Baik anak lelaki mahupun perempuan semuanya perlu dilayan sama rata. Jika anak perempuan diajar mengemas rumah, anak lelaki perlu diajar lebih lagi supaya terbiasa dengan tanggungjawab ini.
Bukan dibiarkan layan macam raja. Ini yang mak ayah perlu tahu dan cuba didik pada anak-anak lelaki. Biar mereka tahu tanggungjawab mereka kelak.
Ikuti perkongsian dari Dr Redza Zainol mengenai cara mendidik anak lelaki yang sebaiknya. Biar anak lelaki kita jadi manusia yang bertanggungjawab.
Semakin lama saya tengok budak ni, makin menjadi-jadi perangai dia. Buku jatuh atas lantai, dia minta mak kutip. Selipar tercabut minta mak kutip dan pakaikan balik pada kaki dia. Ewah ewah.
Sekali anak ni minta nak minum, mak dia keluarkan botol susu dari beg. “Dah darjah 1, minum pakai botol lagi ke?” Maknya cuma tersengih.
“Dia tak nak pakai cawan. Kalau paksa sangat, nanti sampai bergaduh.”
Selidik punya selidik, rupanya mak ni dah serupa bibik di rumah. Semua kerja rumah, dia yang buat. Apa anak nak, dia ikutkan semuanya. Saya pun cakap jangan manjakan sangat anak lelaki ni.
Anak usia bawah 2 tahun memang kita jaga macam anak raja. Tapi bila dah masuk umur 2 tahun, kita dah boleh mula latih anak sama-sama buat kerja rumah (house chores).
Boleh guna teknik single step command (satu arahan):
✅ Contoh: Tolong ambilkan tuala mandi.
Atau guna teknik 2 steps command (2 arahan dalam 1 ayat):
✅ Contoh: Tolong ambil pampers ni dan buang ke dalam bakul / tong sampah.
Dua-dua teknik ni sesuai untuk kanak-kanak usia 2 tahun. Senang je kan.
Bila anak tak dilatih:
❌ Dia tak ada rasa bertanggungjawab.
❌ Dia tak pandai urus masa.
❌ Keyakinan diri jadi rendah.
❌ Kurang pandai jaga kebersihan.
Anak usia 2-3 tahun ni:
✔️ Kena belajar kemas mainan sendiri.
✔️ Biar dia belajar lap meja dan lantai.
✔️ Biar dia biasa letak baju kotor dalam bakul.
✔️ Letak pinggan dan cawan plastik dalam sinki lepas makan.
✔️ Galakkan dia angkat barang yang ringan.
Lepas mereka buat, kita ucapkan terima kasih, bagi pelukan dan puji pencapaian dia tau.
Barulah anak lelaki tahu, kerja-kerja rumah ni bukan kerja wanita semata ya. Kita nak anak lelaki kita jadi pemimpin hebat untuk keluarga mereka kelak.
Menarik: Suprise Birthday Menjadi, Che Ta Tunaikan Impian Aaisyah “Nak 10 Hadiah”
Ajar Anak Mewarna Nak Pakai Crayon Atau Pensil Warna, OT Kongsikan Tipnya!
Nabila Razali Umum Hamil Anak Pertama, Bersalin Januari Depan, “Selera Makan Makin Bertambah!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my