Layur Daun Sireh Letak Atas Dada. Petua Mudah Hilangkan Kahak & Hingus Bayi

Share

Batuk dan selesema antara yang paling mudah dijangkiti bayi dan kanak-kanak. Keadaan ini normal jika anak masih aktif dan menyusu seperti biasa. Namun jika keadaan anak nampak tidak aktif, ibu bapa perlu segera bawa ke klinik atau hospital.

Bagaimanapun, tidak seperti orang dewasa yang banyak petua untuk hilangkan batuk atau selesema.

Lagi satu untuk anak bawah usia 6 bulan, doktor tidak memberi ubat batuk dan selesema. Doktor hanya suruh pantau dan cuba guna cara lebih selamat untuk beri keselesaan. Bagi ibu yang risaukan anak berkahak dan berhingus, boleh cuba petua ini. Mana tahu serasi.

Berikut antara yang dikongsikan oleh MK Bo melalui FB Petua Dan Rawatan Penyakit.

Petua Hilangkan Kahak/Hingus Pada Bayi 

Alhamdulillah kali kedua buat ni dengan baby Fayyadh. Selepas seminggu berkahak/hingus, akhirnya harini beransur hilang. Nampak petua ni pun di FB

  1. Layurkan sireh pada api lilin dan dapur
  2. Sebaiknya 2 helai, sehelai untuk dada sehelai letak di belakang badan baby
  3. Selepas layur letakkan balm/vicks pada daun sireh
  4. Letakkan sireh di dada baby dan belakang baby.

Selamat mencuba.

Kredit: MK Bo (FB Petua Dan Rawatan Penyakit)

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy