Penggunaan gajet berlebihan dalam kalangan kanak-kanak boleh membantutkan perkembangan mental dan emosi selain berkemungkinan meningkatkan kadar rabun jauh pada usia muda.
Dalam aspek kesan penggunaan gajet kepada mata, ia boleh menyebabkan kanak-kanak berhadapan masalah rabun jauh dalam usia yang tidak sepatutnya, manakala dalam aspek mental dan emosi, ‘ketagihan’ gajet boleh membawa kepada sikap agresif jika tidak dapat menggunakan gajet.
Kredit gambar: Astro Awani
Kanak-kanak tak boleh lebih 2 jam
Berkongsi mengenai kesan gajet kepada mata, Pakar Perunding Oftalmologi Dr Azura Ramlee daripada Prof Muhaya Eye & Lasik Centre (PMELC) berkata, peningkatan bilangan kanak-kanak mengalami rabun jauh atau ‘myopia’ akibat kerap menggunakan gajet adalah isu yang perlu ditangani pada peringkat awal.
“Penggunaan gajet terutamanya telefon pintar dan peranti tablet dalam kalangan kanak-kanak tidak seharusnya melebihi dua jam sehari,” katanya kepada Bernama.
Masalah rabun meningkat
Menurutnya, satu kajian pada 2005 mendapati kadar rabun kanak-kanak berusia tujuh tahun adalah 9.8 peratus manakala bagi kanak-kanak berusia 15 tahun pula adalah 34.4 peratus
“…kajian ini dilakukan pada 2005 dan penggunaan gajet dalam kalangan kanak-kanak (ketika itu) masih rendah, kini statistik itu dijangka meningkat dengan penggunaan yang tidak terkawal. Ramai pesakit yang datang untuk rawatan penglihatan kabur mempunyai tabiat melihat skrin digital dengan lama,” jelasnya.
Mata cepat penat dan mudah pening
Ads
Tambah Dr Azura, selain myopia kanak-kanak turut terdedah dengan ketidakselesaan dan kekeringan mata (digital eye strain) akibat mata kurang berkelip kerana asyik melihat gajet.
“Selain itu, melihat skrin digital dengan dekat dan silau daripada skrin akan turut mengakibatkan digital eye strain. Gejala digital eye strain termasuklah mata rasa penat, pedih, berair, gatal, penglihatan kabur dan pening,” katanya.
Menurutnya, American Academy of Pediatrics mengesyorkan tiada gajet bagi kanak-kanak di bawah dua tahun, satu jam sehari bagi yang berumur tiga hingga lima tahun, satu sehingga satu setengah jam sehari bagi kanak-kanak enam hingga 10 tahun dan dua jam bagi kanak-kanak 11 hingga 13 tahun.
Katanya, syor tersebut boleh dijadikan panduan bagi ibu bapa untuk mula mengawal waktu penggunaan anak-anak bermain gajet.
Ads
Kes yang sangat membimbangkan
Sebelum ini, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh dilaporkan berkata, pengaruh gajet terhadap kehidupan harian kanak-kanak di negara ini membimbangkan dan satu tinjauan pendapat dilakukan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara di Lembah Klang mendapati 78.3 peratus ibu bapa membenarkan anak-anak memiliki gajet.
Seorang ibu, Nurul Aida Abd Razak, 35, berkata anak lelakinya Muhammad Fahmy Mohamed Fadzly, 9, mula memakai cermin mata akibat rabun jauh sejak berusia enam tahun kerana gemar melihat telefon bimbit dalam keadaan gelap pada waktu malam untuk menonton kartun dan bermain permainan video.
“Kuasa kanta cermin mata anak saya kini 250 untuk kedua-dua mata…dan sekarang saya hadkan penggunaan gajet kepada dia, hanya boleh guna pada hujung minggu iaitu dalam satu hingga dua jam sehari,” katanya.
Beliau turut menyarankan agar ibu bapa lain memantau dan mengawal penggunaan gajet anak mereka supaya kanak-kanak ini tidak berisiko berhadapan dengan masalah penglihatan seperti yang dihadapi anaknya.
Ads
Beri kesan negatif pada emosi dan mental anak
Sementara itu, pakar psikologi kaunseling Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Prof Datuk Dr Mohamed Fadzil Che Din berkata, penggunaan gajet secara berlebihan dalam kalangan kanak-kanak boleh memberi kesan negatif kepada proses perkembangan mental dan emosi mereka jika tidak ditangani dengan baik.
“Misalnya, jika tiada gajet, mereka yang agresif akan marah dan pamer tingkah laku seperti tendang pintu, hentak meja dan lain-lain manakala golongan kurang agresif akan pamerkan reaksi marah terpendam seperti merajuk, berdiam diri dan melarikan diri,” katanya.
Ketagihan gajet boleh diatasi
Mohamed Fadzil berkata, ibu bapa boleh memainkan peranan dalam isu penggunaan gajet dengan mengurus secara produktif dan konstruktif iaitu mengawalnya secara tegas serta berkesan.
Tambah beliau, ketagihan kanak-kanak dengan gajet boleh diatasi secara perlahan-lahan melalui pendedahan kepada aktiviti lain misalnya melukis.
“Kanak-kanak boleh diajar dengan teknik ‘switch’ atau alih tumpuan kepada perkara lain apabila mereka mula tumpu kepada gajet. Ibu bapa perlu cekap untuk kawal dan selia anak tatkala menggunakan atau berhadapan dengan gajet,” ujarnya. – BERNAMA
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Melihat isteri tersenyum dan gembira buat suami senang hati. Tak susah pun sebenarnya, cukup kalau tolong ‘pinjamkan tenaga’ 30 minit sehari. Isteri dah senyum sampai ke telinga.
Sebelum berumah tangga, semasa bujang boleh uruskan pelbagai perkara sendiri. Tapi selepas berkahwin sesetengah lelaki tidak lagi mahu melakukan kerja pengurusan diri.
Tugas mencuci & melipat pakaian, mencuci pinggan mangkuk, mengemas rumah dan sebagainya dipandang sepi dengan alasan isteri sudah ambil alih semuanya. Ia seolah-olah subur dalam masyarakat dan isteri dilihat satu-satunya menanggung tugas di bahu mereka.
Perkongsian daripada bapa ini boleh dijadikan penyuntik semangat dan idea buat para suami. Sesungguhnya tidak sukar melihat isteri gembira. Cukup sekadar meluangkan masa 30 minit sehari meringankan tulang membuat kerja rumah sudah diibaratkan memberi hadiah berharga buat insan tercinta.
Ia sebenarnya melakukan kebiasaan yang telah dilakukan semasa bujang, melakukan rutin seperti basuh baju kotor, lipat baju kering dan sebagainya.
“Buat kerja-kerja rumah ni tak susah sebenarnya…”
Dari Tingkatan 1 masa duduk asrama lagi dah terbiasa dengan basuh baju sendiri, iron baju sendiri, kemas katil, bilik, menyapu dan sebagainya. Dan bila dah terbiasa, masa duduk umah bujang pun still buat kerja-kerja yang sama.
Dah jadi macam rutin, kalau tak buat, rasa pelik. Balik kerja, mesti akan kemas rumah. Susun apa yang patut, basuh baju kotor, lipat baju kering dan sebagainya.
JANGAN ‘PINDAHKAN’ KE BAHU ISTERI, BUATLAH
Bila dah kawin, dah ada isteri, bukan bermakna apa yang kebiasaan kita buat tu “dipindahkan” kepada bahu isteri. Kita tetap kena buat jugak walaupun kini dah bergelar suami dan ada isteri…
Balik kerja, instead of bagi arahan atau mempersoalkan kenapa isteri tak buat itu, kenapa isteri tak buat ini, why not kita ja yang buat…
Susah? Tak…
Ambik masa yang lama? Tak…
Guna tenaga yang banyak? Tak…
30 MINIT DAH CUKUP
30 minit dah cukup untuk memastikan bebanan seharian isteri tu diringankan. Dalam 30 minit kita boleh basuh baju, sidai baju, lipat baju.
Dalam 30 minit kita boleh cuci pinggan, kemas dapur dan buang sampah.
Dalam 30 min kita boleh kutip mainan anak, sapu sampah, kemas rumah.
30 min per day after balik keje digunakan untuk buat kerja-kerja rumah.
TAK LEPAS SEMUA KEPADA ISTERI, CUBA BUAT SEMAMPU YANG BOLEH
Itu yang selalu saya buat setiap hari…tak melepaskan semua tanggungjawab-tanggungjawab tu kepada isteri, sebaliknya cuba pikulnya dgn masa dan kemampuan yg ada sebagai seorang suami…
RASA SUSAH SEBAB TAK ADA KEINGINNAN MEMBANTU
Benda ni akan rasa teruk dan susah bagi mereka yang tak ada kemahuan dan keinginan untuk tolong isteri…bagi yg dh biasa buat atau selalu buat, keje2 rumah ni tersangatlah senang, mudah, tak memenatkan dan seronok utk dilakukan.
If dengan kekuatan sebgai seorang lelaki itu anda merasakan kerja-kerjarumah itu sebagai satu bebanan dan sukar untuk dilaksanakan. Maka u should be shame of yourself and others…org lain boleh buat, anda plak tak boleh. Anda bukannya cacat, anda cuma MALAS NAK BUAT…
Musim perayaan akan tiba tak lama lagi, makan berpusu-pusu lah si ibu mencari gelang emas untuk si kecil sebagai perhiasan supaya si kecil nampak berseri-seri.
Gelang Emas memang cantik dan menjadi kegilaan para ibu. Namun jika gelang emas dipakaikan pada bayi yang masih kecil boleh mendatangkan bahaya kerana anak kecil masih tidak memahami tentang aksesori.
Beberapa kes melibatkan bayi tertelan gelang emas pernah belaku dan kejadiaan ini bukan baru terjadi malah kerap terjadi. Ikuti perkongsian ini.
Beberapa hari lepas Mal ada share pasal bahaya gelang emas baby ni di page Kelab Ibu Mengandung dan Mal rasa bersalah sangat tak share cerita penting ni kepada ibu-ibu dalam page tu, dan hari ni Mal nak share dengan friendlist dan follower Mal pulak.
Cerita ni cerita asal dari Encik Muhammad Nawi yang ibubapa WAJIB ambil tahu.Cerita untuk ibu dan bapa… Berhati2!!
Ibu ini pakai rantai tangan kat Baby 11 bln, tpi 4 hari lepas…. Rantai hilang. Tiba2 hari ni baby nangis kuat dan lama mcm sakit perut, ibu ini ingt anak nak buang besar, dia ambil ubat masuk jubur baby… tak lama baby pun buang tahi… Tetapi yg keluar sekali dngn tahi tu… Buat ibu ini sngt terkejut… RANTAI EMAS… YG INGT TERJATUH MNE2. Ibu terfikir mcm mne baby 11 bln boleh telan rantai ini. Nasib baik anak tak jadi ape2.
tak payah pakai rantai atau ape-ape lg kat baby… Kalau sayang anak!!!
Ya Allah Seram kan?? Dan kebiasaannya kita ni time raya memang sukalah pakaikan emas kat anak perempuan kita atas alasan ‘nak nampak cantik’. Cukup lah mak mak je yang pakai barang kemas sampai lengan. Gelang anak tu simpan lah dulu.
Bukan sebab takut tertelan je tapi takut ada yang ambil kesempatan rentap rantai leher anak kita diam-diam. Haaa? Ya Allah moga anak kita sentiasa dilindungi Allah.
Lebih baik beringat sebelum terkena. Mal mohon sangat tag pasangan anda supaya kita sama-sama alert dan jangan lupa share biar ibubapa tahu bahayanya gelang emas ni pada baby.
Rantai Tersangkut & Putus, Leher Anak Luka
Ingatkan Tersedak Susu, Rupanya Tertelan Gelang Emas
Farah Lee blogger dan instafamous pernah berkahwin dengan penerbit dan pengacara, Ally Iskandar pada tahun 2012 dan dikurniakan seorang cahaya mata yang sangat comel, Maream Esabel yang kini berumur 4 tahun.
Namun rumahtangganya bertahan tidak lama, mereka telah berpisah pada tahun 2016. Farah Lee menerusi akaun instagramnya berharap agar netizen tidak memintanya untuk kembali rujuk atau berkahwin secepat mungkin.
Maream, omma yakin, 99% orang yang SURUH omma cecepat kawen atau kawen balik dengan daddy tu dia tak pernah pun melalui fasa perceraian mahupun went through the struggle of saving a marriage. Sebab kalau dia pernah melalui, dia akan faham. Dan dia akan tahu, kata-kata itu sedikit pun tidak membawa kebaikan malah mungkin menyakitkan.
Omma bersyukur omma melaluinya, jadi omma faham dan takkan buat orang lain macam tu. Omma harap, mereka yang baca ni, walau tak pernah melalui, buka hati, cuba fahami dan tidak menyakiti.
Kami takkan doakan supaya mereka laluinya juga untuk faham sebab kami tahu sakitnya tu bagaimana. Kami cuma harap, mereka diam, kalau tiada apa yang baik untuk diperkatakan
Musim raya ni, selain biskut dan kek, pencuci mulut sejuk-sejuk pun mesti ada kan? Lagi-lagi kalau ada budak-budak kat rumah confirm mereka suka yang...