Melatih anak-anak menggunakan tandas sama seperti melatih mereka untuk membaca. Apabila mereka sudah bersedia, mereka akan mempelajarinya.
Dan tiada seorang pun yang daripada kecil sehingga mencapai usia 21 tahun secara semulajadi tahu membaca atau ke tandas.
Kebanyakkan penyebab ‘kegagalan’ dalam melatih anak-anak ke tandas apabila terlalu awal didedahkan. Menyuruh anak-anak berdikari ke tandas sebelum mencapai usia 2 tahun adalah tindakan yang tidak wajar. Malah akan terdedah kepada kecedaraan.
Kerisauan para ibu bapa pada keupayaan anak mereka untuk berdikari ke tandas apabila mereka perlu di hantar ke tadika ataupun prasekolah yang mensyaratkan agar setiap murid ‘bebas’ daripada pampers.
Cara mengatasinya
IKLAN
Kebanyakkan kanak-kanak berasa tidak selamat apabila duduk di atas tandas orang dewasa. Jadi penggunaan ‘potty-chair’ sangat membantu mereka.
Jadikan penggunaan ‘potty chair’ sebagai salah satu tingkah laku baharu mereka. Berikan mereka galakkan serta pujian setiap kali mereka belajar menggunakannya. Berjaya atau tidak itu belakang kira.
Sekiranya anak-anak yang masih tidak petah bercakap untuk memberitahu mereka ingin ke tandas, ajari mereka menggunakan bahasa tubuh. Misalannya, ‘tutup hidung’ dengan ekspresi wajah menjengkelkan apabila berbau busuk boleh membantu.
IKLAN
Dengan ini, isyarat pergerakan tubuh si ibu atau penjaga dapat membantu menghantar mesej kepada anak-anak ‘masa’ untuk ke tandas sudah sampai !
Bertenanglah…
Anak kedua selalunya lebih mudah diajar menggunakan tandas daripada anak sulung kerana mereka mempunyai ‘role-model’ atau contoh untuk ditiru. Kebanyakkan ibubapa juga lebih bertenang tentang isu ini pada anak kedua dan seterusnya.
IKLAN
Dorongan dan Galakan
“Oh tak mengapa sayang, lain kali lari laju sikit ya”, apabila mereka ‘gagal’ dalam misi membiasakan diri ke tandas. Lama-kelamaan mereka akan semakin efektif menggunakannya.
Jadi ibubapa perlu sabar dan ceria selalu dalam menangani masalah ini. Jadikan waktu ke tandas antara momen gembira anak-anak anda. Masa akan mematangkan mereka.
Ramai mama yang mengadu anak-anak suka menendang dan memukul-mukul bila kehendak mereka tidak ditunaikan.
Melalui pengalaman dan perkongsian Pakar Kekeluargaan, Keibubapaan Dan Kasih Sayang, Dr Rozieta Shaary atau dikenali Ibu Rose beliau sendiri pernah nampak semasa makan di kedai mamak satu adegan, anak yang berusia lebih kurang 4 tahun rasanya, menjerit-jerit memarahi seorang lelaki, Ibu kira bapanya agaknya. Mungkinlah kerana kehendaknya tidak ditunaikan.
Ibu hendak berkongsi cara bagaimana hendak menangani situasi begini. Sebab ramai yang keliru. Kejap ada yang kata sebat jer. Kejap ada yang kata sabar dan berlemah lembut. Jadi yang mana satu.
Ok fahami dulu peringkat umur anak-anak supaya ibu bapa tahu bila berdepan dengan anak yang buat perangai macam ni.
1 tahun ======
Ini tak ada kaitan dengan akhlak atau pandai atau tidak pandainya sayang mengajar dia. Anak ini tidak faham pun perbuatan itu salah. Oleh itu jika hendak memberi dia faham DAN TIDAK MENINGGALKAN KESAN BURUK, anda buat begini…ambil kakinya, dan sebut…kaki ni Allah jadikan untuk berjalan. Kalau dia menangis hendak barang…maka alihkan minatnya kepada benda lain dan bagi dia terpikat.
2 Tahun
======
Ini tahap paling suka mengamuk, menendang, berguling dan segala yang sewaktu dengannya.
Jika menendang, pegang kakinya. Tengok matanya lembut dan cakap…sayang kaki ni bukan untuk menendang mama. sakit mama. Pendek jer penerangan anda. Tapi ulang dalam berbagai nada dan suara dan cara. Tak perlulah menengking. Dia masih blur lagi pasal dunia ni. Jika anda banyak sangat menengking, tak pasal jer jadi stress dan darah tinggi melambung.
Kalau hendak barang atau menangis, alihkan minatnya, ajaklah geletek ke…dan bawa tanpa dia tersedar ke tempat lain. Tektik sembunyi dan jauhi benda yang dia mahu itu dari dia nampak. Bila dia tak nampak, dia tak ingat pun. Apatah lagi jika apa yang puan buat dengannya lagi menarik.
3- 4 – Tahun
========
Menendang – Kakinya dipegang lagi kemas. Dan tunjukkan dan nyatakan anda sakit. Anak pada usia ini sudah memahami perasaan orang, sikit-siktlah. Tunjuk sedih, tunjuk lebam, atau kesan gigi…beri dia rasa sikit sekadar untuk dia rasa sikit. Atau ingatkan macam ni..”Ingat tak sayang jatuh hari tu…sakit kan…macam tulah mama sakit bila sayang pukul. Heart mama pun sakit…bila heart mama sakit mama sedih…bila mama sedih, mama rasa sayang tak sayang mama…muka sedih..
Bertanyalah apa yang dia mahu. Jika tidak boleh memberi, negotiate ler. Dan kompromilah Carilah jalan yang dua-dua akan lebih happy.
Berikan garis panduan akhlak baik. Cerita, beritahu dengan baik tanpa bersyarahlah, apa itu akhlak terpuji.
Anak sudah boleh diajar self-control.
5-6-7 Tahun
=======
Menendang – Sekarang ini memang sudah perlu diterangkan dengan jelas. Jika buat juga, diberi hukuman yang berpatutan. Di sini perlu sangat tegas dan tidak ada kompromi. Kerana pada usia ini, anak sudah faham menendang orang lain itu adalah perbuatan yang tidak baik apa tah lagi ibu bapa. Anak sudah boleh faham lebih mengenai apa itu akhlak baik dan apa yang buruk.
Hukuman bila melakukan perbuatan yang tidak baik itu mesti dijelaskan dan jika masih melakukan setelah diberi dua kali amaran, maka hukuman itu MESTI dijalankan. Kalau hukuman itu ikat kaki dan tidak boleh bergerak untuk 2 jam…dan sudah dinyatakan dan dipersetujui, maka lakukanlah dengan tenang, tegas dan penuh perasaan bertanggung-jawab. JANGAN RASA BERSALAH!
7 -10 Tahun
========
Anak sudah mumayiz. Jika masih menendang emak bapak dan menjerit-jerit mengamuk…ini dah mula menjadi karekter. Perengus! Maka tengoklah diri dan sekeliling, siapalah yang menjadi contoh teladan yang ‘baik’ itu. Jauhkanlah dari orang itu. Jika orang itu adalah anda sendiri, maka ambillah tindakan untuk berubah sebab sekarang sudah sampai ke simpang jalan. Ke kanan atau ke kiri.
10 ke atas
=======
Ini bukan masalah akhlak jer. Ini puncanya adalah masalah dalaman diri anak. Ini adalah masalah pertalian dan perhubungan.
15 tahun ke atas
============
Anda tak mahu sampai di sini…kerana sekali dia sepak terajang…anda boleh terpelanting! Ini sudah menjadi karekter pekat dan tebal. Hati dah keras macam besi hitam. Dan dia bangga dengan karekter ini.
Ambillah peduli sejak kecil. Dan ibu bapa janganlah sepak terajang sesama sendiri ikut suka hati depan atau di belakang anak-anak. Kerana ianya akan menjadi arahan terpendam di dalam diri anak-anak itu. Satu hari nanti dia akan keluar. Masa itu hendak menangis pun sudah tidak cukup airmata. Nanti jadi buta macam Kasim Selamat!
Serius-serius juga, gurau-gurau juga. Namun, Ibu berharap, sayang mendapat sesuatu yang bermanfaat.
Perasan tak bila kita buka tv anak kecil cepat je pergi berdiri depan tu. Bila dilarang terus ke belakang tapi lepas tu mula lah ke depan sampai menghalang orang yang ada dibelakang.
Sebenarnya ada sebab disebalik tabiat anak ini menurut Pakar Psikologi, Dr Rozanizam Zakaria yang dikongsikan petuaibu.com
“Ha, masuklah dalam tv tu!” ayat wajib mak ayah. Ibubapa yang mana pula tak pernah naik angin sebab anaknya ‘block’ view mereka.
Mungkin ramai yang terkejut kalau saya katakan bahawa perilaku tersebut sebenarnya menunjukkan anak anda ‘normal’ secara psikologi. Anda patut bersyukur dan bukannya mengamuk.
Apa yang ramai tidak tahu ialah, sebenarnya perilaku tersebut ialah sebahagian daripada fenomena dipanggil ‘EGOCENTRISM’ menurut Piaget Cognitive Model.
Menurut Piaget (1896-1980), kanak-kanak memahami dunia sekeliling mengikut fasa-fasa yang bertahap. Pada usia kanak-kanak 2 hingga 7 tahun, fasa ini dipanggil PREOPERATIONAL.anak berdiri tengok TV, anak menonton TV, anak tengok TV lama, sebab anak tengok TV berdiri, jangan tengok TV lama
Egocentrism merupakan salah satu komponen pada fasa ini, dimana kanak-kanak merasakan mereka adalah ‘centre of the universe’.
Pandangan mereka terhad kepada pandangan peribadi dan tidak boleh modify pandangan tersebut berdasarkan pandangan orang lain. Hitam kata dia, hitamlah. Tak kira kita explain macam mana yang itu sebenarnya kelabu.
Pada pandangan kanak-kanak, ‘kalau saya nampak, orang lain mesti nampak juga!’ (Sebab tu saya duduk depan tv, saya mana tau saya block view mak ngan ayah!)
Egocentrism tidak sama dengan sifat ‘selfish’, ia hanya antara fasa pembentukan ‘personal view’. Ada banyak lagi fasa yang mereka lalui sebelum kognitif mereka matang sebelum dewasa.
‘Kalau biar, rabun mata nanti doktor..’
Posting ini bukan bermakna kita tidak boleh menegur. Cuma saya ambil specifically contoh anak berdiri di hadapan tv ini untuk membawa ibu bapa memahami bahawa ada perilaku anak-anak ialah petanda perkembangan emosi dan kognitif mereka.
Beza melihat anak berbuat sesuatu kerana ‘nakal’ dan berbuat sesuatu kerana sifat ‘semulajadi kanak-kanak’yang menjadi sebahagian dari perkembangan usia mereka.
Oleh itu, jangan sebarangan mengkritik, menghentam dan memarahi anak-anak. Tindakan kita dalam mendisiplinkan anak-anak MESTI sejajar dengan tahap perkembangan mereka.
Ini yang kita selalu silap. Terutama kalau ada anak lebih dari 2,3 orang. Kita hentam sama rata yang umur 3 tahun kena marah sebab yang sama dengan apa yang umur 7 tahun buat. Padahal tahap kematangan emosi, kognitif dan sosial mereka tidak sama.anak berdiri tengok TV, anak menonton TV, anak tengok TV lama, sebab anak tengok TV berdiri, jangan tengok TV lama
SEBAB ITULAH, Rasulullah menggariskan tarbiyyah anak-anak berdasarkan tahap umur. Umur 7 tahun suruh solat, 10 tahun baru rotan (Hadis Hasan, Riwayat Abu Daud). Begitu juga dalam hal mengasingkan tidur dan sebagainya.
Ada fasanya yang perlu difahami oleh ibu bapa. Banyak lagi perilaku anak-anak yang sebenarnya hanya mencerminkan tahap perkembangan mereka dan bukannya petanda ‘nakal’.
Sumber: Dr Rozanizam Zakaria
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penceraian bukan makna anak-anak terabai. Apa yang dilakukan oleh Abby dan Norman ini sungguh menginspirasikan, berjaya didik anak menjadi Al-Hafiz.
Bagaimana Abby dan Norman menguruskan anak-anak mereka walau pun masing-masing sudah mendirikan rumah tangga dengan pasangan dan memiliki anak-anak ini membuktikan penceraian bukanlah penamatnya masa depan yang cerah buat anak-anak.
Abby memuatnaik gambar konvokesyen anak sulungnya, Mohamed Danish Hakim di Majlis Konvokesyen Huffaz ke 2 Peringkat Negeri Selangor. Turut hadir ialah bekas suaminya, Norman Hakim yang turut meraikan kejayaan Danish.
abby_abadi112 Pagi di Majlis Konvokesyen Huffaz ke 2 Peringkat Negeri Selangor (28/10/18) 19 safar 1440h ❤️ . Mohamed Danish Hakim Al Hafiz & Sahabat2nya yg telah berjaya menghafal ALQURAN diraikan lagi hari ni. Peringkat Negeri Selangor pula. Alhamdullillah. Murah rezeki anak2 ni. 3kali dah diraikan termasuk kali ni. Syukur. Terima Kasih ALLAH utk segala nikmat & rezeki yg telah dikurnia ? . Mama & Papa je wakil utk hari ni. Abah hantar je tadi, pastu gi betulkan kereta. Mummy tak dpt bersama juga sbb adik3 takde siapa yg jaga. . Apa yg penting kerjasama hehe.
Kejayaan Danish menjadi Al-Hafiz menginspirasikan netizen. Kejayaan Danish ini adalah bukti kerjasama Abby dan suami serta Norman & Memey yang sama-sama bertolak ansur, bekerjasama dan berganding bahu dalam menjaga dan mendidik anak-anak mereka. Walau pun penceraian terjadi, hubungan yang baik dikekalkan dan membawa kemanisan diakhirnya.
Anak aktif dan hyperaktif pun selalu disalah anggap. Memang ada perbezaan ketara kedua-duanya. Apakah perbezaannya? Ikuti rencangan TV Pa&Ma 30 Oktober 2018, jam 12 tengah hari dan ulangannya 9 malam di Astro Prima & Astro Maya HD.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!