuat risiko serangan COVID-19 bermula kembali.
Bukan mereka tidak faham tentang suara hati semua orang. Tapi tiada satu jalan penyelesaian yang membolehkan semua yang terpisah kembali bertemu saat sukar seperti ini melainkan pergerakan besar-besaran.
Kepada yang terpisah, bersabarlah. Bertahanlah. Keadaan bertambah baik, dan kita akan menang perang melawan musuh halimunan ini jika kita terus berdisiplin dan patuh pada arahan kerajaan.
Sudah jauh perjuangan kita menentang musuh ini. Hanya sedikit sahaja lagi kesabaran diperlukan untuk kita mencapai kejayaan.
Boleh lihat statistik serangan COVID-19 peringkat Antarabangsa. Setiap hari kita menuruni tangga. Setiap hari banyak berita gembira.
Kadar kematian makin rendah, kadar jangkitan baru makin sedikit dan kadar sembuh 100% makin banyak.
Itu petanda kita sedang menghampiri kejayaan. Maka kawan-kawan, tolong bertahan. 🙏
#StayAtHome
#MFS
Sumber: Mohd Fadli Salleh
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mengadu Sakit Dan Perut Bengkak, Tak Sedar Bayi Dah 15 Tahun ‘Tersorok’ Dalam Perut

Seorang wanita dari Sudan dikatakan telah melakukan pembedahan selepas pihak hospital menemui bayi yang telah ‘mengeras’ di dalam perutnya. Apa yang lebih mengejutkan apabila mengetahui bahawa bayi berkenaan sudah pun ‘tersimpan’ di dalam perut wanita itu selama 15 tahun.
Bayi berusia 15 tahun ‘tersimpan’
Seorang wanita berusia 60 tahun yang berasal dari Khartoum, Sudan mengadu sakit dan bengkak dibahagian perut. Individu tersebut dikatakan telah pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Menerusi World Of Buzz, pihak hospital kemudian melakukan imbasan ultrasound dan CT scan dan hasil daripada imbasan tersebut amatlah mengejutkan.
Doktor menemui bayi yang sudah meninggal dunia dalam perut wanita tersebut. Keadaan bayi berkenaaan dikatakan telah mengeras kerana sudah hampir 15 tahun dia berada di dalam perut ibunya itu.
Kes jarang berlaku
Menurut doktor, disebabkan wanita tersebut telah berusia dan saiz kandungannya yang agak besar memberi risiko terhadap nyawa pesakit ini. Dia juga dikatakan mempunyai peluang yang agak tipis untuk bertahan dalam pembedahan mengeluarkan bayi berkenaan.
Walau bagaimanapun, selepas pemeriksaan lanjut, pihak hospital mendapati bahawa bayi berkenaan dikelilingi oleh jisim yang tebal dan tiada karsinoma sel (kanser) atau fibrosis iatu penebalan atau parut tisu penghubung yang berkaitan dengan bayi itu.
Fenomena ini dikenali sebagai lithopedion atau kandungan sktopik mengeras. Keadaan ini berlaku apabila janin mati di luar rahim yang terlalu besar untuk diserap oleh tubuh badan. Fenomena seperti ini dikatakan jarang berlaku kerana sepanjang 400 tahun dalam sejarah perubatan wujud, hanya ada 300 kes sahaja yang dikenalpasti pernah terjadi.
Sumber: Oh Bulan via Twitter, World Of Buzz
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Jangan Kecam Pesakit Covid Seperti Kami.” Cuma Harapkan Doa & Aura Positif Anda

Tiada siapa yang minta untuk diuji dengan ujian yang sebegitu berat. Lagi-lagi dengan wabak Covid-19 yang sangat bahaya dan telah meragut banyak nyawa di seluruh dunia.
Sebagai manusia kita hanya mampu berdoa dan mencegahnya dari terus merebak. Namun semua itu Allah Yang Maha Mengetahuinya.
Melalui perkongsian Di Facebook Aiza Syafinaz Aiza dia telah berkongsi pengalamannya yang dijangkiti Covid-19 dan lebih menyedihkan apabila suaminya, Inspektor Mohd Fairos Saberon baru sahaja menghembuskan nafas terakhirnya pada 26 Mac yang lalu akibat wabak ini.
Positif Covid-19, kontak utama arwah suami
Saya sedang di uji Allah SWT dengan ujian yang hebat, insyaAllah saya perlu kuat untuk semua rakan wanita di luar sana. Saya sayang anda semua kerana Allah illahitaala. Saya telah disahkan positive covid-19 pada 30 hb Mac 2020. Setelah membuat saringan di PKD Titwangsa pada 22 mac 2020 jam 11.30 pagi.
Oleh kerana saya adalah contact utama arwah suami saya yang meninggal dunia pada 26.3.2020 akibat covid, korban ke 24 ( kes ke 1056) maka saya juga telah di sahkan positif walaupun saya tiada mengalami simptom apa-apa. Saya kini berada di wad di raja (wad covid) HKL tingkat 4 wad 14 katil C (maaf tidak boleh melawat) jaga diri anda.
ARTIKEL BERKAITAN: “I Rasa I Tak Lama, Sayang. Get Ready.” Pesanan Terakhir Suami Sebelum ‘Pergi’ Kerana COVID 19
Ayah pun turut disahkan positif
Ayah saya Haji Shahak juga sedang di kuarantin di Hospital Permai JB sejak 19 hb mac yag lalu sehingga kini dan sehingga hari ini beliau stabil dan sihat. Beliau juga positif covid-19 walaupun tiada simptom kerana mempunyai sejarah bersalaman dengan anak kepada jemaah Tabligh ( itu asbab). Mohon doakan ayah saya juga akan sihat dan cepat keluar dari wad.
Keluarga yang lain di Simpang Renggam setakat ini adalah negative. Mohon sahabat semua agar mendoakan kami tabah, sabar, redha, cekal, kuat semangat hadapi segala ujian Allah SWT ini. Sesungguh nya ujian yang Allah beri ini untuk kita kerana kita mampu dan kuat untuk menghadapinya dan inilah bukti kekuasaan Allah untuk kita beriman dan tunduk kepadaNYA. Kita mohon doa agar Allah ampun kan kita, maafkan kita. Allah uji kerana Allah sayang.
Hanya Allah yang mengetahui, serahkan pada-Nya
Saya serahkan jiwa dan raga saya di atas aturan dan perancangan Allah SWT, sesungguhnya kita semua makhluk Allah yang dikasihi dan disayang. Ya Rahman Ya Rahim, Yang Maha Agong. Jaga diri semua, stay at home, ikut arahan kerajaan. Jaga kebersihan dan mari kita berdoa agar virus ini akan lenyap dari dunia. Amalkan minum lemon, makan suppliment, kuatkan antibodi ya. Kuatkan imunisasi, jangan fikir bukan-bukan, always thinking positive.
Kami tak minta sakit ini, tolong jangan kecam
Tidak semua pesakit covid akan tewas dan kecundang, mohon jangan kecam pesakit covid seperti kami. Kami tidak minta sakit ini, kami insan terpilih. Mohon doakan kami terus kuat berjuang kerana Allah SWT dan sentiasalah send aura positive kepada kami, jangan call kami nangis nangis ya.
Al fatihah untuk Allahyarham suami ku tercinta, Mohd Fairos bin Saberon. Damailah di sana dengan tenang sebagai negarawan dan syahid, Al fatihah (di baca). Salam kasih sayang untuk semua.
Terima kasih sahabat yang mengirimkan aura positif untuk saya. Yang solat hajat untuk saya, yang mendoakan saya dan yang pinjamkan semangat kepada saya. Always call saya bagi semangat dan kirim doa. Saya sayang semua, tak dapat nak tag nama sahabat kerana semuanya sangat baik.
Sumber: Aiza Syafinaz Aiza
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI