“Terus terang, perasaan kali ini berbeza dan sedikit gementar kerana sudah 11 tahun tidak mengandung. Itu perasaan yang dilalui oleh penyanyi, Syura Badron yang bakal menimang cahaya mata lelaki tak lama lagi.
Menurut Syura, 36, dia juga berasa sedikit gementar menanti kelahiran anak pertama menerusi perkahwinan keduanya itu yang dijangka dilahirkan pada Mac nanti.
“Alhamdulillah, usia kandungan sudah lebih tujuh bulan ketika ini. Kami juga sudah senaraikan beberapa nama yang sesuai untuk anak baru kami ini.
“Cuma perasaan kali ini berbeza dan pastinya saya berasa agak bimbang kerana mengandung pada usia sekarang berbanding ketika usia masih muda dulu.
“Pada masa sama, ada yang beritahu mengandung pada jarak yang jauh ini sakitnya sama seperti ketika melahirkan anak yang pertama dulu,” katanya.
Ads
Suami sangat teruja menanti kelahiran
Syura berkata, suaminya berasa sangat teruja untuk menantikan kelahiran cahaya mata baru itu.
“Bukan kami saja, anak-anak saya juga tidak sabar untuk mendapat adik baru dan tidak sabar menjadi kakak dan abang.
Ads
“Suami juga yang paling teruja buat persiapan untuk sambut kelahiran anak kami ini dan kami juga perlu sediakan semua kelengkapan yang baru untuk anggota baru dalam keluarga ini,” katanya.
Syura dan Muhd Farizat berkahwin pada 22 Januari lalu selepas lima tahun mengenali hati budi masing-masing.
Ini adalah perkahwinan kedua Syura selepas bercerai dengan bekas suami, Mohd Fadhly Md Yassin pada Ogos 2015.
Ads
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nurul Dania Irdani, 15, Nurul Qaisara Sofia, 13, dan Muhammad Irfan Aryan, 11.
Bila hamil memang adakalanya isteri akan mengidam yang pelik-pelik, kadang rasa tak masuk akal tapi itu antara lumrah bila wanita mengandung.
Seperti yang dilaporkan dalam Mstar yang mana seorang wanita yang dikenali sebagai Farhana Zahra, 32 yang mengidam untuk menaiki kereta sorong bayi atau stroller ketika usia kandungan sudah memasuki sembilan bulan.
Seperti yang dilaporkan oleh Mstar, wanita yang mesra disapa Cik Na ini menyatakan bahawa keinginan pelik itu bermula sejak mengandung anak kedua lagi, kira-kira empat tahun yang lalu.
“Dari masa saya mengandung anak kedua dulu lagi saya memang naik stroller. Yang saya pakai sekarang ni stroller yang kedua dah. Saya punya lagi satu masa anak kedua tu masih ada saya simpan dekat rumah.
“Bila orang tengok video tu semua risau takut patah tengok saya duduk dalam stroller tu. Walaupun berat sekarang 64kg, tapi jenama yang saya pakai ini boleh tampung berat saya, tak patah pun,” jelasnya.
Suami Tak Malu, Faham Isteri Mengidam
Menurut Cik Na lagi, permintaan pelik yang jarang-jarang dibuat oleh ibu hamil ini tidak lagi membuatkan suaminya malu dengan dirinya malah lebih memahami keadaaanya.
“Saya suka berjalan dan shopping dekat Pavilion dan KLCC. Tapi bila dah makin besar perut ni, saya makin tak larat dan penat nak bawa diri, jadi saya naik je stroller anak saya tu.
“Anak nombor dua tu masih naik stroller pada usia tiga tahun walaupun dah boleh berjalan tapi bila saya penat, kami akan bertukar. Dia pula berjalan dan bagi saya pula naik stroller dia. Dia tak kisah pun, yang penting baby sihat.
“Suami saya pun okey je tak malu pun tolak saya dalam stroller. Dia pun faham dan dah terbiasa saya suruh tolak dalam stroller ni dekat depan orang ramai.
“Bila berjalan dalam shopping mall pun, orang tak pandang pelik. Mereka faham bila tengok saya yang boyot ni penat bawa baby,” jelas Cik Na.
Pernah guna Wheelchair tapi tak muat kereta
Video Cik Na naik stroller anak yang dikongsi di Tik Tok meraih lebih satu juga tontonan. Menurut Cik Na dia ada juga menerima kecaman netizen, namun tidak mengendahkan segala kata-kata negatif yang yang dibuat untuknya.
“Saya pun bikan sengaja nak naik stroller tu kalau tak ada keperluan, saya Cuma dah tak larat nak berdiri lama tambah lagi bila due awal bulan Mac ni.
“Saya ada ikhtiar nak guna wheelchair tapi kerusi tu makan space besar. Suami saya memandu sport car jadi tak muat nak masukkan dalam kereta kami.
“Ada juga yang cakap memalukan suami saja bila saya buat macam tu padahal suami saya ok saja siap offer lagi suruh saya naik dia nak tolak. Saya tak faham juga kenapa kena malu,” ujar CIk Na lagi.
Cik Na turut berpesan kepada lelaki yang bakal atau sudah berumah tangga supaya melayan isteri dengan baik ketika mengandung.
Tambahnya kalau isteri mengidam pelik-pelik, layankan sahaja kerana isteri sedang mengandung anak suami juga. Banyakkan bersabar dalam melayan hajat ibu hamil yang hanya mahu menghilangkan keinginan ketika hamil.
Buat mama papa yang mahu anak lancar Bahasa Inggeris, jom sertai E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Bersama barisan panel istinewa seperti Dr Azu, Dr Fie serta penampilan istimewa Dato’ Dr Sheikh Muzaphar. E-Workshop ini PERCUMA dan anda berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa baucer barangan bernilai hampir RM1000!. Jom, daftar sekarang di: https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tinggal lagi sebulan bakal melahirkan anak sulungnya, pelakon Raja Ilya dilihat semakin aktif melakukan pelbagai aktiviti. Semuanya demi memastikan proses kelahiran bayi sulungnya itu lancar.
Beberapa perkongsian Raja Ilya di Instagramnya jelas mempamerkan pelbagai aktiviti riadah yang kini menjadi kegemarannya.
Apa yang dilakukan olehnya adalah menunggang skooter elektrik dan beriadah sambil menghirup udara segar.
“Mommy on the wheel. Lagi 1 month dah completely tak boleh nak buat semua activity ni.
“So selagi boleh selagi tu kita buat,” tulisnya berkongsi.
Melalui entri yang sama itu, pelakon yang sering membawakan watak antagonis ini turut memuat naik dua keping gambarnya sambil menikmati permandangan indah.
Sukakan aktiviti luar dan cuaca panas
Pun begitu menerusi entri terdahulu kata Raja Ilya, ketika sarat mengandung dia cukup sukakan matahari dan kerana itulah dia memilih aktiviti luar berbanding dirinya sebelum ini yang begitu sensitif dengan cuaca panas.
“Before habis Autum nak masuk winter and hujan ribut hari hari, better enjoy while it’s last.
“Dulu kalau matahari keluar memang confirm Ilya kat dalam rumah, tapi now days jadi gila matahari pulak.
“Alhamdulillah kulit tak jadi gelap bila sunburn, pelik jugak. Kalau dulu sunburn memang setahun jugak nak recover balik,” ceritanya lagi.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pejam celik, pejam celik dah 22 minggu usia kehamilan pelakon drama bersiri Hati Perempuan, Mia Ahmad. Malah menerusi instagramnya dia turut menunjukkan gambar baby bump miliknya.
Di ruangan komen, peminat teruja melihat ‘baby bump’ Mia yang semakin kelihatan dan ramai yang dah tak sabar nak mengetahui jantina anak sulung Mia dan suaminya, Izham Tarmizi yang juga penjaga gol Johor Darul Takzim (JDT).
Dalam satu video yang dikongsikan Mia, kelihatan babynya sangat aktif dalam perut dan paling kelakar turut menunjukkan musclenya pada mommy dan daddynya. Dari situ ada peminat mula berteka-teki mengenai jantina anak Mia.
Pengikut laman Instagram Mia juga turut mendoakan agar aktres itu sentiasa sihat dan dipermudahkan urusan ketika menjalani proses kehamilan.
Mia atau nama sebenar Shamiha Ahmad Baderi dan Izham mendirikan rumah tangga pada 13 Januari 2017 di Taiping, Perak.
Sebelum ini, Mia Ahmad pernah keguguran pada akhir tahun lalu sebelum disahkan kembali hamil selepas mengumumkannya pada bulan Mac lepas.
Sumber: Instagram Mia Ahmad
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan jalan raya. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.