Melatih anak menjadi orang cemerlang dunia dan akhirat menjadi tanggungjawab ibu dan ayah. Makanya semua ibu ayah kena amalkan tips mendidik anak seperti dikongsi oleh Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki ini.

Anak adalah amanah dari Allah yang dipertanggungjawabkan ke atas setiap ibu ayah. Setiap anak lahirnya bersih dan suci. Anak membesar mengikut cara didikan dan bagaimana ibu ayah mencorakkan mereka.

Tidak ada seorang pun anak yang membesar dengan akhlak terpuji, bijak dan cemerlang tanpa bantuan dan didikan dari ibu bapanya. Maka ibu ayah perlu bijak memilih cara mendidik anak yang terbaik agar mereka tahu apa tujuan hidup mereka sebagai anak, hamba Allah dan khalifah di bumi ini.

Latih Anak Cemerlang Dunia Akhirat, Amalkan 20 Tips Dikongsi Ustazah Isfadiah Ini

  1. Berikan pujian dan sanjungan membawa impak yang besar dalam jiwa anak.

2. Sebutkan hal-hal positif ketika bersama anak walaupun ketika menghadapi situasi negatif.

3. Mengawal emosi marah anak. Rasulullah juga menganjurkan para sahabat agar berwudhu’ untuk mengendalikan emosi kemarahan.

4. Merasai apa yang dirasai anak lebih mudah memahami perasaan anak-anak.

5. Didik anak sentiasa meletakkan pergantungan kepada Allah S.W.T selepas berusaha.

6. Berikan pendidikan agama yang baik kepada anak seawal usia hingga remaja kerana akan menjadi kayu pengukur kepada pembentukan peribadi anak apabila dewasa.

7. Tidak membezakan anak lelaki dan anak perempuan dalam urusan-urusan di dapur, kedua-dua mereka perlu tahu cara memasak, menghidang dan sebagainya.

IKLAN

8. Ajar anak untuk berkebun, menukang, membuat kerja-kerja berat di rumah supaya mereka dapat berdikari.

9. Sediakan persekitaran yang selamat bagi merangsang kemahiran dalam diri mereka dan beri sokongan dan galakan kepada anak.

10. Didik anak untuk solat di awal waktu kerana ini dapat mendisiplinkan anak dalam mengurus masanya sendiri.

11. Wujudkan suasana rumah yang sentiasa ingin menuntut ilmu contohnya membina perpustakaan mini dan sudut bacaan di ruang tamu rumah.

Latih Anak Cemerlang Dunia Akhirat, Amalkan 20 Tips Dikongsi Ustazah Isfadiah Ini

12. Ibu bapa hendaklah menunjukkan minat terhadap al-Quran dengan selalu membacanya di rumah di hadapan anak untuk menghidupkan suasana cintakan al-Quran di rumah.

IKLAN

13. Tanamkan dalam diri anak bahawa malaikat sentiasa ada di kiri dan kanan kita. Allah juga sentiasa mengawasi dan menjaga kita.

14. Ajak dan ajar anak untuk taat dalam kerelaan, bukan taat dalam paksaan.

15. Kenali kekuatan dan kelemahan anak serta bantu mereka menangani kelemahan itu.

16. Latih anak fokus untuk cemerlang di dunia demi bahagia di akhirat.

17. Saat anak sedang bersedih atau ditimpa masalah kita sebagai ibu bapa patut menjadi orang pertama untuk memberi mereka semangat dan kepercayaan pada mereka.

IKLAN

Latih Anak Cemerlang Dunia Akhirat, Amalkan 20 Tips Dikongsi Ustazah Isfadiah Ini

 

18. Jelaskan pada anak jika mahu dihormati orang lain, kita dahulu mesti belajar untuk menghormati orang lain.

19. Ibu bapa perlu mempunyai semangat yang kuat apabila menghadapi ujian supaya menjadi teladan yang baik buat anak.

20. Galakkan anak untuk tidak takut mencuba perkara baru dalam hidupnya yang mampu meningkatkan keberanian asalkan ia berlandaskan syariah Islam.

Semoga perkongsian tips didik anak daripada Ustazah Isfadiah yang terkenal sering berkongsi pelbagai tip keibubapaan Islamik ini boleh membantu semua ibu ayah mendidik anak masing-masing cemerlang dunia dan akhirat. Insya-Allah.

Sumber: Fitrah Guidance & Consultancy

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI