“Lasak Sangat, Terbelah Dagu” Ummi Nazeera Mohon Doa Ramai Permudahkan ‘Surgery’ Anak Sekejap Lagi

Share

Pelakon, Ummi Nazeera menerusi hantaranya di laman sosial Instagram memohon doa ramai agar pembedahan anak sulungnya, Ayra Aneesah (3 tahun) hari ini dipermudahkan.

Menurutnya, pembedahan tersebut terpaksa dilakukan kerana dagu anak sulungnya itu terbelah setelah terjatuh ketika bermain.

Tambahnya lagi, anaknya dalam fasa lasak dan tanpa sengaja terjatuh sehingga menyebabkan dagu terbelah dan Ayra dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Semalam main lasak sangat sampai jatuh… dagu terbelah.. So kena jahit this morning..”

Ummi turut memohon doa ramai agar urusan pembedahan anaknya berjalan lancar pagi ini.

“Tolong doakan Ayra Aneesah please.. May Allah make it a successful surgery.. Ameen.. ❤️”

Menurut perkongsian Dr Izzar Anwar pula, dia berasa cukup ralat dengan kejadian yang menimpa anak mereka. Tambahnya lagi, kejadian ini tentu sekali meninggalkan kesan trauma kepada Ayra terutama ketika pemeriksaan luka, pemasangan IV line, supp meds dan sehinggalah menunggu giliran untuk masuk ke wad.

“Sorry Ayra daddy tak jaga Ayra betul-betul sampai terjatuh. Siapa tak sedih anak sakit kena masuk hospital. Dari check luka, kena pasang IV line, supp meds, tunggu nak masuk wad. Semua tu trauma untuk anak-anak kecil sebab mereka tak faham. Dahla tengah sakit. Nanti semua dah ok kita makan ice cream n cake favourite Ayra ye. Mummy nak belanja. Get well soon, anakku. We love you”

Rata-rata rakan selebriti termasuk warga maya mendoakan agar Ayra Aneesah diberikan kesembuhan dan dipermudahkan urusan pembedahan.

Ya Allah.. semoga Ayra lekas sembuh

Alahaiii Ayra.. May Allah SWT make it easy for her surgery

APA YANG PERLU DILAKUKAN JIKA ANAK JATUH?

Jatuh adalah antara kemalangan kanak-kanak di rumah yang paling sering berlaku di Malaysia. Kanak-kanak berumur 1 hingga 4 tahun lebih cenderung untuk cedera akibat jatuh. Mereka lebih berisiko disebabkan oleh tahap perkembangan dan keadaan persekitaran mereka.

Jatuh boleh berlaku dimana-mana sahaja:

Dalam rumah. Contohnya jatuh dari :

  • Perabot
  • Tangga
  • Beranda
  • ‘Baby walker’

Di kawasan luar rumah. Contohnya :

  • Di padang permainan.
  • Semasa menggunakan alat-alat permainan.

Kecederaan akibat jatuh

Akibat jatuh, kanak-kanak akan mengalami pelbagai jenis kecederaan seperti berikut:

  • Tisu lembut – calar, terseliuh, luka dan melecek.
  • Patah – bengkak, sakit dan cacat anggota.
  • Kepala – bengkak kepala, berdarah di telinga, hidung dan mulut, mengantuk, muntah, sawan dan pengsan.
  • Kecederaan organ dalaman.

Kesan serius akibat jatuh

Kecederaan otak yang kekal, menyebabkan tulang patah dan tumbesaran terbantut.
Kecederaan serius boleh menyebabkan kerosakan organ yang kekal atau kematian.

Rawatan

Rawatan yang diperlukan bergantung kepada jenis dan keterukan kecederaan.

  • Jika kanak-kanak tersebut mengalami kecederaan kecil misalnya calar dan terseliuh, tekap kawasan cedera dengan air batu. Berikan anak anda ubat penahan sakit (sirap paracetamol) untuk mengurangkan kesakitan. Rehatkan anggota yang tercedera.
  • Jika anak anda mendapat luka, cuci dengan air, tekap kawasan cedera dengan ibu jari anda beberapa minit untuk memberhentikan darah mengalir dan rehatkan anggota yang tercedera. Balut dengan kain bersih.
  • Jika anda mengesyaki tulang anak anda patah, balutkan dengan selimut, kain yang tebal atau bantal untuk menghalang pergerakkan. Gunakan kain untuk mengampu tulang yang patah dibahagian tangan dan lengan.
  • Periksa kawasan balutan untuk pastikan pergerakan darah yang normal. Jika kulit menjadi sejuk atau berubah warna, longgarkan balutan.
  • Jika anda mengesyaki anak anda cedera serius, sila dapatkan bantuan doktor.

Kredit: Ummi Nazeera, MyHealth Portal

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)


Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!

Jom daftar sekarang, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/

Published by
NuFa