Memasuki minggu ke 32 kehamilan, mental ibu seharusnya sudah pun bersedia untuk bersalin. Selain mempersiapkan diri, fizikal juga perlu kuat dan sihat untuk berjuang di dewan bersalin.
Latihan teknik pernafasan dan sebagainya perlu dibuat terutama bagi ibu yang hamil anak sulung.
Salah satu persediaan ibu hamil terutama yang mengandung anak sulung adalah bagaimana berdepan kontraksi.
Lazimnya, kontraksi boleh berlaku dan berlanjutan sehingga 7 hingga 8 jam. Ada juga yang mengalami masalah tersebut sehingga setengah hari dan lebih.
Oleh itu, anda tidak hanya perlu berlatih dan memilih posisi bersalin, tetapi anda juga perlu tahu bagaimana caranya untuk memberi keselesaan diri ketika mengalami kontraksi.
Posisi Redakan Kontraksi
1.Kedudukan tegak
Pada awal kontraksi, anda boleh mengurangkan rasa tidak selesa itu dengan menyokong diri pada permukaan berhampiran. Misalnya pada dinding, kerusi atau meja. Jika perlu, anda boleh berlutut sambil kepala disandarkan pada permukaan pilihan anda.
2. Duduk bertentangan
Kaedah ini hanya menggunakan kerusi. Pastikan kerusi yang anda pilih mempunyai penyandar. Letakkan bantal di atas kerusi dan juga pada bahagian atas kayu penyandar. Duduk berpaling ke arah bertentangan kerusi.
3. Bantuan
Anda boleh bersandar pada pasangan. Paut bahu suami erat-erat dalam kedudukan 10 darjah condong. Pada masa sama, suami boleh mengurut belakang pinggang anda dengan perlahan.
4. Melutut ke hadapan
Melutut dengan keadaan kaki dibuka sedikit. Kepala, tangan dan badan diletakkan di atas himpunan bantal atau kusyen. Cuba berada dalam keadaan tegak yang mungkin agar sakit kontraksi dapat dikurangkan.
5. Merangkak
Posisi ini akan menyuruh anda berkeadaan seperti merangkak. Kaki, lutut dan tangan perlu mencecah lantai. Kemudian goyangkan anggota bahagian atas yang tidak mencecah lantai ke hadapan dan belakang.
Pastikan juga anda mempraktikkan teknik pernafasan yang betul. Tarik nafas panjang dan dalam kemudian hembus sedikit-sedikit dan pendek. Cara ini sangat berkesan.
Menarik: Uqasha Senrose Tayang Wajah Anak Selepas Dua Bulan, “Comelnya Macam Ibu”?
Majlis Aqiqah & Kesyukuran Anak Kamal Adli, Uqasha Meriah, Cantik Serba Merah Jambu
Dato Siti Nurhaliza Tak Fokus Hamil Lagi, Mahu Jaga Kesihatan, “Dulu Ada Masalah Uri Melekat”
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI