Sedapnya kalau minum petang atau tengah malam rasa lapar, dapat makan keropok lekor panas. Cicah pula dengan sos cili yang dibuat sendiri, memang nikmat! Selalunya kalau keropok lekor mesti diperbuat daripada ikan segar. Rupa-rupanya boleh dibuat daripada mi segera juga.
Artikel Menarik: [Hari-Hari Anak Minta Ayam Goreng, Ubah Ayam Goreng Style Mamak Pula, Anak Makan Sampai Licin!]
Farisha Sofea berkongsi resipi keropok lekor mi segera di laman Facebooknya.
Mi segera sedap / Indomie
Tepung ubi
Tepung gandum
Telur
Garam
*Ni saya buat guna 2 paket mi segera. Anggaran tepung ubi dalam 13 – 15 sudu, anggaran tepung gandum dalam 8 – 10 sudu .
*Semuanya bergantung kepada doh ya. Andai masih melekat, tambahkan lagi tepung.
Artikel Menarik: [Guna Seekor Ayam Boleh Buat 40 Cucuk. Resipi Sate Ayam Merecik, Makan Macam Tu Je Pun Sedap!]
Untuk para ibu yang mahu sediakan hidangan savuri pula untuk keluarga, dah bosan buat kuih dan kek bolehlah cuba resipi keropok lekor mi segera ni. Tidaklah susah mana untuk membuatnya tapi rasanya sedap. Selamat mencuba!