Layan Kopi Latte Ala Kampung Waktu Sahur, Buat Ketagih, Ini Cara Bancuh Kopi Paling Kaw!

Share

Bagi pencinta kopi, pastinya secawan kopi panas antara menu wajib ada ketika waktu bersahur. Seakan tidak lengkap tanpa menikmati secawan kopi yang sentiasa membuatkan terus segar. Jika kena gaya dan rasa padunya, kopi panas pasti tak cukup secawan. Bikin ketagih.

Nak rasa kopi yang puas dan padu, Pn Madihah Hamid kongsikan kepada anda, cara menyediakannya kopi paling kaw-kaw dan padu. Jom cuba!


Mengopi jom. Kopi latte ala kampung ketagih. Air kopi ni jadi ketagihan seisi keluarga saya..hihi.

Resepi kopi ketagih:
Serbuk kopi (apa-apa jenama kopi kampung)
Susu kotak @ susu segar apa-apa jenama
(Paling sedap meadow, farm fresh, ducthlady)
Gula melaka
Air

Masakan kopi sehingga berbuih (gelegak).

Biarkan dalam seminit (dalam keadaan gelegak).

Tutup api, tuang dalam jug sambil tapis serbuk kopi.

Kemudian masukkan gula, panaskan susu sehingga sedikit berbuih di tepi periuk, tutup api, tuangkan air kopi dan susu dalam jug, tuang kan secawan untuk di minum, selebihnya simpan dalam peti.

Lagi lama dalam peti lagi sedap.. saya panggil peram kopi. Bila nak minum, hanya panaskan sebentar.

Selamat mencuba!

Artikel berkaitan: Sedapnya Kopi Ais Kaw-Kaw, Ini Sukatan Tepat Kalau Nak Sedap, Rasa Padu

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
SRM