Anak-anak mana yang tidak sukakan aiskrim. Sebut saja hendak belanja aiskrim, anak-anak merompat keriangan. Namun kita sebagai ibu bapa perlulah mengawal pengambilan yang berlebihan. Kandungan gula yang tinggi buat ia tidak sihat diambil dengan kerap. Sesekali di hujung minggu tidak mengapa. Nak lebih sihat lagi, apa kata mama sediakan sendiri aiskrim homemade di rumah.

Resipi Fruit Yogurt Popsicle yang disediakan oleh Puan Safwah Abd Sani ini berganda sihatnya. Maklumlah ada campuran yogurt full cream dan juga susu full cream yang sihat buat anak-anak kita. Lagi best sebab tak ada gula sebaliknya digantikan dengan rasa manis daripada buah-buahan. Jadi jom cuba. Buat sama-sama dengan anak-anak di rumah.

Layan Anak-Anak Makan Aiskrim Homemade, Hujung Minggu Boleh Sediakan Fruit Yogurt Popsicle Terangkat Ni!

Yogurt boleh diperkenalkan kepada baby seawal usia baby 8 bulan ke atas. Sebaiknya natural yogurt yang full cream, bukan low fat.

Susu full cream atau fresh milk pula, jika baby berusia bawah 1 tahun kena panaskan/masak dulu susu tu ye. Resepi ni untuk baby seawal 1 tahun ke atas. Bawah 1 tahun, tak perlu bagi susu fresh milk atau full cream. Blend buah dengan yogurt pun sudah cukup. Atau boleh campur sedikit air masak.

IKLAN
Layan Anak-Anak Makan Aiskrim Homemade, Hujung Minggu Boleh Sediakan Fruit Yogurt Popsicle Terangkat Ni!
Bahan-bahannya.

Fruit Yogurt Popsicle

Bahan-bahan:
2 sudu besar natural yogurt
1 cawan susu (full cream/fresh milk/ebm/fm)
Pisang (boleh gantikan dengan kurma)
Buah pilihan (dekat rumah ada buah naga)

Caranya:

IKLAN

Layan Anak-Anak Makan Aiskrim Homemade, Hujung Minggu Boleh Sediakan Fruit Yogurt Popsicle Terangkat Ni!
1. Potong cube buah naga. Blend kesemua bahan lain kecuali buah naga.

Layan Anak-Anak Makan Aiskrim Homemade, Hujung Minggu Boleh Sediakan Fruit Yogurt Popsicle Terangkat Ni!
2. Masukkan dalam bekas aiskrim.

IKLAN

Layan Anak-Anak Makan Aiskrim Homemade, Hujung Minggu Boleh Sediakan Fruit Yogurt Popsicle Terangkat Ni!
3. Tunggu semalaman, esok boleh makan.

Bagus ke bagi yogurt pada anak?

Bagus. Sebab yogurt ada probiotic, yang mana probiotic ni sangat penting untuk kesihatan usus. Bila usus sihat, nutrient lain pun mudah diserap. Usus yang sihat membantu meningkatkan immune system badan anak.

Berapa banyak anak boleh makan yogurt?
2 – 3 sudu sehari sudah memadai, lagi bagus kalau dibagi setiap hari.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI