Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak Covid-19 dengan #StayAtHome menjadi peristiwa yang sangat bermakna apabila ibu bapa yang selama ini sibuk bekerja termasuk hari minggu sehingga tiada masa bersama anak-anak akhirnya dapat meluangkan masa bersama seluruh ahli keluarga.
PKP ini memerlukan kerjasama seluruh rakyat Malaysia agar tetap duduk di rumah untuk memutuskan rantaian Covid-19. Inilah masa yang sesuai untuk melakukan pelbagai aktiviti menarik bersama anak-anak walaupun berada di rumah.
Perkongsian Tengku Azam Mikail di laman Facebooknya semalam tular. Beberapa keping gambar dia sedang melayan anak-anak bermain sangat mencuit hati. Begitulah pengorbanan seorang ayah, sanggup menurut kehendak anak-anak walaupun terpaksa bertukar menjadi ‘Emak’.
“Duk gumah anak ajak main pondok2 la,main anak patung la,main masak2 la dia ckp papa jadi emak aku ye kn ye,sampai tergolek mak ko koje kn ye.
Penat layan ko org ni.ape ko bt dgn papa ni nak oiii ni cuti tambah lg ape lg ko ajak papa main.”
Yang melucukan, ‘Papa’ terbaring kepenatan melayan gelagat anak-anak. Walaupun kepenatan, saat inilah yang anak-anak akan ingat sampai bila-bila.
” Hahahaha bile tengok laki layan anak aku 3 orang, aku pndang ade 4 org anak. Pasal laki aku pon dah jadi budak jugak. Lagi merepek kaedah bermain anak2 bile bapak dorg yg join” – Netizen
Sebenarnya anak-anak lebih suka bermain dengan ayah, kerana idea si ayah ketika bermain menjadi-jadi berbanding si ibu. Ada sahaja yang direka untuk bermain dengan anak-anak.
Tahukah anda, Hormon Oxytocin (hormon gembiran, kasih sayang) anak akan tercetus ketika bermain dengan Ayah.
“Penat bang gitu la bini rasa penat menjaga anak” antara komen netizen yang lucu melihat ‘Papa’ ini kepenatan.
Sumber: Tengku Azam Mikail