Mengajar anak minat matematik bukanlah susah. Ada banyak cara santai yang ibu bapa boleh lakukan untuk biasakan anak dengan nombor. Tak perlu susah nak beli bahan pembelajaran sebab jika ibu bapa kreatif boleh guna saja bahan yang ada di rumah.
Contohnya, apabila menaiki tangga, kiralah anak tangga bersama-sama dengan anak. Insyaallah anak anak mudah ingat nombor 1-20. Ataupun semasa bermain blok-blok kayu, kirakan bersama anak anak bilangan blok permainan. Selepas selesai mengira blok, barulah bagi anak anak bermain blok tersebut.
Aplikasi congak matematik
Atau anda boleh minta anak melihat jam dan beritahu kita pukul berapa sekarang. Pada peringkat permulaan, anak-anak mungkin akan menyebut, jarum panjang pada nombor dua, jarum pendek pada nombor sepuluh. Lama-kelamaan anak-anak akan tahu tengok jam dengan sendiri.
Seperti perkongsian Puan Hanis Athirah Rusli, dia menggunakan aplikasi congak matematik untuk sebagai salah satu cara bahan pembelajaran buat anak-anaknya untuk belajar asas kira-kira.
Ads
Aplikasi Congak Matematik Untuk Anak
Bila anak dah faham konsep tambah, saja nak uji minda anak pula. Biasa buat santai-santai dalam kereta ke, dekat rumah je sebut secara rawak je operasi matematik dan mereka jawab. Berebutlah dua beradik jawab lepas tu ada lah drama pulak bila ada yang menang dulu jawab cepat.
Al kisah, kebetulan semalam saja-saja scroll play store terjumpa apps ni. Test main rupanya best jugak sebab boleh uji kecekapan anak mencongak. Kiranya adil kali ni sebab ada timing dan game ni ada ending.
Ads
Jadi anak taklah hadap phone lama-lama kan. Cubalah muat turun, cari je perkataan Go Math.
Kenapa nak malu jadi suri rumah? Anda sepatutnya berbangga kerana jawatan itu sebenarnya mulia dan pengorbanan masa anda pun hebat. Jangan rasa rendah diri dengan wanita lain yang bekerjaya kerana rezeki masing-masing kita tak nampak di kemudian hari.
Walaupun anda bergelar suri rumah jika pandai cari duit, itu pun satu kejayaan buat anda. Seperti yang dikongsikan oleh saudara Akhtar Syamir yang menulis mengenai hubungan kekeluargaan dan suami isteri, jawatan suri rumah ini sebenarnya ada value tersendiri.
Suri rumah orang yang hebat
Ada sahabat saya dalam group telegram kata :
“Saya malu sebenarnya sebab dalam ni ramai orang yang cerdik pandai dan berkerjaya hebat-hebat. Saya hanya suri rumah je”.
Saya balas, “Isteri saya suri rumah. Dia orang yang paling hebat dalam dunia”. Bukan sahaja orang lain sahaja yang perlu tidak memandang rendah kepada suri rumah sepenuh masa, tetapi diri suri rumah itu sendiri.
Jangan rasa rendah diri
Jangan rendahkan diri. Ada beza antara merendah diri dengan merendahkan diri. Suri rumah tidak ada bezanya dengan yang bekerjaya. Apabila si suami membawa pulang rezeki, sebenarnya ada bahagian dari isteri.
Seorang suami yang berjaya dan berkeluarga, pasti ada isteri di belakangnya yang memberi sokongan, inspirasi, bantuan dan kekuatan. Dia yang mengangkat suami ketika jatuh, dia yang meraikan suami bila di atas.
Nak bukti? Ini yang paling senang. Bila suami sakit, siapa orang pertama yang akan cuba sedaya upaya untuk membantu si suami pulih dari kesakitan? Pastinya isteri.
Kalau si suami tidak dijaga, adakah dia boleh meneruskan pekerjaannya dan membawa pulang rezeki? Sudah tentu tidak.
Satu lagi sudut yang selalu orang terlupa. Isteri selalu menggembirakan. Ternyata, suami yang gembira, produktiviti, kreativiti dan segala-galanya akan berada di tahap yang tertinggi. Sebaliknya jika dia tidak gembira, ia akan memberi kesan kepada kualiti kerja dan apa juga yang dilakukannya.
Perenggan-perenggan di atas boleh diguna pakai untuk isteri suri rumah dan bekerjaya sekali.
Tetapi, apabila kita berbicara mengenai tanggungjawab menjaga anak-anak sepenuh masa dan memastikan rumah berada di dalam keadaan yang paling selesa, boleh saya katakan suri rumah sepenuh masa memikul sebahagian besar dari tanggungjawab itu.
Hasilnya, urusan suami sangat dipermudahkan. Jangan memandang ringan kategori memudahkan urusan ini. Kerana ini akan mempengaruhi kesemua benda yang dilakukan suami.
Berbanggalah dengan status SURI RUMAH
Jadi, janganlah merendahkan diri dan menganggap anda sebagai suri rumah tidak hebat. Anda sangat hebat. Sama sahaja dengan isteri yang keluar bekerja. Tanpa anda sebagai isteri, tidak akan wujud satu keluarga yang sempurna.
Berbanggalah kerana anda berani untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Tidak semua orang mampu dan tidak semua orang mahu, tetapi anda dengan ikhlas dan sepenuh hati memikul tanggungjawab yang berat ini.
24/7 berada di rumah, tinggalkan cita-cita dan harapan. Seluruh jiwa raga diserahkan kepada suami. Segala aturan masa depan diamanahkan kepada suami. Ini perkara yang luar biasa sebenarnya.
Apa tugas suami? Selain mencari rezeki halal untuk keluarga, hargailah isteri anda termasuklah suri rumah sepenuh masa ini. Kerana penghargaan dan pujian anda akan diserap penuh kegembiraan umpama mendapat gaji sebulan keluar bekerja.
Semoga penulisan ini dapat membuka mata. Kongsikan jika anda bersetuju.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pernah tak bila kita suruh anak buat sesuatu, jawapannya nantilah dulu, kejap lagi atau buat-buat tak dengar. Sampai satu tahap, ibu atau ayah terpaksa guna ‘suara petir’ baru anak-anak terus bangun untuk ikut arahan.
Situasi ini boleh dikatakan semua ibu bapa akan laluinya. Cuma bagaimana kita nak pastikan bila sekali cakap anak terus dengar dan buat ada caranya.
Perkongsian Puan Uswatun Hasanah ini sangat membantu dan ibu bapa boleh guna pendekatan ini untuk berdepan dengan anak ya!
3 silap BESAR paling biasa ibu bapa bila mahu anak dengar cakap/bekerjasama:
1. Bila ibu bapa AJAK anak untuk buat sesuatu yang dia patut dan perlu buat.
Sebarang ayat AJAK hanya sesuai digunakan dalam situasi di mana anak ada pilihan untuk nak buat atau tak nak buat. BUKAN dalam situasi yang anak patut dan perlu buat.
Bila ibu bapa guna ayat yang bersifat ‘AJAK’, maka anak akan sentiasa ada pilihan untuk tolak. Lepas tu, ibu bapa pula yang naik geram dengan jawapan anak. Misalnya:
Ibu: “Adik, jom mandi..?”
Anak: “Tak nak! “
Gambr Hiasan
2. Bila ibu bapa tanya soalan bersifat ‘open end’ (terbuka).
Misalnya: “ Bila kakak nak mandi ni? Dari tadi tak mandi-mandi lagi..”
Anak: “Kejap lagi laaaa. Kakak tengah main dengan si tompok ni”
Bila 40X ibu bapa ulang tanya soalan open end yang sama, 40x juga anak akan jawab dengan jawapan yang tak ada kesudahan. Bukan salah anak bila ibubapa sendiri yang tanya ‘bila’ kerana perkataan ‘bila’ itu sampaikan mesej bahawa apa-apa saja jawapan anak samada kejap lagi ke, petang nanti ke atau esok pagi ke akan dan patut di terima oleh ibu bapa.
Lepas itu ibu bapa juga yang stress. So NEVER EVER guna soalan bersifat open end kepada anak.
3. Bila ibu bapa ugut, gertak dan marah.
Misalnya: “Abang, pergi mandi sekarang!. Kejap lagi kita semua nak jalan pergi mall. Kalau abang tak mandi, mama tinggal je abang”.
Seriously mak? KITA SEMUA tahu mak TAK AKAN tinggalkan anak kecilnya seorang diri di rumah. Anak pun tahu juga. Maka, tak pelik pun jika puas ugut dan gertak anak tetap liat sampai akhirnya mak kena guna kekerasan seperti jerit macam petir, rampas mainan atau piat telinga barulah anak nak angkat punggung. Kekerasan tanda mak di pihak yang ‘kalah’ dan terdesak.
So, saya berikan 3 skrip alternatif untuk buat anak lebih mudah berkerjasama.
Kredit: USWATUN HASANAH MOHD HABIB KONSULTAN TANGISAN & TIDUR BAYI THB EDU ASSC DBL INSTITUE THE WONDER WEEKS ACADEMY
Adakah anda sedang hamil? Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang kehamilan & kelahiran seperti Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Puteri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.
Anak-anak kecil kita sememangnya pemerhati paling bijak. Mereka melihat, dan menilai apa yang ada di depan mata mereka. Dan mak ayahlah orang yang berada paling dekat untuk dilihat dan dicontohi anak-anak.
Sebagai mak ayah, elakkan beberapa perkara yang rasanya tidak sesuai untuk dipertontonkan pada anak. Malah menurut Penulis Keibubapaan, Wawa Shauqi, mak ayah perlukan sepakat dalam mendidik anak. Barulah anak mengikut acuan yang betul hingga besar kelak.
“Suami isteri kena sepakat. Tak boleh ayah kata gini, mak kata gini. Bila mak ayah tak sepakat, mudah anak-anak nak pergunakan (dominate) kita.”
Ini pesan Dr Shukri Abdullah dalam live waktu saya dijemput bersama hari tu. Bab sepakat ni, saya dan suami pun selalu kalah.
Saya perasan, bila saya kata tak boleh, ayah kata boleh, anak akan cenderung untuk tengok ayah best. Dan mama tak best. Walaupun mama punya peraturan adalah demi kebaikan anak-anak.
Ini bukan soal nak jadi favorite anak. Tapi soal hormat. Anak akan mula hilang hormat pada pasangan kita yang tak menyebelahi diri mereka. Makin susahlah mereka nak ikut peraturan.
Nak capai kata sepakat, sangat tak mudah. Apatah lagi bila kita tak pernah bawa sesuatu isu tu untuk dibincangkan bersama.
Kadang-kadang, bila kita membaca lebih, kita belajar lebih, pasangan pulak tak tau. Tag nama dia kat FB pun, entah baca entah tidak. Jadi, macam mana agaknya dah capai kata sepakat?
Yang utama adalah, ELAK 2 perkara ni :
1️. Jangan bash pasangan. Remember this. Anak akan susah dengar cakap ayah kalau mak tak dengar cakap ayah. Anak akan belajar tak hormat ibu bila ayah tak hormat ibu. Sama juga kes bash ni. Anak akan belajar bash pasangan kita bila kita yang bash pasangan kita dulu.
2. Jangan bergaduh pasal anak depan anak. Nanti anak akan bina tanggapan bahawa. ‘Kalau aku jadi penyebab mak ayah aku gaduh, baik aku tak wujud.’ And the thought built accumulatively. Elakkan buat perkara ni, kemudian baru kita fikir apa langkah terbaik nak capai kata sepakat dengan pasangan.
Satu : SET TIME Set kan satu waktu untuk berbincang dengan pasangan. Saya dapat tips ni dari Tuan Fadzli Aziz masa dengar IKIM. It really works.
Bila kita set masa, mental pasangan lebih bersedia. Berbanding kalau kita terjah tiba-tiba. Cuma, elakkan cakap macam nak mengancam nyawa :
“I nak malam ni pukul 9 kita bincang! Siap you!” (sambil merenung tajam dan lalukan tangan ke leher)
Cuba cakap: “I ada benda exciting nak bincang ngan you ni. Malam ni lepas tidokan anak, i nak cerita!”
Jadi, boleh prepare sekali poin penting atau ilmu yang kita baca, berkait dengan rules yang kita nak tetapkan untuk anak.
Bila setkan waktu juga, akan elak kemungkinan ter-overlap dengan masa yang pasangan kita tak free.
Dua : CONNECT BEFORE CORRECT. Sebelum menegur, buat pasangan rasa difahami dulu. Puji dulu.
“Sayang betul you kat anak. Beli banyak gula-gula untuk diorang. Kalau i dapat bapak macam ni, happynya rasa.” Bila pasangan dah mula berbunga hati, baru masuk gear.
“Tapi kan, i ada baca Dr ni tulis. Kalau banyak sangat bagi makan manis, nanti buah pinggang rosak. Dah banyak kes budak kecik diabetis tau! So i rasa kita kena kurangkan la.”
Tiga : KITA, instead of YOU. Gunakan perkataan ‘kita’. Supaya pasangan tak rasa seperti dituduh. Sebaliknya diminta untuk usahakan peraturan ini bersama. Begitulah.
Nak jadi ibu bapa, kena berperanan seperti coach dan assistant coach. Kalau salah seorang lepas tangan, ahli pasukan akan kecundang.
Kalau coach & assistant tak sehaluan, ahli pasukan pun tak tau nak ikut rules mana. Dan paling penting, coach kena team up dengan assistant. Bukan team up dengan ahli pasukan.
Sepakatlah kita suami dan isteri. Sesungguhnya, sepakat membawa berkat!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tragedi menyayat hati menjelang Syawal, apabila tiga beradik menjadi yatim piatu sekelip mata selepas ibu bapa serta adik bongsu mereka maut dalam kemalangan ngeri...