Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak Covid-19 dengan #StayAtHome menjadi peristiwa yang sangat bermakna apabila ibu bapa yang selama ini sibuk bekerja termasuk hari minggu sehingga tiada masa bersama anak-anak akhirnya dapat meluangkan masa bersama seluruh ahli keluarga.
PKP ini memerlukan kerjasama seluruh rakyat Malaysia agar tetap duduk di rumah untuk memutuskan rantaian Covid-19. Inilah masa yang sesuai untuk melakukan pelbagai aktiviti menarik bersama anak-anak walaupun berada di rumah.
Perkongsian Tengku Azam Mikail di laman Facebooknya semalam tular. Beberapa keping gambar dia sedang melayan anak-anak bermain sangat mencuit hati. Begitulah pengorbanan seorang ayah, sanggup menurut kehendak anak-anak walaupun terpaksa bertukar menjadi ‘Emak’.
“Duk gumah anak ajak main pondok2 la,main anak patung la,main masak2 la dia ckp papa jadi emak aku ye kn ye,sampai tergolek mak ko koje kn ye.
Ads
Penat layan ko org ni.ape ko bt dgn papa ni nak oiii ni cuti tambah lg ape lg ko ajak papa main.”
Yang melucukan, ‘Papa’ terbaring kepenatan melayan gelagat anak-anak. Walaupun kepenatan, saat inilah yang anak-anak akan ingat sampai bila-bila.
Ads
” Hahahaha bile tengok laki layan anak aku 3 orang, aku pndang ade 4 org anak. Pasal laki aku pon dah jadi budak jugak. Lagi merepek kaedah bermain anak2 bile bapak dorg yg join” – Netizen
Sebenarnya anak-anak lebih suka bermain dengan ayah, kerana idea si ayah ketika bermain menjadi-jadi berbanding si ibu. Ada sahaja yang direka untuk bermain dengan anak-anak.
Ads
Tahukah anda, Hormon Oxytocin (hormon gembiran, kasih sayang) anak akan tercetus ketika bermain dengan Ayah.
“Penat bang gitu la bini rasa penat menjaga anak” antara komen netizen yang lucu melihat ‘Papa’ ini kepenatan.
Ditinggalkan ibu selepas lahir di hospital penghujung Oktober lalu tanpa apa-apa pesanan, kini bayi lelaki yang masih lagi belum mengenali ibunya dijaga sementara oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Menerusi laporan Sinar Harian, ibu bayi lelaki ini berusia 20-an dikesan menghilangkan diri sebaik sahaja melahirkan anak di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) pada 31 Oktober lalu.
Pegawai Pelindung Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kuala Muda, Noor Liza Azezool berkata, pihaknya cuba menjejaki wanita terbabit di alamat terakhir, namun gagal.
Menurutnya, ketika kejadian, wanita itu telah meninggalkan bayi lelakinya dalam bekas bayi di hospital tersebut yang kini sudah berusia 18 hari.
“Kes ini telah dirujuk oleh kakitangan hospital kepada JKM untuk tindakan selanjutnya.
“Difahamkan, kakitangan HSAH telah mencari wanita terbabit di sekitar kawasan hospital, namun gagal menemuinya,” katanya.
Menurutnya, JKM juga telah melakukan pencarian di alamat terakhir di Kampung Penghulu Him, Sungai Petani, namun masih gagal menemuinya.
“Dalam masa sama, kita juga sedang mengesan waris kepada bayi tersebut,” katanya.
Terdahulu, perintah jagaan sementara telah diperoleh di Mahkamah Sungai Petani mengikut Seksyen 25 (2) Akta Perlindungan Kanak-Kanak selama sebulan bermula semalam sehingga 9 Disember 2020.
Ia membolehkan bayi berkenaan diletakkan bawah penjagaan Taman Sinar Harapan, Jitra sementara menunggu ibu atau waris yang sedang dikesan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Matahari, Maya disahkan meninggal dunia akibat kanser. Maya atau nama sebenarnya, Meyanaliza Ruslee difahamkan menghidap kanser tisu sejak tahun lalu.
Bagaimanapun, Allahyarham yang berusia 44 tahun difahamkan tidak mahu berita penderitaannya dihebahkan kepada peminat, media dan masyarakat.
Beberapa artis popular yang juga rakan baik Allahyarham Maya seperti Haiza dan Ieda Moin ketika dihubungi memberitahu, mereka juga baru mendapat khabar duka mengenai pemergian penyanyi berkenaan.
Namun begitu, Haiza dan Ieda tidak memperoleh maklumat lanjut mengenai pemergian sahabat mereka dan sedang menunggu maklumat daripada keluarga Allahyarham.
“Ya, saya baru mendapat berita mengenai pemergian Maya. Saya seakan tidak percaya menerima berita sedih ini. Saya difahamkan jenazah kini berada di Sungai Buloh,” kata Haiza kepada Astro AWANI.
Sementara itu, Ieda pula berkata, dia berkesempatan menziarahi sahabatnya itu dua minggu lalu di kediamannya.
Dalam pertemuan itu, Maya, kata Ieda rancak berbual sekalipun sedang menanggung sakit.
“Namun, Allahyarham sangat kuat semangatnya. Dia sentiasa meminta mendoakan yang baik-baik buatnya dan memberitahu tidak mahu orang lain mengetahui kesakitan yang ditanggugnya,” kata Ieda dalam tangisan ketika dihubungi.
Ieda juga memberitahu, Allahyarham Maya ketika hayatnya pernah menjalani rawatan di China beberapa bulan.
Penyanyi kelahiran Johor Bahru itu mula menempa populariti selepas album pertamanya dilancarkan pada 1995.
Selain aktif sebagai penyanyi, Allahyarham Maya juga pernah membintangi beberapa buah drama, filem dan teater.
Allahyarham Maya pernah mendirikan rumah tangga dengan kerabat diraja Pahang, Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz pada 26 Jun 2009.
Bagaimanapun, perkahwinan hanya bertahan selama enam tahun saja tanpa sebarang cahaya mata.
Allahyarham pernah menyertai pertandingan Gegar Vaganza musim kelima terbitan Astro pada 2018.
Disaat Koronavirus (Covid-19) di isytiharkan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), masih ramai yang berdegil untuk tidak kuarantinkan diri sendiri malah ada yang mengambil kesempatan untuk bercuti ke luar negara. Ada yang sudah lama membeli tiket dan ada juga yang baru membeli tiket pernerbangan yang ditawarkan dengan harga yang sangat rendah ketika ini.
Tapi sedarkah anda, Covid-19 ini tidak seperti demam biasa. Covid-19 boleh membawa maut dan sangat mudah menjangkiti sesiapa sahaja. Lebih kerap anda terdedah di tempat yang berisiko lebih mudah untuk diri anda terkena jangkitan virus ini.
*Istilah pandemik merujuk kepada wabak yang menyerang dalam skop lebih besar dan tidak terhad kepada sesuatu komuniti atau daerah semata-mata.Wabak ini akan mengancam kawasan yang lebih luas seperti sebuah negeri, negara, benua atau mungkin juga seluruh dunia jika dibiarkan melarat.
Walaupun Kementerian Kesihatan (KKM) giat melaporkan perkembangan semasa penularan Covid-19 dalam negara dan Malaysia telah mencatat sebanyak 428 kes (setakat pagi ini 16/3/2020) namun masih ada segelintir yang berdegil. Pihak petugas kesihatan juga tidak berhenti memberikan peringatan agar orang ramai menangguhkan penerbangan ke luar negara khusunya lokasi berisiko tinggi.
Tatkala cuti pegawai kesihatan dibekukan kerana covid19, ada sekumpulan manusia yang masih berdegil nak bercuti ke luar negara padahal tahu di sana bnyk kes covid 19 dan penularannya lebih dasyat..
Kalau anda berfikir, “ala, balik dari sana, kalau ada batuk selsema pergi je lah hospital utk screening” Oh itu mmg ucapan yang sangat selfish
Ia tak semudah itu kawan. Contact screening memerlukan tenaga pegawai kesihatan yg banyak. Personal protective equipment (mask, gloves, baju pegi bulan) bukannya murah.
Kalau anda seorang kena, semua org yg pernah jumpa anda perlu dicari dan dicek seorang demi seorang.
Kalau ditakdirkan waktu anda mula2 dtg ke hospital tanpa beritahu sejarah perjalanan anda, anda mungkin mendedahkan pekerja2 di hospital kpd jangkitan itu. Apa kesannya? Kesemua pekerja itu perlu dicutikan.
Jadi apa jadi kpd para pekerja kesihatan yg terpaksa dicutikan? Perlu lah pegawai kesihatan dari department lain atau hospital lain dipanggil utk mengisi kekosongan itu..
Perkhidmatan elektif diberhentikan buat seketika waktu.
Kini, hospital yg menerima kes covid19 telah mula memberhentikan perkhidmatan elektif kerana nak memaksimakan sumber manusia dan wang utk menghadapi “serangan covid19”.
Doktor2 dari bidang lain dikerah bersama2 dgn frontliners di jabatan kecemasan.
Anda faham apa itu perkhidmatan elektif? Maksudnya pembedahan/ rawatan yang dikategorikan sebagai bukan “life threatening” semuanya akan diberhentikan.
Saya bagi contoh rawatan elektif.
Kalau bidang Rehabilitation Medicine (perubatan pemulihan) – pesakit stroke yang sepatutnya dimasukkan utk rawatan pemulihan intensif, utk pulihkan lemah separuh badannya, terpaksa ditangguhkan. Maka mereka mungkin terlepas masa keemasan utk pulihkan fungsi mereka.. – pesakit yang lumpuh akibat cedera saraf tunjang juga hadapi masalah yg sama. Mungkin sepatutnya kami admit utk ajar mereka guna kerusi roda, atau ajar uruskan sistem buang air besar/kecil mereka (yg terjejas akibat cedera saraf tunjang).. Semua perlu ditangguhkan..
Bila rawatan ini akan dikategorikan sebagai emergency? —.> bila mereka ada komplikasi sbb kurang bergerak seperti pulmonary embolism (darah beku dlm peparu) atau pesakit stroke dapat aspiration pneumonia (jangkitan kuman paru paru kerana tersedak makanan), atau mereka dpt serangan stroke kedua sbb proses pemulihan terjejas.. Kenapa? Sebab anda nak pergi bercuti.
Kalau bidang kepakaran mata.. – pembedahan katarak mungkin perlu ditangguhkan. Maka terpaksa lah makcik pakcik yang matanya kabur bertahan saja dgn mata yg kurang nampak utk lbh lama lagi.. Kenapa? Sebab anda nak pergi bercuti..
Kalau bidang bedah saraf, mungkin pesakit yang ada arteriovenous malformation (gumpalan salur darah dlm otak yang tak normal) terpaksa menangguhkan pembedahan mereka.. Kalau ini bunyi nya mcm serius dikategorikan sebagai rawatan elektif, bila pula ia akan dikategorikan sebagai emergency? —> tungga lah dia pecah dan menyebabkan pendarahan dalam kepala.. Haa time nj baru consider emergency dan akan buat pembedahan segera.. Kenapa? Sebab anda nak pergi bercuti.
Kalau bidang orthopedics pula.. Pembedahan seperti total knee replacement (ganti tempurung lutut) itu dikategorikan sebagai elektif.. Maka bertahan lah pakcik makcik dgn sakit lutut yg teruk sampai tak blh jalan dan tak blh tidur.. Kenapa? Sebab anda nak pergi bercuti.
Anda nampak hubungkaitnya sekarang? Mari saya recap.
Anda berkeras utk pergi bercuti –> anda mungkin dapat covid 19–> anda sebarkan kpd org sekeliling–> pegawai kesihatan perlu buat contact tracing. –> ada pegawai yg perlu dicutikan–>disebabkan ramai yg terlibat maka perlu tarik doktor2 dari jabatan perubatan lain–. > maka jabatan perubatan lain terpaksa hentikan rawatan elektif–> maka berlakulah senario seperti di atas..
Saya blm cerita lagi ttg kawan2 saya di komuniti yang actively pergi buat screening dan contact tracing.. Tak sempat nak ke tandas. Tak smpat makan..
Mereka juga ada isteri/suami dan anak2 kecil..Bayangkan kalau mereka juga terjangkit.. Maafkan saya sekiranya bahasa saya ada sedikit nada kasar atau keras.
Bukan apa, keadaan skrg dh agak serius. Kami di fasiliti kesihatan semakin terasa keperitannya. Nak ambil mask pun dh kena catu tau tak? Sampai mcm tu sekali.
Isu covid19 dah jdi msalah sejagat. Masalah kita semua. Jadi kita semua kena ambil peranan masing2.. Tangguhkan lah seketika niat nak bercuti.. Atau perhimpunan/ perjumpaan yang melibatkan ramai org..
Kalau anda ada terdedah dgn kes covid19 jangan simpan info ini pd saat akhir. Beritahu awal2 supaya anda disaring oleh pegawai yg bersedia utk memeriksa anda.. Maksudnya, pegawai kesihatan itu bersedia dgn pemakaian PPE yang lengkap. Dan di tmpt saringan yg khas. Jangan duduk di sblh org yg mempunyai ketahanan badan yg lemah seperti ibu megandung/ org tua/ kanak2 /pesakit kronik..
Minta maaf terkasar bahasa.Akhir kata. Tangguhkan niat anda utk bercuti ke luar negara