Melihat anak-anak kecil kita yang sedang membesar makan berselera pastinya membuatkan kita merasa gembira. Terasa nikmatnya bila air tangan ibu dihargai malah paling penting perut anak kenyang dengan masakan kita. Itulah kepuasan bagi seorang ibu setiap kali menyediakan makanan buat anak-anak kecil kita. Apalagi anak makan berebut.
Semangat untuk mencuba pelbagai jenis makanan yang sihat dan berkhasiat menjadi lebih teruja. Apa kata sesekali minta pendapat anak-anak pula, apa jenis makanan yang mereka suka tetapi masih sihat dan berkhasiat.
Hujung minggu ini apa kata layankan selera anak dengan Sosej Roll Cheese ini. Sekali masak, anak makan sampai licin. Resipi yang dikongsikan oleh ibu ini, Puan Herda Johan menarik perhatian kita. Jom ikuti cara dan resipi yang dikongsikan olehnya. Sedap!
22/pcs habis sekelip mata! Memandangkan anak-anak kecik akak sedang gagah membesar. Kojenye makan makan makan. Maka akak kena rajin buat stok makan. Jadi inilah benda yang boleh di buat siap, jimatkan masa eloklah disediakan awal.
Macam Sosej Roll Cheese ni mudah banget gais. Boleh difrozenkan. Nak makan tinggal di goreng saja. Anak-anak kenyang.
Bahan-bahan:
Roti keping
Sosej
Keju
Serbuk roti/ bread crumb
Telur
Gelek dulu roti bagi jadi nipis.
Letak keju dan sosej. Gulungkan dan kemaskan dihujungnya dengan bancuhan tepung. Nak ikat guna benang pun boleh.
Celup dalam telur.
Akhir sekali gaulkan dalam serbuk roti dan ratakan seluruh roti.
Panaskan minyak dan goreng. Siap!
Nampak hasilnya…yummy.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI