Ada yang suka makan lasagna tak? Tapi nak buat macam fikir dua tiga kali sebab macam banyak pula caranya. Kali ini resepi lasagna ini sempoi sangat dan mama boleh buat sendiri je.
Nak buat inti daging atau ayam terpulang. Sebab yang nak makan pun anak dan suami juga. Walaupun nak tukar inti, step buatnya tetap sama ye.
Lasagna daging, cer tgokβ¦meleleh-leleh cheese dia. Nak puas makanβ¦nak sedap..buat lah sendiri. Resepi pandai-pandailah adjust ikut tekak sendiri ya.
Resepi Lasagna Daging
Bahan inti :
ππ» Daging kisar (1paket 400g) kak guna brand Ramly.
ππ» Sos Prego spageti (1 tin)
ππ» Sos cili β kak tambah sebab nak rasa pedas
ππ» Bawang besar (1biji) β cincang
ππ» Bawang putih (5ulas) β cincang
ππ» Serbuk lada itam
ππ» Garam
Cara-cara :
ππ» Tumis bawang besar dengan bawang putih sampai naik bau.
ππ» Masukkan daging kisar. Masak sampai empuk. Boleh masukkan sikit air sampai cepat masak.
ππ» Masukkan sos Prego, sos cili. Kacau.
ππ» Perasakan dengan garam & serbuk lada hitam.
ππ» Siap dan ketepikan.
Cara buat sos putih :
ππ» 5 sudu besar mentega
ππ» 3 sudu tepung gandum
ππ» 500ml susu segar
ππ» 2 keping keju β kak guna Cheesedale
Cara masak :
ππ» Cairkan mentega. Masukkan tepung gandum. Kacau jangan sampai berketul. Guna api perlahan.
ππ» Masukkan susu & cheese. Kacau sebati & cheese cair. Siap. Bila sejuk sos akan pekat.
Lasagna @ roti Gardenia
ππ» Kalau guna lasagna kene celup dengan air panas sekejap. Pastu susun dalam loyang.
ππ» Susun selang seli. Lasagna, inti, sos putih.. Buat berlapis.. Lapisan atas sekali biar sos putih.. Tabur dengan mozarela cheese. Lagi banyak lagi sedap.
ππ» Bakar pada suh u 150βC dlm 30-40 minit @ sampai bahagian atas perang-perang..
Siap untuk dimakan!
# Uwan taburkn sikit serbuk cili atas cheese tu supaya ada rasa-rasa pedas
Kredit resepi: Wahida Zakaria
Dimasak oleh : Uwan Nolly Epin
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)