Sebut je biskut Famous Amos, dah terbayangkan biskut yang penuh dengan coklat chips. Ini antara biskut kegemaran seisi keluarga. Jika nak beli mungkin agak mahal. Namun apa kata ibu cuba buat sendiri di rumah dengan anak-anak.

Resepi biskut ala Famous Amos ini gerenti jadi dan puas hati untuk anak-anak makan. Cara nak membuatnya taklah susah sangat. Yang bestnya, aroma ketika membakar biskut ini memang wangi satu rumah.

Lebih 10k Share, Resepi Biskut Famous Amos Simple Gerenti Jadi, Mesti Anak Suka!

Resepi Famous Amos Simple Confirm Jadi

Bahan A

250 gm Butter
1 1/4 cawan teh -brown sugar
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji telur

Bahan B

2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
6 sudu besar minyak masak

Ads

Bahan tambahan

– 2 cawan cip coklat
– almond flakes

Cara-cara:

Lebih 10k Share, Resepi Biskut Famous Amos Simple Gerenti Jadi, Mesti Anak Suka!
Bila dah jadi acuan mmg agak lembik jgn panik ok benda gebu ni kena letak dlm peti selama 1jam..cara sy letak dlm freezer je 15minit dah keras

1. Kacau rata bahan A guna senduk. Jangan guna mixer. Pakai spatula atau senduk sahaja pun dah cukup. Tujuan nak bagi bahan sebati je, kacau slow2. Bila bahan dah bercampur je terus stop. Tak perlu bagi kembang. Tak perlu tunggu sampai gula larut.

Lebih 10k Share, Resepi Biskut Famous Amos Simple Gerenti Jadi, Mesti Anak Suka!
Tadaaaa dah keluar frezer…satu pesanan ringkas… Masa nak cubit guna 2 sudu pastikan ambil sedikit saja. Sebab benda ni akan mengembang bila dibakar. Lepas dah cubit letak balik acuan dalam frezer bila nak guna baru keluar balik.

2. Bila dah kacau masukkan pula bahan B. Sama macam tadi kacau guna spatula secara perlahan.

Ads
Lebih 10k Share, Resepi Biskut Famous Amos Simple Gerenti Jadi, Mesti Anak Suka!
Sedia untuk dibakar

3. Bila dah sebati baru tambahkan cip coklat. Coklat cip jangan bawa keluar awal dari peti ais takut dia lembik bila gaul sekali nanti rasa biskut lari sikit sebab larut dengan coklat chips. Masa nak letak baru keluarkan dari peti ais.

Lebih 10k Share, Resepi Biskut Famous Amos Simple Gerenti Jadi, Mesti Anak Suka!
Pastikan agak perang dekat bawah tapak biskut..Baru betul-betul ranggup

4. Bila dah menjadi adunan, masukkan dalam peti ais selama 1 jam. Simpan sampai dia jadi keras sikit. Simpan lama pun takpe. Kalau nak cepat simpan kat bahagian atas peti ais pastu agak-agak dah keras sikit boleh bawa keluar dan start cubit mencubit.

5. Masa susun atas loyang, jarakkan jauh sikit antara satu sama lain untuk bagi ruang biskut mengembang. Make sure cubit je adunan tuh. Tak perlu tekan bagi leper.

Lebih 10k Share, Resepi Biskut Famous Amos Simple Gerenti Jadi, Mesti Anak Suka!

Ads

6. Bakar 20 minit suhu 150°C guna api atas bawah. Jangan lupa preheat oven sebelum letak cookies.

7. Siap untuk dinikmati.

Kredit: Mastini via Suhaila Ieyla

Lebih 10k Share, Resepi Biskut Famous Amos Simple Gerenti Jadi, Mesti Anak Suka!

Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangis pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI