Saat membahagiakan anak, kita mula menghitung duit ringgit untuk percutian mewah, makan yang hebat-hebat dan makanan kesukaan anak-anak yang mahal-mahal. Walhal hakikatnya anak tidak inginkan semua itu, mereka hanya mahukan kasih sayang dan perhatian kita.
Maka ketepikanlah segalanya, cukupkanlah ruang dan waktu untuk bersama anak-anak sementara mereka masih kecil dan perlukan perhatian kita.
Perkongsian beberapa keping gambar dari Cikgu Fadli Salleh ini memang ‘deep’. Benar, hargailah setiap masa bersama. Itu sebaiknya.
Sekeping gambar, sejuta bicara. Aku belajar beberapa perkara dari gambar ini.
1. Bahagia bukan diukur pada banyaknya duit, mahalnya pakaian, mewahnya makanan, dan megahnya rumah agam. Ia tentang perasaan.
2. Anak adalah harta yang tidak ternilai harganya. Jauh lebih mahal dari dunia dan segala isinya.
3. Layan keletah mereka tanpa jemu. Kerana ia adalah memori yang dibawa mati. Memori untuk ayah. Memori untuk anak.
4. Untuk berkasih sayang, untuk melahirkan rasa kasih yang mendalam, tidak perlu pun ditempat mahal seperti hotel 5 bintang atau di pulau-pulau percutian. Di jalanan pun kasih tercipta.
5. Peluk anak kalian sentiasa. Kerana suatu remaja dan besarnya mereka, kita tidak lagi boleh memeluk mereka seperti ini.
6. Hargai setiap detik yang ada. Hargai setiap hela nafas yang tersisa. Dan bahagialah cara kita!
Menarik: Wow Luar Kotak, Terbaik Parents, Idea Bapa Ni Pilih Sut Angkawan Terapung Memang Kreatif!
Anak dah boleh merangkak laju? Ayuh mama papa yang ada baby comel-comel tu, inilah masanya untuk sertai Baby Merangkak Race!.
Daftar sekarang di link ini: https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-sspnxpama-baby-merangkak-race/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mula Marah Anak, Tak Boleh Senyum, Mintalah Off Time Dengan Suami. Lagi Di Biarkan Bahaya
Berilah peluang pada isteri untuk menenangkan diri. Inilah hakikat yang wajib suami ketahui. Isteri bukanlah robot, orang gaji yang boleh menghadapi semua perkara dalam satu masa. Tambah lagi dengan perangai anak yang macam-macam karenah.
Ingat ye jika anda rasakan isteri yang lemah lembut tiba-tiba boleh berubah perangai dengan memarahi anak, bermakna tahap kesabaran dan keletihan dah berada di kemuncak.
Waktu ni suami kena main peranan dengan melakukan tugas isteri dan sebaiknya beri peluang isteri berehat sekejap. Tak jatuh pun ego lelaki jika anda ambil alih melakukan tugasan isteri seketika.
Seperti yang dikongsikan oleh Intan Dzulkefli ini, dia juga turut menyatakan pengalamannya menghadapi situasi ini dan berterima kasih pada suami yang banyak membantu. Seorang wanita tak minta banyak pun tapi cukuplah faham isi hati mereka.
Ada satu hari tu, tak tahu kenapa tiba-tiba otak rasa tepu sungguh. Bila anak-anak menjerit bergaduh & kemudian masing-masing menangis membuatkan terasa begitu bingit mencucuk kepala & serabut sungguh.
Saya cuba untuk calm down dengan istighfar & kawal pernafasan, tapi akhirnya terasa semakin teruk.
INNER PEACE SEDANG KACAU BILAU.
Astaghfirullah. Ya Allah… rasa nak lari. Nak lari kejap dari keserabutan ni.
Akhirnya, terus mesej suami.
“Abang, boleh tak harini lepas maghrib, nak minta izin keluar sekejap. Time-off. Alone.”
Mulanya suami ralat juga sebab isterinya ini rabun & ada T-junction yang menjadi lokasi banyak kemalangan. Ditawarkan untuk belanja makan, bawa jalan-jalan untuk menceriakan hati isteri. Namun, hari itu, si isteri ini tak rasa tertawan dengan pelawaan itu.
“Okay, tak apalah. Pergilah. Tapi drive jangan ikut jalan yang tu. Ikut jalan lagi satu. Drive safe. Nanti abang jagakan anak-anak,” Akhirnya suami yang baik hati mengalah.
Alhamdulillah, pulang ke rumah, suami menunaikan janjinya. Suami take over everything. Disuruh isteri bersiap.
Dalam anak-anak leka dengan abinya, saya terus menyusup keluar bagaikan The Flash.
Start enjin kereta, drive slowly. Terasa senyap sahaja dunia. Terus buka radio.
Dapat dengar butir di radio tanpa celahan suara jeritan anak-anak yang bergaduh.
Dapat ikut sama menyanyi lagu nasyid di radio yang kebetulan pernah dulu dihafal liriknya.
Dapat sight-seeing tanpa hati berdebar risaukan keselamatan anak-anak semasa memandu.
MasyaAllah…… macam nak berair mata. Preciousnya detik itu. Bersyukurnya rasa. Rasa lega seperti melepaskan satu beban berat dari atas kepala.
Bukan kita tak dapat terima kenyataan yang kita sekarang bergelar ibu & isteri yang akan menyerahkan seluruh masa, tenaga & hidup untuk anak-anak & suami. Tetapi kadangkala, kita memang perlu sangat ‘escapism’ dari perkara rutin, jerit pekik, gaduh anak-anak yang sedang melasak.
Alhamdulillah selepas uruskan urusan pengeposan barang customer (yang selalu diselesaikan oleh suami), saya kembali ke rumah dengan perasaan yang lebih stabil.
Buka pintu rumah & dengar suara anak-anak meminta perhatian abi yang berada di dapur, subhanallah, rasa sungguh rindu & sayang. Emosi berubah terus 360 darjah berbanding sebelum keluar tadi.
Saya ke dapur dengan senyuman. Suami juga tersenyum bila melihat saya nampak ceria. Saya peluk suami yang sedang memasak sambil sebelah tangan mendukung Insyirah & ucapkan terima kasih.
“Dah okay dah? Happy tak?” Tanya suami dengan prihatin.
Alhamdulillah. 20 minit yang berharga.
Ibu-ibu yang duduk di rumah, kalau kita dah rasa tak tertanggung, berbincanglah, mintalah time-off sekejap dari suami. Percayalah…. insyaAllah kita akan rasa lebih baik.
Jagalah ‘inner peace’ kita.
Kalau kita dah start asyik nak marah anak. Dah tak boleh nak senyum. Mula rasa nak memukul anak bila anak menangis, minta dilayan… itu tandanya inner peace kita dah kacau bilau. Bahaya.. bahaya..
Anak-anak perlukan ibu yang stabil emosi & bahagia untuk mereka membina bahagia mereka juga.
Jangan rasa rendah diri jika minta time-off dari suami, jangan bandingkan diri kita dengan orang yang kadang kata mereka tak perlukan me-time, mereka memang taknak berpisah dengan anak-anak. Jangan… kita bukannya sedang bertanding siapa supermom & siapa tidak. After all, we are just a human. Kalau kita tak tahan, kita rehat. Jujurlah dengan diri sendiri, untuk jaga kestabilan & kebahagiaan ‘inner peace’ kita.
Para suami pula, beralahlah dengan isteri. Kasihanilah isterimu. Mereka tak minta banyak pun. Kadang cuma minta 5 minit untuk mereka mandi & menguruskan diri tanpa gangguan si kecil yang tak mahu berenggang sepanjang hari. Malam nanti apabila kalian sedap berdengkur pun isteri kalian tak nyenyak tidur bangun menyusukan anak-anak selang sejam, selama bertahun-tahun.
Jangan pula dikatakan isteri itu mengada-ngada. Jangan pula dikeji hina seolah isteri yang duduk di rumah itu tiada sumbangan apa-apa. Isteri itu cuma meminta pertolongan agar ‘taufan’ dalam dirinya dapat diredakan. Bantulah mereka wahai lelaki yang budiman!
Kadang ada suami approve time-off sampai berjam, tetapi si isteri ni sebenarnya kalau dapat 15-20 minit keluar ke stesen minyak atau kedai eco RM2.12 pun dah rasa gembira ya robbi. Wallahi!
Sesungguhnya di belakang isteri yang happily married, emotionally & mentally stabilized, ada seorang suami yang tak pernah lokek untuk berlebih kurang.
Alhamdulillah ‘ala kulli hal.
Sumber: intan dzulkefli
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Meninggal Masa Tidur, Kes Maira Disiasat. Kebumi Tanpa Otak Pilihan Akhir. Ibu Mohon Doa
Sebuah kehilangan pastinya perit untuk dilalui. Tambah pula ia melibatkan bayi yang masih kecil seperti yang dialami oleh seorang ibu yang bernama Nur Athira Abd Hamid. Anak keduanya Maira Ellyssa telah menghembuskan nafas terakhir pada petang Isnin yang lalu ketika dalam tidur dikatakan mengalami Sudden Infant Death Syndrome (SIDS).
Menerusi perkongsian ibu ini di laman Facebook miliknya, dia yang kini menetap di Sydney masih belum kebumikan jenazah puteri keduanya itu. Hal ini terjadi disebabkan jenazah sedang ditahan di Coroner Court kerana kematian yang berlaku di rumah dan bukan di hospital yang membuatkan perkara tersebut menjadi kes polis.
Kebumi Maira tanpa otak pilihan terakhir
Satu post mortem akan dilakukan kepada jasad Maira untuk mengetahui punca sebenar kematian. Namun dalam perkongsian itu juga ibu ini turut menyatakan jika pihak berkuasa tidak dapat mengenal pasti punca sebenar kematian bayinya itu, otak Maira akan dibekukan untuk siasatan lanjut. Justeru kemungkinan jasad si kecil ini dikebumikan tanpa otak mungkin boleh berlaku.
Kos pengebumian yang tinggi
Menurutnya juga, kos untuk pengebumian jenazah juga boleh mencecah sehingga $4000. Dia mengalu-alukan sebarang bantuan yang daripada orang ramai.
Ibu ini amat berharap agar semua dapat mendoakan jenazah anaknya, Maira dapat diserahkan kepadanya tanpa menyentuh bahagian yang lain selepas post mortem dijalankan.
Assalamualaikum
Bismillahirahmanirahim..
Dukacita memaklumkan bahawasanya
Anak kedua saya telah selamat ke syurga petang kelmarin 24 February 2020. Saya mohon doa agar dipertemukan kami sekeluarga dengan anak saya di syurga nanti.
Sedikit mengenai apa yang berlaku, Maira meninggal ketika tidur dan dia telah tidur selama-lamanya. ( suspected-SIDS please google this )
Arwah sekarang ditahan di coroner court kerana kematian terjadi di rumah dan bukan di hospital. Perkara ini menjadi kes police.Post mortem akan di lakukan pada hari khamis. Jika pihak court dapat kenal pasti punca kematian Maira akan diserahkan kembali pada hari yg sama. Tetapi jika pihak court tidak menjumpai sebab kematian, mereka akan membekukan otak Maira untuk further investigation. Option untuk mengebumikan Maira tanpa otak adalah option yg terakhir. Harap semua dapat mendoakan yg Maira dpt diserahkan pada hari yg sama tanpa menyentuh bahagian yg lain.
Kenapa tidak membuat bantahan?
Bantahan boleh dilakukan tetapi memerlukan masa yang lama dan memerlukan lawyer dari legal aid dan 2 minggu untuk naik mahkamah. Keputusan tetap adalah dari coroner tetapi jikalau mereka menolak bantahan tersebut Maira akan ditahan lebih lama.
Lets just pray that I make a wright decision. I just want her back as soon as possible.
Selepas Maira di serahkan kembali, Maira akan dikebumikan secepat mungkin. Cost pengebumian Maira boleh mencecah sebanyak $4000.
Sesiapa yg ingin menderma boleh menderma menggunakan account number yang tertera di dlm gambar. Segala pertanyaan atau update selepas ini, boleh berhubungan direct dengan Marissa Putri Sofyan Cik Chuwingam ( isteri Hafiz Hussin Buyot Popo ) atau adik sy Anis Asmaa Abd Hamid.
Terima kasih untuk segala doa dan sokongan dari jauh. Doakan kami sekeluarga dapat disatukan bersama Maira di syurga, اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ.
Semoga urusan ibu ini dan keluarganya dipermudahkan. Sama-samalah kita panjatkan doa supaya urusan jenazah si kecil Maira dapat diuruskan dengan sempurna dan dengan kadar segera. Bagi yang ingin membantu meringankan beban keluarga ini, boleh berbuat demikian dengan menyalurkan sumbangan ke nombor akaun yang disertakan dalam gambar.
Sumber: Athira Nur
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dia Minta Belikan IPad Kalau Dapat 10A”, Anak Buat Permintaan, Dr Sheikh Muszaphar Dalam Dilema!
Melihat cara angkasawan negara kita, Datuk Dr Sheikh Muszaphar mendidik keempat-empat anaknya memang mengagumkan. Setiap masa diisi dengan aktiviti dan ilmu berfaedah tanpa rasa penat. Namun bapa penyayang ini berada dalam dilema bila mana permintaan anak sulungnya, Bella yang mahukan IPad.
Menurut Dr Sheikh Muszapahar, anak Sophea Isabella, 8 yang mesra dengan panggilan Bella memintanya untuk membelikan iPad jika dia berjaya mendapat keputusan 10A di peperiksaan Sekolah Rendah Agama.
Mana-mana bapa pun pasti berdepan dengan isu yang sama. Buntu bila anak buat permintaan pada benda yang dirasakan tidak wajar buat mereka. Sehingga kini, bapa penyayang ini masih menimbang tara permintaan si kecil Bella malah tidak memberikan kata putus dan menanti sehingga keputusan peperiksaan anaknya keluar kelak.
“Bella akan mengambil Peperiksaan Sekolah Rendah Agama petang ini dan minggu ini adalah minggu peperiksaan buatnya. Bella sasar 10A untuk kesemua 10 matapelajarannya. Insya- Allah.
“Dan saya dalam dilema bila mana dia minta belikan IPad jika dia berjaya dapat 10A!. Kita tengok keputusan dia dulu..haha.
“Bella dapat 9A 1B dalam peperiksaannya yang terdahulu. Daddy tak pernah mungkir janji untuk tunaikan permintaan anak-anak tapi kali ni susah sikit,” tulisnya di IG.
Kalau kita pun serupa. Keputusan yang sukar untuk dibuat. Mungkin beliau boleh gantikan dengan sesuatu yang lebih berharga? Tak gitu?
Menerusi entri yang sama, beliau turut memuat naik video anaknya yang sedang melakukan hafazan serta Bella sempat merayu bapanya untuk menunaikan permintaannya itu.
Rata-rata pengikutnya seronok dan memuji cara didikan malah terhibur melihat gelagat anak dan bapa tersebut. Malah ada juga yang berkongsi pengalaman yang sama bersama anak mereka.
View this post on InstagramA post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on
Kredit: @drsheikhmuszaphar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI