Jika sebelum ini Zahiril Adzim meluahkan rasa bangga melihat anak kesayangannya yang memberanikan diri menyertai pertandingan Beyblade, ibu kepada Nadi Anaqi, Shera Aiyob juga tidak terkecuali berkongsi rasa yang sama di instagramnya.
Paling membanggakan rupanya Anaqi berlawan dengan para peserta yang lebih berusia daripadanya. Namun ini semua bukan satu halangan untuk Anaqi merasa gentar dan merangkul tempat ke 11 daripada jumlah peserta seramai 96 orang. Cayalah Anaqi. Bukan calang-calang.
Semangat dan keberanian inilah yang sepatutnya dicontohi oleh anak-anak lain seusianya.
Perkongsian Shera di instagramnya turut dihujani dengan ucapan tahniah daripada pengikutnya. Hebat aura anak bujang pasangan ini.
Ads
Budak bertuah hari ni. Lepas Anaqi habis training pagi tadi, Mommy bawa dia pergi breakfast. Tengah sedap dia layan roti telur, Omie Anaqi call ajak pergi tengok mini petting zoo dan segala bagai benda di Agrofest.
Tengah jalan-jalan, nampak pula beylade battle kat situ. Macam eyh seriouslah kat Agrofest ada beyblade battle ni. Haha! Mommy mula-mula macam nak cuba elak Anaqi nampak. Tapi Mommy teringat dulu dia selalu sebut nak masuk beyblade battle ni.
Ads
So Mommy gigih register nama dia and belikan beyblade yang ada jual kat situ. Sebab tak tahu awal kan, so Anaqi memang tak bawalah beyblade dia sendiri.
Setelah beberapa pusingan dan hanya menggunakan beyblade berharga RM15 yang baru beli tadi, Anaqi berjaya dapat tempat ke-11 daripada 96 orang yang bertanding. Yang battle dengan dia tadi semua level abang-abang. Dia je yang macam tiba-tiba ada pula terselit budak bawah 7 tahun ni. Haha!
Ads
Tujuan asal bawa Anaqi pergi Agrofest nak tengok arnab bagai, sekali masuk beyblade battle and dapat bawa balik hadiah pula. Jimat duit Mommy, tiga bulan jangan minta beyblade baru eh!
Dan rasanya yang terlebih excited tadi Mommy, Auntie Iinn, Omie and Tok Ayah je. Anaqi muka takda perasaan. Kalau menang tempat pertama agaknya kitorang yang beria naik stage, bukan Anaqi. Heh.
Walaupun menduduki tangga ke 11 namun satu pencapaian yang cukup memberangsangkan untuk anak kecil seusianya. Semoga Anaqi terus suksess dan berjaya dalam pelajaran.
Anak sulung selalunya menggalas tanggungjawab yang besar. Ini kerana mereka merupakan anak yang pertama di dalam keluarga. Namun, ibu bapa kadang-kadang terlepas pandang pengorbanan anak sulung ini.
Jadi, ambil masa fikirkan apa yang mereka sudah lakukan untuk anda dan keluarga dan ucaplah sekurang-kurangnya ‘terima kasih’ atas bantuan dan pengorbanan mereka itu.
Begitu juga contoh pada adik-adik, anak sulung akan jadi ikutan pada adik dibawahnya tak kiralah buat apa sekalipun.
Seperti yang dikongsikan oleh Mohd Fhais yang suka boleh dijadikan panduan untuk membesarkan anak-anak.
Apa Rania (kakak) buat Aisy (adik) mesti nak tiru. Walaupun ada terdetik dalam hati takut aisy jadi pondan sebab pengaruh kakak tapi sebenarnya ini berita baik.
Aisy boleh belajar hormati kakak. Jika sekarang aisy boleh hormat kakak insyaallah bila dah besar nanti dia tahu hormat wanita.
Kakak role model pada adik !
Masa rania lahir dia memang tak ada pengaruh lain selain mak ayah. Jadi role model rania hanya ada mak dan ayah.
Tapi berbeza dengan aisy. Bukan sahaja mak dan ayah, malah rania juga jadi role model. Bahkan rania sebenarnya role model no-1 aisy.
Buktinya bila,
Adik lebih mudah dengar cakap kakak.
Adik lebih suka bermain dengan kakak.
Adik lebih cepat tiru apa kakak buat.
Adik lebih girang nampak kakak.
Semuanya lebih baik bila dengan kakak.
Tak tahu nak terangkan tapi mungkin kerana jarak umur yang dekat atau sama-sama masih ada otak kebudak budakan maka keserasian mereka lebih terserlah.
Jadi nak tak nak saya terpaksa didik aisy rizqi dengan cara mendidik annur rania.
Bila nampak aisy menendang rania saya ambil aisy dan pesan pada rania, tak boleh bagi aisy tendang rania.
Bila nampak aisy berebut mainan dengan rania saya akan ambil aisy dan pesan pada rania, tak boleh berebut kena main sama-sama.
Bila nampak aisy main mekap rania saya akan pesan pada rania, adik boy tak boleh main mekap.
Begitulah. Nak pesan pada aisy bukan dia faham jadi saya pesan pada rania.
Supaya rania sendiri boleh cakap pada adik dia pesan yang sama bila perkara yang sama berlaku lagi.
Didik kakak sebaiknya, maka adik pun akan terdidik sekali. Mudah mudahan.
Kadang kita lupa. Anak sulung sebenarnya ada pengaruh yang sangat besar pada adik-adik. Yang akan menjaga bonding adik beradik ialah anak sulung, bukan mak ayah.
Jadi kalau nak bonding anak-anak kita kuat dan tak berpecah didik la anak sulung supaya sayang kat adik adik dia.
Wallahu A’lam,
Sumber: Mohd Fhais
Siapa anak sulung dia mesti faham
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila bercakap bab perancangan kelahiran anak semua akan fokus pada kaum wanita. Hakikatnya para suami pun boleh juga merancang kelahiran anak tapi kena ada ilmu dan info yang betul.
Tempoh mengandung isteri selama 9 bulan seharusnya melibatkan suami dalam bab perancangan menyambut kehadiran orang baru. Tiada lagi tipikal situasi hanya isteri sahaja yang sibuk buat persiapan sedangkan sumai buat ‘dekk’ je.
Pesanan ‘mesra’ untuk para suami yang ditulis oleh Dr Ahmad Firdausyang juga seorang bapa wajar dijadikan sebagai panduan berguna untuk suami merancang kelahiran anak.
BIRTH PLAN untuk suami.
Saya seorang lelaki. Saya tiada rahim.
Layakkah saya untuk membuat birth plan atau perancangan untuk kelahiran?
Mesti la boleh.
Bak kata orang England, it takes two to Tango. Isteri takkan tiba – tiba mengandung secara ajaib kan? Mesti ada pasangan hatinya.
Jadi, apa yang harus saya rancang?
Sebagai seorang suami yang mencintai isteri, buat keputusan bersama. Ada 38 hingga 40 minggu untuk anda bersedia dengan rancangan anda.
1. Temujanji
Bukan temujanji ‘dating’, tetapi temujanji berjumpa doktor. Buat keputusan bersama. Nak ke Klinik Kesihatan Awam atau ke Klinik Pakar Swasta. Dua – dua ada kebaikannya tersendiri.
Kalau nak dapatkan temujanji yang lebih flexible, boleh ke klinik swasta. Boleh buat temujanji pada hari Sabtu. Kalau tunggu lama sangat, nanti ada petugas yang tuangkan air coklat panas dan biskut. Tapi kena bayar lebih sikit la. Segala kos ujian darah dan pengimejan (ultrasound) perlu ditanggung sendiri.
Di klinik kesihatan awam pula, faham – faham lah. Pesakit ramai. Masa menunggu pun lama. Jangan harap lah nak ada petugas tuangkan air milo. Bayaran pula berapa? Percuma sahja. ‘Bayaran’ tersebut termasuk kos rawatan, ujian dan konsultasi.
2. Simpan duit
Ada 40 minggu untuk rancang kewangan. Ada 8 hingga 9 kali terima gaji sebelum diketemukan dengan seorang cahaya mata. Kena rancang betul – betul kan? Kebanyakan skim takaful yang sedia ada tidak menyediakan pelan perlindungan untuk wanita mengandung. Segala tanggungan adalah dari wang sendiri. Untuk apa simpan duit?
i. Bayaran bersalin di hospital swasta.
Jika nak bilik cantik, layanan mesra jururawat 24 jam tanpa masam muka dan pilihan doktor wanita sepenuh masa, apa salah pilih untuk bersalin di hospital swasta kan? Sediakan sahaja wang secukupnya. Dalam RM 5000 hingga RM 10,000 kena ada dalam poket.
Ingat. Ini untuk isteri dan bakal cahaya mata tercinta tau. Jangan la pula beli supplemen ‘badan kuat’ dan ekzos kereta sampai beribu riban boleh mampu, tapi untuk hal keluarga jadi tak mampu pula.
ii. Peralatan untuk susu bayi.
Botol susu, breast pump, food warmer dan bottle sterilizer. Empat benda ni sangat digalakkan untuk dibeli. Kalau beli jenis yang elok, boleh digunakan berkali – kali. Jangan lokek duit. Barang – barang ni (kecuali botol susu) boleh digunakan sampai anak ke empat.
iii. Cuti Menyusu.
Adalah menjadi impian setiap ibu mengandung untuk memberi susu ibu sepenuhnya untuk bayi mereka. Seeloknya sehingga 6 bulan (exclusive breastfeeding). Tetapi akibat komitmen kerja, ramai yang terpaksa meneruskan tugas sejurus selesai cuti bersalin.
Galakkan isteri anda untuk mengambil cuti menyusu (breast feeding leave). Walaubagaimanapun, cuti menyusu ini adalah TANPA gaji. Jadi, sediakan wang secukupnya supaya pendapatan keluarga tidak terjejas selama tempoh cuti menyusu tersebut. Simpan dahulu wang sebelum mengambil cuti menyusu.
iv. Bahan bacaan
Sediakan sedikit wang untuk membeli bahan bacaan seperti himpunan doa untuk ibu mengandung dan cara – cara mendidik anak – anak. Jangan pula menghabiskan duit beli buku perihal kesihatan, tetapi sumber rujukan penulis hanyalah blog penulis sendiri. Zaman sekarang banyak juga buku merepek yang dijual hanya untuk menjana keuntungan.
3. Cuti Rehat
Sepanjang tempoh mengandung, macam – macam perkara boleh berlaku. Pendarahan, bersalin awal, muntah dan loya yang teruk (hyperemesis gravidarum) dan sebagainya. Takkan nak biarkan isteri harungi seorang diri. Kena la tunjuk romantis dan jaga kekasih hati betul – betul. Bukan senang nak harungi 9 bulan mengandung. Sekurang – kurangnya, berikan sokongan moral.
Simpan cuti tahunan secukupnya. Boleh rancang awal – awal kan? Jangan pula datang ke klinik minta MC bohong pula. Nanti apabila anak besar, dia terikut – ikut pula dengan budaya minta MC tipu.
Jika diberi peluang, cari hospital yang mesra suami. Kebanyakan hospital awam ada menawarkan bilik bersalin yang mesra suami. Pegang tangan isteri. Usap rambut isteri. Jangan risau, berada di sisi isteri ketika bersalin tidak akan melembapkan daya pemikiran.
Sebaliknya, ia akan membuka mata si suami tentang betapa cantiknya suatu proses kelahiran. Lihat sendiri pengorbanan seorang isteri untuk melahirkan zuriat yang akan mendoakan kesejahteraan ibu bapanya. Kenang kembali pengorbanan ibu kita melahirkan kita. Ketika itu, doakan sekali kesejahteraan ibu bapa kita yang masih hidup atau telah pergi.
5. Doa, doa, doa
Doakan keselamatan isteri mengharungi segala dugaan ketika mengandung.
Doakan bertemu doktor dan misi yang baik ketika bersalin.
Doakan ditemukan dengan doktor wanita.
Doakan aurat isteri sentiasa dipelihara ketika bersalin nanti.
Doakan keselamatan dan kesihatan isteri dan bakal zuriat.
6. Post – partum (selepas bersalin).
Pelan anda tidak berakhir setelah isteri selesai bersalin. Tempoh post partum atau ‘pantang’ juga penting. Belajar cara menjaga bayi bersama. Belajar cara menukar lampin, memandikan anak dan memanaskan susu.
‘Bonding’ bukan sahaja untuk si ibu. Bapa pun perlu ada ‘bonding’ dengan anak. Baru ada kasih sayang utuh dalam keluarga.
Ketika ‘pantang’ ini juga, pantau pengambilan makanan isteri. Ketika ini, ramai ‘scammers’ yang akan datang promosi benda – benda pelik. Produk ketat la, produk susu la, produk ramping la, supplemen la. Jaga – jaga dengan ‘scammers’ ni. Dapatkan bantuan dan rujukan kesihatan dari mereka yang pakar.
Boleh buat kan?
Yang penting ada perancangan.
Dr Ahmad Firdaus Bin Mohd Haris (Pengerusi dan Pengasas Medical Mythbusters Malaysia)
Benarlah kata orang sukarnya menjaga anak perempuan berbanding anak lelaki. Sukarnya kerana terpaksa melebihkan bekalan jiwa buat anak kecil kita yang masih tak mengerti apa-apa. Biarpun satu-satu perkara nampak remeh, tapi buat anak perempuan kita, semuanya nampak besar. Jadi kena hati-hati.
Sekecil-kecil perkara seperti mandi pun kena ajarlah cara yang betul supaya jadi benteng buat anak kita. Dr Taufiq Razif berkongsi kisah dan tip buat ibu bapa yang punya anak perempuan.
Maryam jangan mandi dengan sepupu lelaki tau!
Ni lah pesanan saya tiap kali anak saya, si Maryam Soolihah ni nak balik kampung atuk dan neneknya.
Bukan sebab saya tak percayakan anak buah dan sepupu sepapat sendiri tetapi sebagai langkah pencegahan ( precautions ) dan untuk tanamkan RASA MALU dalam diri anak perempuan saya tu.
Anak perempuan ni tak macam anak laki sikit. Jiwanya lembut. Dipuji, dirayu sikit je dia boleh tewas. Jadi kita sebagai mak ayah ni la kena ajar anak kita bina PENDINDING DIRI!
Selain doa, pendinding diri paling ampuh pada anak perempuan adalah :
Rasa malu
Anak yang tebal rasa malunya akan menjauhkan diri bila ada yang ajak buat benda benda pelik dan tak senonoh. Fitrah malu tu sendiri dah ada dalam diri anak kita cuma kita la kena berjaga jaga jangan sampai rasa malu & harga diri tu hilang daripada anak anak kita
Biar pun Maryam masih kecil dan auratnya pun tak wajib ditutup tapi kalau dia tergedik gedik keluar bilik air tanpa pakai tuala dekat kampung memang saya jerit lah ” Maryam! Malulah kalau sepupu laki nampak!!! ”
Tolak Permintaan dan “say NO”
Anak perempuan biasanya paling mudah makan pujuk rayu orang. Jadi saya kena ajar kalau ada orang lain nak pegang tempat sulit anak perempuan saya ataupun buat benda benda yang dia tak suka cakap je” NO! TAK BOLEH! ”
Saya ajar je anak saya beradab dan hormat orang tapi kalau melibatkan maruah, nak tendang ke nak gigit ke dipersilakan! Ajar juga anak kecil kita menjerit ye. Jangan main main, jeritan anak kecil boleh menyelamatkan nyawa dan maruahnya tau!
Jangan Berhenti Mengadu
Ni la kenapa, walau apa pun terjadi saya akan jaga TRUST si Maryam tu pada saya. Dengan TRUST la anak akan jadi tak kekok nak mengadu kat saya.
Bila si Maryam Soolih ni mengadu, saya kena fokus mendengar dan bagi respon yang cepat dengan aduannya walau sesibuk apa pun saya. Saya kena jadi BEST LISTENER pada anak saya walau sesibuk apa pun saya!
Kenapa? Sebab saya taknak anak saya berhenti mengadu kat saya. Memang la agak annoying bila semua benda dia nak mengadu kat kita tapi tanpa sedar tu la sebenarnya tanda anak kita masih PERCAYAKAN kita!
InsyaAllah bila semua pendinding diri ni ada pada anak kita, anak kita akan selamat. Ajar la pasangan kita tentang benda ni juga ye untuk keselamatan anak anak kita semua.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.