Bosan dengan hidangan nasi setiap hari, sesekali kita sajikan pula hidangan roti untuk makan tengahari bersama keluarga. Ubah kelainan dengan menu istimewa untuk anak-anak.
Roti yang sarat dengan gandum ditambah dengan sumber protin dari daging dan telur sememangnya membuatkan perut kenyang. Lasagna roti yang dikongsikan oleh Ieda Jahaya ini nampak cukup menyelerakan. Malah hendak membuatnya juga cukup mudah dan pastinya rasanya cukup hebat. Penambahan keju dan telur buat rasa lebih enak. Jom cuba!
Makan ni dulu lunch. Lasagna roti.
Bahan-bahan:
Daging @ ayam kisar
2 biji telur
150ml susu segar
Roti
Keju mozarella
Sos cili
Kiub ayam
Bawang putih
3 biji cili padi
Serbuk lada
Garam dan gula
Daging atau ayam kisar. Masak terlebih dahulu. Hancurkan dulu daging atau ayam dalam satu bekas. Masuk kiub ayam separuh. Gaul, potong bawang besar dadu, cili api 3 bijik. Gaul je sebati. Ketepikan dulu.
Tumis bawang putih hingga sikit garing dan masukkan bahan daging tadi. Kacau sebati. Masukkan sikit serbuk lada. Perasakan sikit dengan garam dan biarkan masak hingga air daging kering. Off je api, ketepikan dulu.
Sapu loyang dengan sikit butter. Panaskan oven 180 C.
Pecahkan 2 biji telur. Masuk fresh Milk 150ml dan kacau sebati. Ambik roti rendam dalam tu sekejap. Angkat dan susun dalam loyang hingga memenuhi ruang loyang.
Kemudian tabur daging atau ayam tadi. Bagi tutup semua roti. Ambik 2 3 sudu sos cili atau pasta. Letak je sikit-sikit atas lapisan tu.
Letak slice cheese sikit dan taburkan mozarella. Lepas tu rendam lagi roti. Ulang macam kat atas tu hingga habis, lebih telur tu tuang ke semua atas lapisan.
Last sekali lapisan atas tu. Tabur mozarella lebih sikit pun tak apa. Letak sikit sos pasta atau sos cili. Tabur daun sup, atau parsley kering. Masuk je dalam oven dan bakar 40 minit.
Ok siap!
Artikel Berkaitan: Roti-dah-nak-expired-jangan-buang-cuba-lasagna-roti-gardenia-ni-resipi-jimat-tapi-sedap/
Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI